29.2.12

Cover majalah Harmoni - Lynn


Cover latest majalah HARMONI, baru aku beli majalah ni tengahari tadi. Kalau ada yang tak kenal, ni pelakon Sharifah Haslynda (kakak pelakon Sharifah Shahirah). Tapi aku rasa lama dah dia tak berlakon. Isteri kepada ahli politik Datuk Rizal Merican. Diam tak diam dah 4 orang anak (anak pertama dengan bekas suami, penyanyi Yantzen), yang tengah dia dukung ni anak bongsu perempuan..


29 Februari 2016 - Agak-agak,  wujud lagi ke blog ni eh?

Bila Zara belajar mengaji



Zara memang suka baca guna buku besar tu, senang nak nampak huruf satu persatu kan..Ni aku rakam semalam sebelum masuk waktu maghrib..Biasanya aku akan ajar ngaji lepas solat, tu pun tak boleh lama-lama, sebab tak reti dok diam..

28.2.12

Nak rasa nikmat..

Aku pernah dengar ceramah yang ustaz kata - Kalau nak rasa nikmat sembahyang berjemaah, lakukanlah ia setiap waktu selama 40 hari berturut-turut, means setiap waktu tu kena solat berjemaah, tak boleh tinggal pun. Selepas 40 hari confirm kita akan rasa kekok bila sembahyang sendiri sebab dah biasa berjemaah kan..

Dan kalau nak rasa nikmat tak nengok tv, cuba potong Astro tu dalam tempoh sebulan atau boleh jugak la dalam tempoh 40 hari, confirm lepas tu korang rasa cam tak bernafsu nak nengok tv tau, hehe.

Iye, memang aku pun yang buat cam gitu dengan sengaja tak bayar bil sampai Astro potong sebab aku takmo Zarif nengok tv je..So bila dah bayar semula, tetiba aku rasa macam dah biasa bila tak on tv, walaupun ada cerita best..camana tu? 

Kalau internet takde, mungkin meroyan kot, hehe..

Kuatkan mental

Dari last week, sampailah semalam aku dok heret fail konon nak buat kerja ofis kat rumah, tapi hasilnya tak buat-buat gak. Padahal kerja ni penting sangat.

Konon weekend nak buatlah tapi kan aku demam. Ok, no hal. Malam tadi beria lagi nak buat, dah set laptop semua, sudahnya mata aku tertutup, tak mampu lor..

Macamana eh? Aku memang tak suka nak bawak balik kerja ofis, tapi yang ini macam terpaksa tapi tetap tak settle. Kata mrhubby, mental kena kuat kalau nak buat kerja ofis kat rumah, ye ke? Mungkin kot.
Sebab mrhubby adakalanya terpaksa buat kerja sekolah di rumah, dan dia memang buat betul-betul, tak macam aku, huhu..

Ok, now sehari di ofis, aku mengharapkan jari jemari yang konon pantas menaip ni agar dapat menyudahkan kerja penting ini..chaiyokkk!!

Tak lupa,

SELAMAT HARI LAHIR BUAT BLOGGER SISDEE MERANGKAP SEPUPU SAYA. 
MOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SENTIASA..
AMIN.

27.2.12

Oh, diaorang lalu sini ke?

Serius aku tak tau pun Le Tour de Langkawi 2012 (LTDL) dah mula. Dan memang tak tau pun diaorang melalui Parit Sulong semalam, tau-tau je hotel kat Batu Pahat penuh.

Menambahkan lagi rasa terkejut, rupanya untuk perlumbaan hari ni, diaorang melalui sepanjang jalan Parit Raja ni nak menuju ke Muar. Kalau mrhubby tak bagitau, memang aku tak tau pun, eihh, nampak sangat tak tau perkembangan sukan, yang tau Yusry ngan Lisa kawin je, hehe..

Aku nengok kebanyakan orang kampung dah dok berkumpul, termasuk pelajar-pelajar sekolah, pastinya aku takmolah ketinggalan kan. Aku nak nengok gak (yang pasti ni bukan kali pertama aku nengok live LTDL ni, rasanya dah 3 kali kot, tapi di tempat yang berbeza).


Silap la aku tak rakam video, kalau tak lagi best kan..ko nengok budak yang kibarkan bendera tu, tu pekerja Mcd tu, dia dok kibar bendera Mcd, sakan ehh..Aku nengok dari Mcd Parit Raja ni. Zarif pun nengok gak tapi dengan kawan-kawan sekolah dia semua la..Kena lambai-lambaikan tangan kat mereka semua ni, bagi sokongan la gamaknya kan..:)

Eh, aku memang tak sempat nak blogwalk lah, balik rumah malam nanti eh..

Birthday tertunggak

Semalam sambut birthday Zarif yang tertunggak hampir sebulan, hehe. 3 hari sebelum aku tempah kek dari sini, nasib oder diterima walaupun last minit. Aku oder 25 cupcakes red velvet ngan edible image Ben 10. Actually nak kartun Upin Ipin, tapi dah habis la pulak kan. Ben 10 pun ok jelah.

So, balik dari rumah orang kawin tengahari semalam, terus berkejar amik cupcakes ni, lepas tu rushing semula ke rumah, bergambar dengan kek, makan kek, lepas tu Zarif terus bersiap nak ke sekolah ada latihan taekwando. (Balik taekwando ni pun ada cerita gak, nantilah aku share)

Aku pun takde masak apa-apa pasal dah ke rumah orang kahwin. Lagipun cuaca semalam memang lah agak panas..Tapi bila dah nak masuk pukul 5 petang, hujan selebat-lebatnya sampailah ke waktu maghrib.


