5.8.11

Kadang-kadang ulangan itu perlu

Salam,

Ada orang selalu marah-marah dekat astro pasal asyik ulang cerita sama je kan..Betul la, kadang-kadang aku pun macam tu jugak..

Tapi dalam masa yang sama aku sangat memerlukan ulangan cerita-cerita di astro tu..Contohnya, seperti drama Wasiat di Astro Prima tu. Sebelum ni pernah la baca dalam blog orang lain pasal drama Wasiat tu, tapi tak amik kisah sangat.

Tapi bila dah tertengok episod pertama hari tu, macam dah ter'fall' in love.. Episod kedua aku terlepas la pulak..So aku sangat memerlukan ulangan drama ni supaya tak ketinggalan jalan cerita. Kalau terlepas cerita kat TV3 dan chanel yang sebumbung dengannya, boleh jugak nengok kat TONTON. Kalau terlepas cerita kat Astro, memang takde pilihan la selain tunggu jelah waktu ulangannya.. Drama Wasiat ni setiap hari Rabu, pukul 10 malam. Kalau nak tau pasal drama Wasiat ni, klik [sini].


Lagi satu, member aku baru bagitau semalam pasal drama Deru Ombak..Ni lagi la..aku tak pernah nengok lagi..Rasanya baru 2 ke 3 episod..Kalau tak silap, setiap hari selasa hingga jumaat, pukul 9.30 malam..Kalau tak silap laa..

 Nabila Huda dan Aqasha antara pelakon Deru Ombak..

Maka, aku memang perlukan ulangan-ulangan drama ni..Lagipun kalau perasan kan, lately ni drama-drama melayu semakin berkualiti dan semakin menarik la..Walaupun adakalanya macam tak logik dan jalan cerita boleh dipertikaikan ataupun terlalu cliche sangat..Asik-asik cerita pasal cinta, asik-asik nak nangis je ke, tapi aku masih boleh nengok lagi..Pasal ada jugak drama-drama melayu ni yang punya mesej dan kisah tu memang berlaku dalam kehidupan seharian kita..

Lagi-lagi lah bulan puasa ni kan..Tengah waktu nak berbuka, waktu nak solat terawih, waktu tulah pulak banyak drama-drama yang confirm memang terlepas..

Dengarnya drama Kasih Alia kat TV3 tu pun best eh? Ramadan terakhir tu pun best gak ke? Moreh? Geng Mengaji? Best jugak ke? Confirm semua aku tak nengok..Stanza Cinta - memang tak nengok langsung..Tahajud Cinta - masih follow lagi...:)

2 comments:

  1. Kak yus suka tengok Ramadhan Terakhir tu, memang best!

    ReplyDelete
  2. tulah, saya belum berkesempatan nengok lagi..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...