19.8.11

Ni kira tragedi ke malang tak berbau?

Salam,

8.10 malam tadi,

Sedang berbual-bual dengan mrhubby, tetiba...

"Abah...nengok tv ni ada keluar habuk.." Kitaorang berdua pun berlari la ke ruang tamu dan nengok tv sudah berasap-asap..

"Adik..tu bukan habuk tapi asap la.."

Seterusnya..OMG, tv aku sudah gelap gelita dan berasap-asap..Apakah ini? Seperti tajuk di atas..Of course la by that time mrhubby dah tutup plug dan cabut apa yang patut. Karang tv tu meletup tak pasal la pulak..

Adik zara adalah hero sebenarnya. Dia je sorang-sorang main kat ruang tamu waktu tu. Aku dan mrhubby kat bilik tengah. Abang zarif pulak dok sibuk mengadap laptop kat bilik depan..

Tindakan seterusnya?

Tak bolehlah nengok tv lagi..Kitaorang speechless, huhu..

Memanglah nak tukar tv tapi rancangnya tu tahun depan masa nak pindah rumah baru nanti, bukannya sekarang. Lagipun tak pernah la bercakap-cakap nak tukar tv ke apa ke depan tv lama ni kan..

So?

Ermm..cam nak kena survey la TV LED ke LCD ke, plasma ke flat screen ke atau kata senangnya tv yang leper tu..Haishh, ni baru nak survey eh..Dalam masa yang sama aku suruh jugak mrhubby hantar tv lama ni ke kedai betulkan..By the way boleh ke betulkan?? Dan mungkin mengambil masa yang agak lama..Entahla..

zarif dah cakap.."Ibu..belilah tv baru.." Amboi..ingat nak beli tv ni macam nak beli jajan ke?

The other side, aku sangat suka tv rosak..haha, takdelah sakit mata aku ni nengok zarif dok mengadap kartun je kan..:) Aku fleksibel ok je takde tv waktu sekarang, tapi ni nak raya, huhu..

Nengoklah camana...nengok dulu okeh..Naperlah ko nak rosak sekarang?????


8 comments:

  1. dugaan nak raya hehe..ke dia tau tuan dia dpt bonus kot ;)

    ReplyDelete
  2. Nampak gaya duit bonus buat beli tv baru lah ya huda...hehe

    ReplyDelete
  3. @~ yus ~ haii, sabar jelah kak yus..sayang duit..

    ReplyDelete
  4. Ujian bulan ramadhan. Tak boleh nampak org ada duit lebih mesti ada yg nak digunakan...:)

    ReplyDelete
  5. @Kakzakie yelah kak..memang ujian betul ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...