Suka eh..:)

25.2.12

Bila selera terbuka untuk mi kungfu

Disebabkan sakit, aku kurang berselera nak makan, tapi kena paksa gak makan kalau tak, takde tenaga pulak. Malam kelmarin, aku mintak mrhubby belikan mi kungfu.


Sebenarnya aku agak confuse jugak antara mi kungfu dan mi ladna, tapi yang aku nak, mi tu digoreng dengan telur. Alhamdulillah mrhubby dapat belikan, dapat pulak makan panas-panas, rasa pun boleh tahan sedap..:)

Bila time sakit ni kan, memang selera tu macam-macam sikitlah kan..Hai, cepatlah baik batuk ni, tak larat dah..

24.2.12

Sakit | Tahniah Yusry & Lisa

Selamat pagi jumaat. Serius, aku memang tak sihat hari ni, badan rasa macam panas, rimas, tekak rasa gatal, batuk, selsema, what else? Punca? Berjangkit dari Zara, tapi dia batuk sikit-sikit je, yang teruk aku ni.

Ikutkan hati nak MC je hari ni, tapi memikirkan tugasan yang menanti, mungkin half day je kot. Kepentingan bos didulukan..Tengahari ni, insyaallah memang kena pergi klinik, nak amik ubat..Baru diduga sikit macam ni kan, belum diduga besar lagi. Aku muhasabah diri, mungkin Tuhan nak hapuskan dosa-dosa kecik tu pasal la aku sakit.

Lainnya, kesihatan adalah sangat penting pada manusia. Bila dah sakit, satu apa pun dah tak boleh nak fokus, so marilah sama-sama menjaga kesihatan yea. Makan makanan berkhasiat.

Ok, dalam sakit-sakit dan tak sihat ni, nak gak la nengok gambar Yusry dan Lisa Surihani. Tahniah pada mereka berdua yang dah pun bergelar suami isteri.

sumber : gua.com

Lisa kata nak jadi lebih baik di sisi Yusry. Baca sini.  Truely aku memang suka pasangan ini, very lovely couple. Dan didoakan semoga hubungan dan perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Takmo kawin kejap-kejap eh..

23.2.12

Takziah

Pertamanya, ucapan takziah dan Al-fatihah aku ucapkan kepada keluarga arwah adik Faris Nur Daniel yang meninggal dunia akibat penyakit HLH (barah darah). Kisah mengenainya boleh dibaca di sini

Rasanya banyak juga blogger yang buat entry mengenai arwah beberapa hari kebelakangan ini. Kalau nak baca banyak kisah tentang arwah boleh ke blog mazidulakmal.com

Sesungguhnya Tuhan lebih menyayanginya. Hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk arwah. Sama-sama kita berdoa moga rohnya dicucuri rahmat.

Keduanya, minta maaf banyak-banyak, memang tak sempat la nak bw korang sangat hari ni, kerja dok menimbun atas meja ni, huhu. So perlu diutamakan mana yang lebih penting yea.

Tata..Alhamdulillah, dah gaji hari ni..:)


Janji...

Malam tadi,

Mrhubby : Adik, abah nak pergi kedai ni..

Zara : Adik nak ikutt..janji adik tak mintak apa-apa..

Mrhubby : Janji?

Zara : Adik janji..


Aku : Janji apa Zara?

Zara : Adik janji la, taknak mintak apa-apa..

Aku : Apa-apa tu apa?

Zara : Apa-apa tu jajan dengan gula-gula la..


Pandai pun Zara ni, biasalah budak-budak ni kan, pantang kalau kata nak pergi kedai, kang ada je benda yang dimintaknya.. Anak korang suka jugak tak mintak macam-macam kalau ke kedai?

22.2.12

Cerekarama Jujur Aku Dayus



Yeay, ada pun cerekarama ini, boleh tonton sepuas hati, best!

Siapa itu lelaki?

@ Hatinya tidak mudah bergoyang (err, iye ke? cuba bagi pendapat)

@ Banyak guna akal walaupun salah

@ Perasaannya mudah berubah

@ Tanggapannya terlalu mudah

@ Jiwanya tidak mudah mengalah

Setuju tak?

Siapa itu perempuan?

@ Hatinya selalu menggelegak

@ Perasaannya terlalu mendalam

@ Semangatnya mudah hilang

@ Tanggapannya mudah menerawang

@ Jiwanya mudah diganggu

@ Tumpah darah setiap bulan (lemah pertahanan)

Setuju tak? Ni bukan aku reka sendiri, ni ustaz yang bagitau masa aku dengar seminar pasal rumahtangga..

21.2.12

Pedih..

Suatu hari Zarif bertanya;

"Abah, bila kita nak solat kat surau?"

"Nanti eh, hari ni tak sempat, esok kita solat kat surau.."

"Abah ni asik cakap esok-esok je, tapi tak pergi-pergi jugak.."

Ni bukan ayah ajak anak, tapi anak ajak ayah tau..pedih tu..

Ngeri..

Ngeri sebab semalam dah mula dapat surat potong gaji bayar duit rumah..

Ngeri nengok jumlah duit nak kena potong tu..

Ngeri jugak bila memikirkan balance gaji yang bakal tinggal..

Bertambah ngeri bila nengok potongan tu bermula bulan Februari 2012..Baca banyak kali dan teliti kat surat tu betul-betul, ohh rupanya start bulan Mei 2012, tapi sepatutnya dah mula kena potong dari bulan ini la.

