1.8.11

Separuh hari pun ok la..

Salam,

Macamana puasa hari ni? Ok ke tak ok? So far so good untuk aku, dah besar dan dah matang, takkan tak ok pulak kan..Bulan puasa untuk aku memang bukan tidur semata, dan peliknya pulak, bila tiba bulan puasa, tahap kerajinan adalah di luar kebiasaan..huhu..Tak taulah kenapa ye..

Hari ni adalah hari latihan untuk zarif berpuasa, tapi dia mampu setakat separuh hari je. Jenuh jugak nak memujuk, sampai pukul 12 tgh je tadi. Tu pun dah kira oklah sebab sahur tadi kan dia makan roti separuh je. Dan lagi pulak, dia selsema, tu yang tak selesa..Hopefully esok lusa dan hari-hari yang akan datang dia mampu untuk berpuasa. Kalau boleh takmo la paksa terus puasa sehari (tapi kalau dia mampu lagi bagus)..Biarlah dia berpuasa kerana tahu puasa itu wajib. Setakat ni aku ataupun mrhubby takpernah berjanji apa-apa lagi dengan dia.

Menunggu pukul 12 tgh tadi dengan sabar..

Patutnya hari ni nak la masak dan buka puasa kat rumah sendiri di parit raja, tapi hajat tak kesampaian kerana ada masalah. So hari ni aku buka puasa kat rumah mak je..Terima kasih mak abah kerana memahami keadaan aku dan mrhubby..

3 comments:

  1. itu pun dah ok sis dari x pose langsung kan , insyaallah lame2 nanti dia pasti boleh...

    ReplyDelete
  2. tulah kan..takper, lama-lama nanti dia ok ler..

    ReplyDelete
  3. syukur..leh cuba lagi :)
    come on abg kamu bolehhh~!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...