10.2.12

Stress..

Hmmm, berita ni aku ambil di facebook dan share di sini yea..



Berita ini memang sangat menyedihkan lagi-lagi melibatkan orang melayu dan juga Islam. Aku bukan pensyarah tapi bekerja dikelilingi mereka yang bergelar pensyarah secara tak langsung buat aku sendiri rasa cukup stress. Stress nengok cara mereka bekerja, rasa macam 24 jam tu tak cukup je untuk diaorang, huhu..

Harapnya baik pensyarah mahupun sesiapa, bekerja-bekerja jugak, tapi biarlah ada limit kan. Apa-apapun kita nak buat, ingatlah pada Tuhan dan keluarga tersayang..

Cuma tak taulah mangsa ni stress sebab apa, mungkin ada kaitan dengan kerja jugak kan, mungkin....Hakikatnya, zaman ini memang zaman yang penuh dengan tekanan.

Dulu, masa kat universiti, aku ada belajar CARA MENANGANI STRESS / TEKANAN..Masa tu aku terfikir, "macam gini pun nak diajar ke? takkan lah orang tak tau nak handle tekanan?"

Tapi itu masa 11 ke 12 tahun yang lalu..Sekarang aku rasa memang patutlah kita diajar bagaimana cara menangani tekanan. Perlu diingat, tekanan datang dari pelbagai sudut. Sebagai seorang manusia, aku sendiri pun tak terlepas dari merasa tertekan.

Jujurnya ada pelbagai cara untuk mengurangkan tekanan. Yang paling aku ingat, adalah bermain dengan bayi dan juga kucing. Serius, ia memang boleh kurangkan rasa stress..Korang boleh cuba sendiri..

Tapi sebagai seorang Islam, solat, mengaji dan muhasabah diri adalah cara terbaik kan?. HANYA DIA SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUI...

Al-fatihah kepada arwah..

14 comments:

  1. Ada gak pensyarah yg terima duit rasuah pelajar mtk diluluskan.

    Adeh!

    ReplyDelete
  2. tu la mmg kene pandai control stress kan...huhu

    ReplyDelete
  3. dia mati bunuh diri ke? Mcm sedikit keliru dengan berita itu. Apa pun stress mmg perlu di tangani dengan baik.

    Setuju dengan huda, kerja pensyarah ni mcm tak cukup 24 jam tu. Kalau title pensyarah saja mungkin oklah, ini banyak lagi benda lain berkait sama. Jujurnya kalau akak di tempat suami, mmg stress memanjang, tp akak tengok dia tidak. Semuanya kena kembali kepada yang maha mengetahui, minta pertolongan dari Dia atas apa juga perkara kan huda...

    ReplyDelete
  4. @~ yus ~ tak taulah bunuh diri ke tidak, kak yus, SRD tu muka ceria, dia pandai kontrol diri laa..kita stress nengok kerja dia, tapi bila nengok muka dia yang ceria dan suka senyum tu, rasa ok la kot, hehehe...

    ReplyDelete
  5. ish ish...sebenarnya mana2 tempat keje pun ada stress dia...cuma kita sebagai manusia yg diberi akal fikiran kena tau mcm mana nak handle stress kita tu...

    wallahualam...

    ReplyDelete
  6. tekanan memang sentiasa ada datang dari berbagai penjuru... harap kita semua mampu menanganinyer dengan baik....

    ReplyDelete
  7. kalau ikutkan stress,, ramai mahu undurkan diri,
    tapi.. sampai bila kan??
    kitakan agama islam, ingat dia maha Kaya..
    yang penting doa, beriadah.. moga sentiasa positif..

    ReplyDelete
  8. stress mmg ader di mana2.. yg penting masa stress kiter guna akal utk berfikir.. :)

    ReplyDelete
  9. ada baca berita tu pagi tadi.. terasa juga kesalnya kalau benarlah dia bunuh diri. kesal tengok nama Islamnya. tapi kalau tengok cara tu mcm agak kejam, mcm ada org lain yg buat. tak tau nak katalah. Moga Allah ampuni dosanya & dosa kita juga. Stress memang boleh buat kita hilang akal.. hati kena kuat, mohon dari Allah.

    ReplyDelete
  10. Huhu...stuju sangat pasal kena handle stress tuh..penting sangat-sangat tuh sebab hidup ni mesti akan salu berdepan ngan stress...

    ReplyDelete
  11. apapun kerja mmg stress sebenarnya. Tapi kalau kita kerja kerana Allah dan ikhlas insyaallah stress tu dapat diatasi. Tak de penawar yang sebaik2 selain dari al-quran...jika rasa stress bacalah al-quran insyaallah segalanya lapang. Dengan ingat dia segala masalah insyaallah ada penyelesaiannya :)

    ReplyDelete
  12. nauzubillah... sedih baca berita tu. tapi betul, apa2 pun kerja ada stressnya. cuma kena pandai tangani dgn bijak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...