Aku telefon pihak Bendahari mintak confirmation, pada bulan berapa sebenarnya gaji aku akan mula dipotong. Jawapan mereka bagi aku kelegaan, yang pastinya bukan bulan ini.

SBPA  oh SBPA, bila nak dapat ni...

Zara dah mula nak demam

Cuaca malam tadi aku rasa agak dingin la mungkin kesan hujan petang tu kot. Dan kedinginan dan kesejukan tu juga menyebabkan Zara mengompol kat tilam, mujur tak kena kat aku, huhu. Tapi takpelah kan, bila dah tak pakai pampers, ini harga yang perlu dibayar, so redha jelah.

Dan aku pun mula rasa tak sedap hati sebabnya aku rasa dia dah mula nak demam. Badan macam dah dedar plus dah mula selsema dan batuk sikit-sikit, hmm..Mungkin berjangkit dari kawan-kawan kat taska la tu.

Baca kisah anak kawan di fb yang dimasukkan ke hospital, positif rotavirus, bertambah menakutkan. Ada yang kata kat Johor pun ada kes ini, tapi tak taulah ye ke tidak.

Of course la aku bimbang, sebabnya Zara ni jenis yang mudah kena jangkitan, lepas tu demamnya jenis yang unexpected, tengah main ke or tido ke tiba-tiba suhu badan boleh meningkat cam gitu je.

Aku pun dah bagi ubat kat dia, haraplah antibodi Zara kuat dan mampu melawan sakit tu..Opss sebelum terlupa, nak wish;

HAPPY BIRTHDAY TO KAK YUS
 
SEMOGA PANJANG UMUR & MURAH REZEKI SELALU


Al-fatihah kepada arwah Latiff Ibrahim, semoga rohnya dicucuri rahmat dan takziah kepada kaum keluarga arwah..

20.2.12

Makhluk Tuhan yang gemuk & manja

Hujung minggu tu bukan setakat menjaga rumah mak abah je, tapi makhluk Tuhan ni pun kena jaga jugak. Meroyan adik aku kalau yang ni diabaikan.



Namanya Mong. Umur berapa ek, entah aku dah lupa. Tapi adik aku beli dia ni dari saiznya kecik je, sampailah dah gemuk cam gini. Actually dia ada partner tapi dah mati, huhu. So tinggallah Mong ni sorang-sorang.

Aku ni menurut perintah je adik aku kena jaga Mong gemuk ni, kena set time makan dia, bersihkan sangkar dia, keluarkan dia dari sangkar bagi dia main-main..Pastu masukkan balik dalam sangkar bila tiba waktunya.

Korang ada bela pet jugak tak selain kucing? Meh share..

Cerdas & Cergas..

Assalamualaikum..

Jumpa lagi hari Isnin ni. Aku rasa hujung minggu lepas ni barulah dapat rehat dan santai sepuasnya. Memang takde ke mana pun, just duduk rumah mak abah aku (tolong jaga rumah pasal diaorang semua ke KL).

Ok, so hari ni sepatutnya minda dan fizikal kena cerdas dan cergas. Sebab tido pun dah berlebihan, konon nak cover tido-tido yang tak cukup sebelum tu kan, hehe.

Apakah breakfast korang pagi ni?

 Eh, baru perasan serba kuning laa..

Aku bawak roti dengan telur hancur (Sekeping bagi 2), muffin orang kawin (mak aku bagi) plus air masak..Eh cukup ke? Rasa macam tak cukup ni..

Ok, update lagi nanti..

19.2.12

Cerekarama Jujur Aku Dayus

Wah cepat benor aku nak update ni, sambil kesat air mata aku taip entry ni. Cerekarama yang betul-betul mengusik jiwa aku.

Cerekarama Jujur Aku Dayus lakonan utama Nora Danish dan Beto Kusyairy, memang terbaiklah. Gigih aku sabar nak menunggu hingga ke 30 minit terakhir semata-mata nak tau apakah sebabnya si Edd (Beto) tu berubah sekelip mata terhadap Lisa (Nora). 

Padahal diaorang baru kawin, tak lama lepas tu si Edd kena pergi Jepun dalam tempoh setahun, Lisa tak ikut sekali. Lepas setahun bila Edd balik Malaysia, dia nak buat surprise kat Lisa, balik rumah nengok-nengok Lisa tengah tido dengan lelaki lain, huhu.

Tapi kebenaran cerita, Lisa bagitau yang bekas tunang dia (Zul Ariffin) rogol dia. Kira dua-dua pihak (Edd dan Lisa) saling mengetahui kisah sebenar tapi merahsiakan antara satu sama lain. 

Serius ada rasa la cerita ni, kalau nengok kat facebook pun, aku je beria buat status, huhu. Benci je mrhubby nengok aku emo-emo nengok cerita tu tau..

Korang yang tak nengok dan nak nengok cuba lah tunggu kat tonton.com atau esok lusa nanti adalah yang suruh download movie ni..Tunggu je ok..

Aku memang minat pun Beto ni, ada karakter, suka..:)

17.2.12

Letih

Petang ni macam malas nak update tapi tangan ni gatal gak nak tulis padahal takde cerita pun.. Penat berarak tadi, rasa cam dalam 1km kot.

Kitaorang kalah, tapi ok je, takde hal, yang penting semangat berarak tu. Juara dapat RM1500. Nak tau sapa juara? Hahaha, serius cam tak sangka, bukan dari kalangan staf universiti tapi dari budak sekolah kebangsaan kat Parit Raja ni. Bersorak budak-budak tu dalam dewan bila diumumkan juara. Pakai baju sekolah agama je budak-budak tu Aku pulak yang seronok tengok gelagat diaorang..:) Tahniah ye adik-adik.

