16.2.12

Undi & Pilihanraya

Sepatutnya aku cuti hari ni, dah approve pun, tapi lewat petang semalam aku buat keputusan takmo cuti la pulak, perasan workaholic ni, huhu.. 

Ok, ok..merujuk entry yang ini, aku pindah tak jauh pun. Memang di Parit Raja, dekat dengan UTHM (diam tak diam dah 6 tahun menetap kat sini). Sebenarnya satu taman je dengan rumah yang aku sewa sekarang. Kalau nak pindah barang jalan kaki pun boleh, tapi penat dan berpeluh la..:)

Kat Parit Raja ni ada satu je McD, dan McD tu letaknya kat kawasan perumahan aku. So sesapa yang berhajat nak ke Parit Raja atau ke Batu Pahat, bagitaulah yea..Boleh datang rumah aku, :)

Pagi ni, mrhubby ada sesi taklimat urusetia pilihanraya. Tapi kali ni dia takmo jadik kerani pilihanraya, dia nak jadik penunjuk arah je. Taklimat tu berlangsung dari pukul 8 pagi hinggalah 5 petang nanti. Hmmm, dah start taklimat-taklimat bagai ni, maksudnya pilihanraya dah dekat ke? Bilalah agaknya yea?

Ingat lagi pilihanraya yang lalu, berlangsung pada hari lahir aku, 8 Mac 2008. Tulah first time aku mengundi, tengah mengandungkan Zara lagi, :)

Korang dah mendaftar sebagai pengundi? Aku memang dah daftar, dipaksa untuk mendaftar masa pergi kursus BTN, kalau tak dipaksa confirm tak buat..

Pergi daftar eh, bagi yang belum lagi tu. Ingat tau, satu undi tu bakal menentukan segalanya.
 




17 comments:

  1. kak, nt klu sy blik kg kiter detink eh... :P

    ReplyDelete
  2. betul...betul...betul... satu undi menentu segalanya

    ReplyDelete
  3. zakiah pun dah mengundi 1 kali..

    adeih lom tukar tempat mengundi lagi..kalau tak tukar tahun ni alamat tak mengundi le..jauh bebenor nak balik langkawi semata2 nak ngundi...

    ReplyDelete
  4. bulan depan kot mengundi..tak pun bulan 4.kan??

    ReplyDelete
  5. Hm... macam ada chance utk kita bersua nampak gayanya huda... tunggu masa aje. Macam pilihanraya juga mesti akan dtg juga walau nak sorok tarikhnya dari rakyat semua...

    ReplyDelete
  6. oo huda duk batu pahat
    umah arwah tuk akak di parit bakar , muar .. insyaallah kalau lalu , nak singgah jumpe huda ;)

    dah rasa bahang pilihanraya tapi benci sbb x tahu tarikh layie huhuhu

    ReplyDelete
  7. rasanya mungkin tahun ni lah baru pertama kali saya akan mengundi.. ehehehe.. selama ni salu dok kat umah je... ekeke

    salam ukhuwah (",)

    ReplyDelete
  8. lum dafter pun lg.. bila la nk pegi nih.. huhu..

    ReplyDelete
  9. Hahahah! Sng jelah klu mcm tu. Mane tau kot blk BP t...ley lah singgah kan?

    Bpe harga rumah kat situ eh?

    ReplyDelete
  10. masih tak tukar lagi tempat mengundi. masih kat kg halaman...

    ReplyDelete
  11. dkna dah terlebih umur tapi masih tak daftar :)

    ReplyDelete
  12. aku suka pegi ngundi...sebab boleh buat reunion free jmpe kawan-kawan skolah 5 thun sakali!hehehehe

    ReplyDelete
  13. @Kakzakie nampak gaya gitulah kak, insyaallah..

    ReplyDelete
  14. @Pok Amai-Amai oh boleh saja singgah fara, harga rumah saya beli 168k

    ReplyDelete
  15. harap2 pilihanraya jatuh time cuti sekolah, syok sikit kak aya balik kampung sb kalau anak cuti sekolah boleh balik lama sikit.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...