2.2.12

Cerita pagi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dengan izin Tuhan masih lagi bernafas di hari ini.

Pagi ni Zarif agak meragam nak bangun pagi. Mungkin penat agaknya. Dah dua malam aku tolong buatkan kerja sekolah dia sebab dia dah tak larat dan mengantuk. Hmm, agak kesian, tapi nama pun budak sekolah kan..

Indah cuaca pagi ni, rasa macam segar walaupun sebenarnya sisa letih dari semalam ada lagi. Banyak kebaikan kalau datang kerja seawal pagi waktu orang lain belum tunjukkan muka.
 
1) Boleh sarapan pagi sambil baca paper online dan sambil layan lagu di Youtube, hehe..
2) Bolehlah make up sikit-sikit muka yang sememeh lepas makan dan minum kan..
3) Bolehlah blogwalk dan update satu ke dua entry..
4) Check jadual bos-bos dan bolehlah jugak siapkan baki kerja semalam
5) Kalau rasa sakit perut dan nak membuang pagi-pagi pun boleh gak, tak berebut dengan kawan-kawan lain dan lebih privacy..:)

Lain? Fikir sendiri laa..

Selamat bekerja yea...






13 comments:

  1. Kakcik selalu jadi tukang buka pintu pejabat. Maknanya kakcik memang sampai awal dan boleh BW sepuas hati. :)

    ReplyDelete
  2. Sy smpi opis kul 6.20. Tuh yg update entry awal!

    ReplyDelete
  3. Kakak pun boleh katakan setiap hari jadi org first sampai tempat kerja

    ReplyDelete
  4. baguih2... baruler ada aura nak rajin harinikan...

    ReplyDelete
  5. selamat berkenalan...selamat bertugas dgn ikhlas

    ReplyDelete
  6. sian zarif..

    zakiah asal utara jadi zakiah ada sedikit takut dengan environment skolah di johor. maksudnya kena pergi sekolah agama tu kan..sebab zakiah mana pernah pergi sekolah agama...hihi

    risau sangat anak2 penat..sian plak..memang bagus sekolah agama tu..tapi takut anak2 tak fokus dan jadi bukan2...sebab bab agama ni macam mana pun kena kuat dirumah..kalau setakat sekolah, mereka hanya dengar tapi kalau dirumah mereka akan ikut dan dengar,,huhu membebel plak..

    tapi itulah cuma risau anak terlampau penat..tambah yang darjah 1-6 tu..

    ReplyDelete
  7. tak larat sgt zarif tu yer.. sian dia.. mmg bagus klu dtg awal kan.. mcm2 perkara boleh buat.. sbb itulah en.asben sejak dulu suka pergi ofis awal2.. siap selalu dapat award early bird lagi.. tapi akak hari2 ngam2 sampai ofis.. he..he..

    ReplyDelete
  8. tu yg best kalau masuk opis awal2 ni. :D

    ReplyDelete
  9. sy punch card 5minit sblm time..heheh

    ReplyDelete
  10. kesian zarif.. dah mula kepenatan sampai tak larat nak buat keje skolah ye.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...