Gambar berarak belum ada la, aku tak amik gambar pun, konon fokus la berarak tadi tu, :) Lagipun ramai sangat photographer pro, so tadah muka jelah untuk diambil gambar, hehe.

Ok-ok, aku letih ni, nak buat kerja sambil baca blog korang jer..

Selamat berhujung minggu yea kawan-kawan..

Ungu di hari Jumaat

Baju ungu - ok
Tudung ungu - ok
Kasut hitam - ok (walaupun tak bertutup, kira ok jelah..)

Kira ok la semuanya..:) Opss, jangan lupa;

ni bunga ni pin kan kat tudung..

Ok, now baru ok, aku n the team nak pergi berarak dan berselawat ni sempena majlis maulidur rasul..Beria-ia semua ni, maklumlah ada pertandingan perarakan la pulak...

Salam pagi jumaat untuk semua..:) Tengahari baru aku bw korang eh.

16.2.12

Kenapa nak Anuar Zain?

Asal majlis sambutan hari setiausaha je mesti Anuar Zain..Orang lain tak boleh ke?


Bukan tu je, ada lagi Anuar Zain kat sini. Masyuk betul Anuar Zain kan. Aku suka je pergi majlis sambutan setiausaha ni tapi kalau boleh takmolah nengok Anuar Zain (maaf fans Anuar). Selain dari dia boleh tak? Contohnya Faizal Tahir ke, hehe. Oh..Adibah Noor pun ok gak (pasal aku pernah attend majlis melibatkan dia). Tak pun Dato Siti ke kan?

Kalau tak boleh semua, Adele pun boleh laa, haha..

By the way, kenapa orang suka Anuar Zain? Kenapa? Cuba bagitau..

Undi & Pilihanraya

Sepatutnya aku cuti hari ni, dah approve pun, tapi lewat petang semalam aku buat keputusan takmo cuti la pulak, perasan workaholic ni, huhu.. 

Ok, ok..merujuk entry yang ini, aku pindah tak jauh pun. Memang di Parit Raja, dekat dengan UTHM (diam tak diam dah 6 tahun menetap kat sini). Sebenarnya satu taman je dengan rumah yang aku sewa sekarang. Kalau nak pindah barang jalan kaki pun boleh, tapi penat dan berpeluh la..:)

Kat Parit Raja ni ada satu je McD, dan McD tu letaknya kat kawasan perumahan aku. So sesapa yang berhajat nak ke Parit Raja atau ke Batu Pahat, bagitaulah yea..Boleh datang rumah aku, :)

Pagi ni, mrhubby ada sesi taklimat urusetia pilihanraya. Tapi kali ni dia takmo jadik kerani pilihanraya, dia nak jadik penunjuk arah je. Taklimat tu berlangsung dari pukul 8 pagi hinggalah 5 petang nanti. Hmmm, dah start taklimat-taklimat bagai ni, maksudnya pilihanraya dah dekat ke? Bilalah agaknya yea?

Ingat lagi pilihanraya yang lalu, berlangsung pada hari lahir aku, 8 Mac 2008. Tulah first time aku mengundi, tengah mengandungkan Zara lagi, :)

Korang dah mendaftar sebagai pengundi? Aku memang dah daftar, dipaksa untuk mendaftar masa pergi kursus BTN, kalau tak dipaksa confirm tak buat..

Pergi daftar eh, bagi yang belum lagi tu. Ingat tau, satu undi tu bakal menentukan segalanya.
 




15.2.12

Innalillah | Al-fatihah

Elok je lepas makan malam, mrhubby terima sms mengatakan kawannya telah meninggal dunia selepas maghrib tadi. Arwah meninggal dunia disebabkan penyakit kanser rektum. By the time aku tulis entry ni, mrhubby masih lagi belum balik dari melawat arwah..

Mujur jugak mrhubby sempat melawat petang Ahad lepas di hospital. Memang keadaan arwah masa tu agak lemah. Umurnya tua setahun dari aku, 34 tahun, muda lagi kan, tapi ajal manalah mengenal umur..Kata mrhubby, hari ni arwah mintak kebenaran doktor untuk balik ke rumah (mungkin dapat merasakan hayatnya tak lama).

Mrhubby jugak baru hantar sms mengatakan anak arwah yang bongsu adalah perempuan seusia zara tido bersebelahan jenazah arwah (tak mampu nak bayangkan). Arwah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak.

Hibanya rasa hati ni tak tau nak kata apa..:( Pastinya semua orang mengimpikan hidup dalam keadaan yang baik dan juga kesihatan yang sempurna. Tapi kita semua berada dalam kuasa Allah SWT. Hanya DIA yang berhak menentukan kisah hidup kita..

Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah...


Tak sabar nak pindah

Tau tak sekarang ni mood nak mengemas rumah sangat merundum. Rasa macam malas nak kemas. Bukanlah malas apa. Bersih memang nak kena bersih. Tapi kali ni kalau nak kemas memang nak kena kemas betul-betul ni..

Bukan apa, rumah baru pun dah siap. Bila-bila je CF nak keluar ni. Pastu di saat semua orang bersorak gembira bila gaji baru SBPA tu masuk, mungkin aku pulak yang berduka pasal duit rumah dah mula kena tolak, huhu..Tapi takpe, yang penting rumah baru tu dah mula memanggil aku tu..

So, alang-alang nak kemas rumah, baiklah aku mula packing benda-benda yang kurang pakai masuk ke dalam kotak. Takmo bila dah dekat hari nak pindah baru mula nak mengemas, confirm penat, kan..

