INI STICKY POST ENTRY
CERITA TERBARU SELEPAS ENTRY INI YA..
Salam,
Seperti juga blogger-blogger lain, minggu ni minggu akhir, maka aku nak la jugak letak kad raya untuk kamu-kamu semua..:)
Selamat Hari Raya pada semua..Walaupun kita hanya kenal di alam maya sahaja, tapi rasanya ikatan persahabatan yang dicipta ini sangat bermakna..Terima kasih pada semua. Mohon maaf andaikata ada coretan aku kat blog ini ada yang mengecilkan hati kamu semua samaada secara sengaja ataupun tidak.
Raya ni aku akan balik kampung gak..Kampung di bandar yang lebih kurang 15 minit je perjalanannya, hehe..Tapi still aku ada kampung nak beraya di Melaka, Muar dan juga di Rengit Johor.
Dan biasanya raya pertama sampai raya keempat tu agak pack lah jugak. Incase kalau ada free time malam-malam tu bolehlah update se'entry' ke kan..Tapi kalau takde tu maaf jua la, hehe..
Aku ni kalau beraya, memang sakan betul..Yelah kan, peluang nak jumpa saudara mara tu bukan selalu, masa raya ni jelah peluangnya nak bertukar-tukar cerita..
So, selamat berhari raya pada semua dan berhati-hati semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, sambil-sambil bergembira tu jangan lupa pada mereka yang kurang bernasib baik..
Ha, lagi satu..jangan lupa hari kemerdekaan negara kita..Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-54. Moga negara kita terus aman dan makmur selamanya..AMIN.