23.1.12

Cuti dan aktiviti

Selamat pagi, dan masih dalam mood bercuti lagi..Hai, rasanya macam dah lama sangat je cuti ni, hehe. Apapun, masa yang ada akan diisi dengan sebaiknya. 

Malam tadi serius rasa macam kat medan perang. Nak-nak lagi kawasan rumah mak ni jirannya memang banyak cina. Bunyi mercun berdentum sana sini, haihh tension rasanya..Tapi takpelah, dah kata raya dia yea tak..

Insyaallah pagi ni selepas bfast, ada tugasan yang nak dibuat iaitu mengemas rumah sewa mrhubby..Petang atau malam akan balik ke rumah di Parit Raja.

Baju dan kasut sekolah zarif masih tak dicuci lagi, mentang dia cuti seminggu, :)..Tapi start esok, kelas mengaji zarif dah mula, cuma sekolah agama dia je aku tak confirm lagi ni..Sekolah agama cuti seminggu gak ke? Bila tanya kat zarif, tak tau je jawapan dia, haisshh...

Selamat beraktiviti yea..

4 comments:

  1. Bila bercuti, rasa sekejap sangat masa berlalu...

    ReplyDelete
  2. ada sekolah cuti seminggu, ada sekolah tak. Sek agama Aqil cuti seminggu...:)

    ReplyDelete
  3. @~ yus ~ iye ke kak yus, nanti nak tanya jiran la..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...