Eh, aku tak pindah rumah besar, rumah biasa je, ikut kemampuan aku, yang penting rumah sendiri..Tukang nak renovate rumah dah ada, idea dan konsep rumah pun dah ada, fulus nya je belum nak berapa cukup, hehe.. 

Harap-harap sebelum bulan 6 ni dapatlah masuk ke rumah baru, doa-doakan lah yea..

Sarapan mudah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Pertama sekali terima kasih pada semua yang memberi komen pada aku melalui entry ini..Aku baca setiap komen satu persatu dan hargai semuanya..:)

Hari ni ok dah..:)

Ok, jom aku nak share satu sarapan mudah yang semua orang boleh buat. Mungkin ada yang dah tau, tapi aku share jugak. Manalah tau korang boleh buat ni untuk bekalan anak-anak..Ini bekal aku hari ni..

Klik kat gambar bagi lebih jelas yea & selamat mencuba..



14.2.12

Ni memang entry mengeluh

Haihh, entah lah. Bosan betul aku hari ini dan minggu ini. Kalau boleh nak cepatkan abis je semuanya. 

Aku cuba nak menangani segala-galanya dengan baik. Yelah nanti kang, orang kata mengada pulak tak boleh nak terima tekanan la kan. Taknak la berada dalam comfort zone semata. 

Segala yang berlaku aku cuba tangani sebaik mungkin, yea fikir positif sentiasa....Tuhan tolonglah kuatkan semangat aku dalam menempuh apa saja cabaran yang melanda..

Ok, senyum huda, jangan nak buat muka ketat jer..:)

Bila mereka menangis

Selamat pagi..

Pagi ni hantar Zara macam biasa ke taska. Tapi dari dalam kereta dah dengar suara budak menangis dengan kuatnya. 

Aku psiko dan cakap kat Zara, "Adik good girl kan, takmo nangis eh..". Sebab, bila ada sorang budak yang menangis ni, dia cam berjangkit gak ler kat budak-budak lain, so aku memang taknaklah Zara ni menangis.

Kesian kat mak budak tu, budak lelaki pulak tu, menangis dan meraung macam apa. Dan budak laki tu bukan menangis hari ni je, pagi semalam pun sama jugak. Dan bila mak budak tu dah pergi, lagi teruk budak tu menangis, dah kesian pulak aku nengok pengasuh taska tu nak handle budak tu. Kalau aku yang jadik pengasuh tu, mau tak sabar, hehehe...

Nasib masa tu budak-budak lain belum datang. Zara masa tu dah start nak mencebik-cebik tapi tak nangis, huhu..

Tak taulah apa punca budak tu menangis dua hari ni. Tapi mungkin gak, anak dia baru bangun tido, pastu terus kena hantar ke taska, mau tak meraung. Perangai dan ragam budak ni kan lain-lain, so parents ni kena pandai amik hati anak-anak sebelum hantar ke taska, kan? 

Kita kalau boleh nak memudahkan pengasuh..Parents pulak kalau dah hantar anak-anak, ditinggalkan je cam tu, tak kiralah anak tu menangis ke apa ke, sebab masing-masing dah berkejar ke tempat kerja. Kalau sorang budak menangis ok lagi, tapi kalau ramai yang menangis, satu kerja pulak pengasuh nak pujuk semuanya, kan?

Anak korang camana pulak?


13.2.12

Nak pergi library

Aku suka library..Sapa suka library cam aku?

Sebab aku suka baca buku. Teringat zaman kecik-kecik abah bawak aku dan adik ke library. Siap kena tinggal kat library sementara abah aku pergi kerja..Seronok tau cam gitu, gian je nampak semua buku, kalau boleh semua nak dibaca.

Kat Batu Pahat ni takde library canggih KECUALI library UTHM yang besar tu ler..So aku baru call member kat situ, nak daftarkan untuk Zarif dan Zara, kata member kena bayar RM20 sorang.


 Aku nak galakkan diaorang sukakan library dan suka baca buku..Haritu pun Zarif kata dia dah masuk library sekolah dan dia suka sebab ada banyak buku..So, haraplah impian nak ke library UTHM tu termakbul.. Aku baru masuk sekali je kot, itu pun time pembukaan dulu.

Korang dan anak-anak suka pergi library tak?

Beri pendapat

Selamat pagi.

Apa yang korang rasa bila pasangan mintak pendapat kita? Contohnya tanya pendapat nak pakai baju color apa dan etc..

Satu masa aku pernah terfikir kenapalah mrhubby nak tanya pendapat aku nak pakai tie dan baju color apa, sebab dia cikgu seni dah tentu dia terer matching color ni kan..

Dan pastinya aku rasa sangat dihargai bila diminta beri pendapat..

So korang camana?

12.2.12

Neelofa oh Neelofa..

Sebenarnya kan, aku tak pernah kisah pun bila orang cakap pasal Neelofa. Dia cantik ke apa ke, memang tak pernah kisah la. So far kalau dia berlakon mana-mana cerita, aku tak pernah heran pun. Even aku ada hati nak nengok filem Azura 2012 pun bukan sebab nak nengok Neelofa tapi nak nengok Shahz Jaszle hensem tu, hehe (tapi tak nengok pun filem tu..)

Tapi kan, malam tadi bila nengok cerekarama Ijam Non Yankee tu tetiba hati terpaut kat Neelofa. Suka nengok dia comel je bertudung, nampak sweet lagi. Macam biasa je pakai tudung tu kan. Tak taulah kalau dia pernah bertudung dalam mana-mana cerita sebelum ni.

