Salam,
Tetiba hari ni rasa cam sengal dan boring tahap apa ntah..Ni minggu depan nak raya ni, tapi kat ofis aku sumpah cam tak raya. Sunyi tanpa lagu raya dan mesyuarat demi mesyuarat tetap berlangsung cam tak raya gamaknya next week ni.
Kata fakulti kan..Terpaksa bersusah-susah sekarang, especially bagi staf akademik semua. Naik raya je nanti student dah masuk. Student baru ngan student lama lagi, so haruslah bertambah sibuk kan..
Lagilah pulak hari ni, officemate aku ada audit aset apa ntah sehari ni, aku ok lagi walaupun boring takde kawan kan..Pastu bos-bos aku pulak sibuk ada mesyuarat macam-macam. Yang tak best, bunyi telefon ni berdering-dering buat aku hangin..
Ko bayangkan..pasal aku secretary, so telefon aku ni special la nak dibandingkan ngan staf lain kononnya. Dan lagi best, kalau orang call bos pun, aku yang angkat dari phone aku jer.
So, berdering-dering la dari pagi tadi..Penat la aku yang mengangkat phone ni..Jawab phone officemate, jawab phone bos 1 dan bos 2, jawab phone sendiri..Amik message lagi..Dah meraban aku rasa..Pening kepala..huhu..
Nak jawab phone tu takmolah hilang fokus kan..Kang message suruh bagi kat bos 1 aku terbagi kat bos 2 payah la pulak kan..
Ni tadi, aku baru je jawab phone - pantang betul la kalau orang telefon ni suara ada slanga2 omputih ni..Cakap cam biasa cam orang melayu je tak boleh ke??? Haii, sabar jelah kan..
boleh kering air lir dibuatnya tu..hehe
ReplyDeletekesian huda...
ReplyDeletesabar ya, demi tugas dan tanggungjawab kan...:)