Mungkin bukan aku sorang yang mengalami masalah macam aku. Untuk pengetahuan anak aku yang bongsu, Zara memang agak sukar untuk makan. Dibandingkan berat badan dia dengan abangnya Zarif memang jauh sekali la..Berganda-ganda bezanya..
Bukanlah aku nak Zara ni gemuk tapi aku nak dia punya selera makan, sebab aku rasa Zara ni macam 'petite' sangat..:) Mungkin juga sebab dia perempuan, jadi selera tu kurang dari abangnya..
Sebelum ni, mungkin aku agak culas bagi dia makan atau terlalu ikut kata dia..Kalau dia kata dah kenyang, aku pun ok je..Takdelah beria aku nak panggil dia dan suap makan. Tapi sekarang, aku memang PAKSA DAN SUAP dia makan..Yea, memang aku PAKSA dia makan, walaupun dia kata dah kenyang..
Bukanlah dia makan banyak terus dia membesar dan meninggi. Yang pentingnya sumber dan zat makanan tu. Sebab tulah Zara senang dijangkiti penyakit berbanding abangnya. Mungkin kurang nutrien yang berkhasiat dalam badan.
Bagi mereka yang punya anak yang bermasalah untuk makan macam Zara, sebagai ibu kita kena work hard sikitlah. Cuba tanya apa yang anak suka makan, dan olah makanan tu jadi sesuatu yang menarik untuk dia makan. Memang penat sebenarnya kan, nak-nak lagi bagi mereka yang bekerja, tapi demi anak, kita memang kena berkorban..
Dan lagi satu, belajar untuk psiko. Itu adalah salah satu ilmu yang aku rasa semua ibu harus ada. Aku memang suka psiko budak. Yea, aku tau setiap anak berbeza perangai, tapi sebagai ibu kitalah yang kena mencorakkan dia. Hanya kita yang tau perangai sebenar anak kita..
Kalau nak lagi best, ajak anak kita tu masak sekali, bukannya suruh dia masak atas dapur gas tu, tapi ajak dia main-main dengan bahan-bahan dan tools untuk memasak. Mungkin kecah sikit la dapur, tapi sambil memasak, sambil kita bagitaulah kepentingan makananan yang berkhasiat untuk dia.
Insyaallah lama-lama anak yang susah makan tu, mesti nak makan. Macam aku terangkan kat atas tadi, sebagai ibu kita kena work hard sikit yea..
Good luck!