Cerekarama malam tadi, simple je, boleh lah buat ringankan kepala otak aku yang serabut ni..Abah aku pun boleh bertahan nengok cerita tu malam tadi, selalu dia tak nengok pun drama melayu, mungkin nengok Neelofa comel yang gedik manja tu kot, hehe..

11.2.12

Tak pakai pampers dah..

Ok, Zarif dan mrhubby dah ke sekolah..Yeehaa, tinggal aku dengan dak kecik Zara ni je. Kerja-kerja rumah dah menanti ni, serius banyak sangat nak dibuat..Jap lagi mulalah misi 5S di rumah.

Oh yea, malam tadi pertama kali Zara tido tak pakai pampers. Mula-mula agak was-was jugak. Tapi sampai bila nak pakai pampers je kan? Umur dia dah nak masuk 4 tahun. Kalau siang tu memang dah tak pakai dah, even kat taska pun memang lama dah tak pakai pampers. Cuma bila nak tido je aku pakaikan pampers..

Tapi...malam tadi first time la, memang dia tak pakai pampers. Siap aku ni mengalas tilam tu dengan macam-macam takut-takut dia terbocor kan..Aku pesan gak kat dia kalau ada rasa nak terbuang air, bagitau aku jer.

Alhamdulillah, Zara menunjukkan perkembangan yang baik bila tak bocor pun malam tadi, suka sangat..

Jimat bajet..

Tapi aku perasan yang budak perempuan ni lebih matang dari budak laki, ni hasil pemerhatian aku la antara dua beradik ni..

10.2.12

Stress..

Hmmm, berita ni aku ambil di facebook dan share di sini yea..



Berita ini memang sangat menyedihkan lagi-lagi melibatkan orang melayu dan juga Islam. Aku bukan pensyarah tapi bekerja dikelilingi mereka yang bergelar pensyarah secara tak langsung buat aku sendiri rasa cukup stress. Stress nengok cara mereka bekerja, rasa macam 24 jam tu tak cukup je untuk diaorang, huhu..

Harapnya baik pensyarah mahupun sesiapa, bekerja-bekerja jugak, tapi biarlah ada limit kan. Apa-apapun kita nak buat, ingatlah pada Tuhan dan keluarga tersayang..

Cuma tak taulah mangsa ni stress sebab apa, mungkin ada kaitan dengan kerja jugak kan, mungkin....Hakikatnya, zaman ini memang zaman yang penuh dengan tekanan.

Dulu, masa kat universiti, aku ada belajar CARA MENANGANI STRESS / TEKANAN..Masa tu aku terfikir, "macam gini pun nak diajar ke? takkan lah orang tak tau nak handle tekanan?"

Tapi itu masa 11 ke 12 tahun yang lalu..Sekarang aku rasa memang patutlah kita diajar bagaimana cara menangani tekanan. Perlu diingat, tekanan datang dari pelbagai sudut. Sebagai seorang manusia, aku sendiri pun tak terlepas dari merasa tertekan.

Jujurnya ada pelbagai cara untuk mengurangkan tekanan. Yang paling aku ingat, adalah bermain dengan bayi dan juga kucing. Serius, ia memang boleh kurangkan rasa stress..Korang boleh cuba sendiri..

Tapi sebagai seorang Islam, solat, mengaji dan muhasabah diri adalah cara terbaik kan?. HANYA DIA SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI...

Al-fatihah kepada arwah..

Birthday wish from Zara

Semalam birthday anak sedara aku Nasya yang ke 5 tahun..Disebabkan zaman teknologi kan, aku suruh la Zarif dan Zara bagi wish kat Nasya, tapi sebab Zarif dah besar, dia bagi ucapan biasa je..Ni ha, dak Zara ni excited bukan main siap nyanyi-nyanyi lagi...:) Aku dah postkan video ni malam tadi ke fb adik aku, haraplah Nasya suka bila nengok ni..

Sound tak berapa clear, tapi boleh la kan..

9.2.12

Salah bola

Sabtu lepas aku main boling seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ini. Punyelah excited nak main boling, siap dengan segala tips dari kawan baik yang pro main boling..Tapi bila mula main, habis segala tips entah ke mana, hehe..

Reason kenapa kalah teruk adalah sebab...

berat tau guna bola ni
(dasar takmo salahkan diri sendiri)

Hari yang sama nak main tu, ada la pulak team boling dari satu sekolah ni, diaorang nak buat pemilihan pemain kot, so budak-budak sekolah tu mengangkut bola yang 8 dan 9 abis semua..Tinggallah bola 10 dan ke atas. Nak tak nak, redah jelah..Untuk aku yang tak pernah main boling ni, memang berat giler kot bola ni..Tapi kalau dah lama main, ok jer.

Tapi, tapi..walaupun aku kalah, yang penting enjoy. Serius enjoy bercampur dan bersosial dengan mereka-mereka yang terlibat..:)

 Zarif, mengalahkan pemain pro sampai nak tertonggeng-tonggeng, haha

"Ibu ni pandai main boling ke tak?"

8.2.12

Kenangan manis

Semua orang pun ada kenangan manis kan..Kenangan manis tu biasanya yang tak boleh dilupakan..

Dan macam aku, antara banyak-banyak kenangan manis, satu ni memang sampai bila tak boleh dilupakan..Kenangan manis - BILA DAPAT KERJA.. 

Pada aku ia memang sangat manis memandangkan lepas habis belajar, nasib aku tak sebaik orang lain yang mudah dapat kerja. Pergi interview berpuluh kot, hantar resume kat macam-macam company, masuk jobstreet, interview dengan SPA (kerajaan punya)..Fuh, pengorbanan dan pengalaman nak mintak kerja ni bermacam la..

Hinggalah selepas aku melahirkan anak pertama, aku mohon kerja di tempat kerja sekarang. Mohon kerja sebagai setiausaha, tapi nak pergi interview tu serius aku pakai selebet giler, ngam-ngam baru abis pantang, pinjam baju kurung mak aku, pakai heel mak aku, datang interview nengok kawan-kawan bukan main bergaya lagi.

Tapi aku tawakal je, kalau ada rezeki ada la..Proses interview berjalan dengan lancarnya, dan yang penting aku jadik diri sendiri, takmo hipokrit..

Beberapa minggu selepas proses interview tu, sesambil mengulit anak pertama di rumah, dapat phone call yang mengatakan, "TAHNIAH, PUAN BERJAYA DALAM TEMUDUGA TEMPOH HARI, SURAT PANGGILAN KERJA AKAN MENYUSUL KEMUDIAN.."

Serius...sampai sekarang aku masih teringat-ingat lagi kenangan tu..Betul la kata orang, kelahiran anak itu membawa rezeki..Dan ianya memang kenangan manis untuk aku ingati sampai bila-bila..:)

# Wordless Wednesday 21


Gambar ni dah letak kat fb, ni letak kat blog pulak, saja menghiburkan hati..:)

Perfect 'couple'


Serius..tak tipu, ini memang perfect 'couple'..Goreng pisang dan sambal kicap, yummy..Aku tak boleh bayangkan kalau makan goreng pisang ni selain dari sambal kicap, kalau dengan gula pasir tu, mungkin boleh terima lagi laa..Tapi, kalau makan dengan sos, oh no..:)

Sapa yang belum pernah makan lagi, wajib cuba...:)

7.2.12

Bestnya..bestnyaaa bila Remy Ishak pun ada blog

Ok, bertemu jap malam ni..

Cuti hari ni mengerjakan macam-macam sebab tu malas nak update blog. Padahal dah beratur dah cerita nak di publish dalam blog ni.

Tadi blogwalk kejap ke blog bro Hasrul Hassan, ohh sukanya hati ini, bila dapat tahu Remy Ishak pun ada blog, weeeee...:):)

Sapa yang minat Remy Ishak macam aku ni, bolehlah baca kisah dia di blog dakamat.blogspot.com. 

Senyum sampai ke telinga aku ni, :)

Esok kerja ke? Kerja ke?

6.2.12

Ikan tu kencing tak?

Malam tadi kan, sebelum tido, Zarif bertanyakan aku satu soalan,

"Ibu, semua haiwan kencing tak?"

Aku yang macam dah ngantuk sangat pun jawab jelah "Iye.."

Then, dia sambung lagi, "Ikan pun kencing jugak ke?"

Opss..mencabar ni, tapi aku terus jawab.."ye" (sebenarnya kan, tak yakin pun, dan dalam masa yang sama terfikir, ikan tu kencing ke tak?)

Kenapalah Zarif ni kalau bagi soalan memang aku selalunya terperangkap, nampak sangatlah ilmu tak cukup di dada, hehe..

Pagi ni google jugaklah jawapan, nak pastikan samaada ikan tu kencing atau tak? Aku cuma dapat jawapan yang ikan tak kencing dan dia hanya mengeluarkan kotoran..

Kalau korang ada jawapan yang lebih baik, boleh bagitau yea..Thank  you..



5.2.12

Bercuti dan Riadah

Apa khabar semua? Seronok bercuti? Harap semua dapat habiskan waktu dengan aktiviti yang berfaedah bersama keluarga tercinta. Cam biasalah aku dah tentu tak ke mana, lagi-lagi di tengah bulan ini kan.. Balik ke rumah mak abah aku dah pasti..

Mood nak berblog pun suram sikit, cuma aku ada la singgah ke blog kawan-kawan yang ada update tu. Ni jelah cuti panjang yang ada, lepas ni dah takde dah cuti cam gini lagi..Nak cuti lagi, tunggu cuti sekolah awal bulan 3 nanti okeh..

Masa cuti yang ada ni jugak, harus aku curi masa bawak anak-anak ke padang untuk beriadah. Takkan nak dok melekap mengadap komputer dan blog je kan, hehe..Sesekali kena amik angin di luar, baru rasa segar sikit, ye tak?


Oklah, nanti aku update lagi yea..

4.2.12

Selawat Nabi SAW - Raihan



Selamat Menyambut Maulidur Rasul dan Selamat Bercuti untuk semua..

3.2.12

Mesyuarat oh mesyuarat

Di kesempatan yang ada ni lah mau blogwalk kejap. Pagi tadi ada mesyuarat dari jam 8.30 pagi sampailah ke 11 lebih..hmm..

Bercakap pasal mesyuarat ni kan, sapa suka pergi mesyuarat? Suka sebab dapat makan yea. Actually aku tak suka mesyuarat yang mengambil masa yang lama. Dan mesyuarat yang bagus bila semuanya dalam keadaan sedia dan apa yang nak dibincangkan tu ada penyelesaian dan kata putus.

Tapi, aku pun siapalah kan, orang kecik je, bukannya biasa masuk mesyuarat besar-besar ni. Cuma pendapat aku ni, hasil pengamatan aku jer. Letih nengok orang yang keluar masuk mesyuarat ni, kesian pun ye jugak..

Lagipun aku rasa 15 minit pertama je yang orang boleh fokus dengar berkenaan mesyuarat tu, lebih dari tu, fikiran dah menerawang dah, betul tak?

Berdebar-debar..

Bertemu lagi di hari Jumaat yang mulia..

Perasaan berdebar-debar menanti hari esok, walaupun ramai suka..Esok kan hari sabtu, hari cuti. But then, aku rasa macam nak lambatkan masa je, huhu.

Esok adalah hari pertandingan boling kelab futsal sekolah mrhubby. So semua isteri terlibat dan bertanding sekali..Debarannya cukup terasa. Tak pernah main boling, adalah hari tu sekali je kot buat latihan dan rasanya malam ni kena turun main lagi sekali..Kata mrhubby, it's just for fun, tapi tetap berdebar..

Kalau nak nengok markah aku main boling hari tu, jengah kat sini, segan u....:)


2.2.12

Kisah makcik rempuh kedai superbike

Dah tau kisah Makcik Rempuh Kedai Superbike? Erm,bila baca kisah tu, serius aku rasa simpati yang amat sangat..Insiden ni berlaku baru-baru ini.

Bagi yang tak tau boleh baca kisah ni;



KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.



“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.

“Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.

Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.

Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.

Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.

Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.

“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.

“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.

Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.

Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.

Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.

Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung.


Korang boleh jugak nengok video masa berlakunya insiden ni, boleh klik di sini.. Jujurnya aku kesian sangat dengan makcik tu..Kita tak tau apa masalah dia kan, pada yang komen macam-macam pada makcik tu hentikanlah, tak baik kata yang bukan-bukan...


SUMBER : FACEBOOK

Kata orang......

Kata member aku;

Kalau nak tau rumah tu bersepah ke tak, cuba check susunan kasut kat luar rumah. Kalau kasut-kasut semua tersusun maksudnya rumah tu bersihlah, tapi kalau kasut-kasut tu tak disusun, memang bersepahlah rumah tu..

Setuju tak? Ada nak bangkang?

Aku admit..Sebab bila waktu petang kasut-kasut semua bersepah, bila tiba malam baru aku ada masa nak susun  kasut-kasut, so bila malam rumah aku bersihlah..:)

Korang pulak?

Cerita pagi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dengan izin Tuhan masih lagi bernafas di hari ini.

Pagi ni Zarif agak meragam nak bangun pagi. Mungkin penat agaknya. Dah dua malam aku tolong buatkan kerja sekolah dia sebab dia dah tak larat dan mengantuk. Hmm, agak kesian, tapi nama pun budak sekolah kan..

Indah cuaca pagi ni, rasa macam segar walaupun sebenarnya sisa letih dari semalam ada lagi. Banyak kebaikan kalau datang kerja seawal pagi waktu orang lain belum tunjukkan muka.
 
1) Boleh sarapan pagi sambil baca paper online dan sambil layan lagu di Youtube, hehe..
2) Bolehlah make up sikit-sikit muka yang sememeh lepas makan dan minum kan..
3) Bolehlah blogwalk dan update satu ke dua entry..
4) Check jadual bos-bos dan bolehlah jugak siapkan baki kerja semalam
5) Kalau rasa sakit perut dan nak membuang pagi-pagi pun boleh gak, tak berebut dengan kawan-kawan lain dan lebih privacy..:)

Lain? Fikir sendiri laa..

Selamat bekerja yea...






1.2.12

Boleh pulak fikir cam tu eh..

" Zarif lepas solat, doa la murahkan rezeki ibu abah yea.."

" Kenapa murah?"

" Kenapa pulak? Betul la, minta dimurahkan rezeki.."

" Mesti dapat sikit je, sebab murah.."

Pulak...tak pernah terfikir gitu...

Jual produk pada budak

Petang semalam, Zarif bagi aku satu kertas;

Zarif : Ibu, kita nak beli ubat ni (sambil tunjuk kat kertas tu)

Aku : Ubat apa ni? (sambil nengok iklan kat kertas tu - oh, ubat macam produk homeopathi, ala yang macam formula kecergasan minda tu)

Zarif : Kita nak beli, boleh tak? Ustaz suruh beli..

Aku : Ustaz kat mana? Tempat ngaji ke?

Zarif : Tak..kat sekolah petang (means sekolah agama la kot..)

Aku macam rasa pelik la kan..Ermm..Jual produk pada pelajar? Pada aku, produk tu tak salah pun, malah aku rasa produk tu bagus, but then bagi pada budak-budak? Dan budak-budak macam Zarif akan balik mengadu kat aku mintak duit untuk beli produk tu..

Bila cakap tak boleh beli, nak marah dan nangis pulak..Yelah kot, mungkin dia rasa apa yang ustaz ataupun cikgu suruh beli, dia kena beli, kalau tak beli takut kena marah kot? ----- Mungkin budak fikir cam gitu kan..

Tapi aku tak bagi duit lagi pun, aku nak buat-buat lupa nengok tengahari ni macamana reaksi dia, ingat ke tak pasal nak beli produk ni..

Pada cikgu-cikgu ke ustaz ke atau sapa-sapa pun, sama ada agen produk apa sekalipun, boleh je kalau nak jual produk, tapi aku rasa bukanlah di dalam kawasan sekolah ataupun jual direct pada budak-budak. Logiknya kita tau budak-budak ni kan senang dipengaruhi..

Tak taulah sekarang ni kalau memang dibenarkan jual produk-produk gini direct dengan budak-budak...

# Wordless Wednesday 20

Mi Racun

Nama je racun, tapi ok jer, jangan takut..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...