Ok, artikel ni aku baca dari majalah Keluarga keluaran bulan Mac..Aku share ok (tapi aku ringkaskan mengikut keperluan)
Ketahui beberapa perkara remeh yang boleh menyebabkan pasangan merajuk dan elakkan anda daripada melakukannya;
MENEPIS PELUKANNYA
Kebiasaannya ketika anda sedang membasuh pinggan atau memasak dan tiba-tiba dia memeluk dari belakang. Biarpun anda rasa rimas tetapi jangan sesekali menolak kerana akan menyebabkan suami rasa tersinggung dan merajuk.
TIDAK MENGGOSOK PAKAIAN KEGEMARANNYA
Apabila dia sudah mengingatkan anda supaya menggosok baju kegemaran dan anda terlupa melakukannya pasti akan menyebabkan dia naik angin. Apatah lagi jika dia yang perlu menggosoknya sebelum ke tempat kerja.
TIDAK ANGKAT PANGGILAN TELEFON
Jangan sesekali tidak angkat panggilan telefon daripadanya. Jangan biarkan dia menelefon beberapa kali hingga menyebabkan dia marah dan tidak ada mood untuk bercakap dengan anda. Jika ada melihat panggilan tidak dijawab daripada suami anda, cepat-cepat membalas semula panggilan berkenaan padanya.
BERCAKAP TINGGI SUARA
Jangan sesekali meninggi suara kerana lelaki tidak suka pada pasangannya yang bersikap begini. Seboleh mungkin cuba jaga intonasi dan kawalan suara ketika berkomunikasi dengannya.
LAYAN LAMAN SOSIAL DI TELEFON
Perlu diingatkan, jika dalam kereta atau hanya berdua-duaan dengan suami, jangan sesekali bermain FB, Twitter atau apa saja laman sosial. Ini kerana mereka tidak gemar jika anda hanya melayan laman sosial ini berbanding bercakap dengan dirinya.
JANGAN SESEKALI MENUKAR SIARAN LAIN KETIKA MENONTON TELEVISYEN
Walaupun nampak remeh, tetapi jika berlaku bakal mengundang rasa merajuk buat lelaki. Jangan sesekali menukar rancangan lain sekiranya dia dulu yang sedang menonton televisyen. Apatah lagi jika sedang menonton rancangan kegemaran seperti bola sepak. Ambil hatinya dengan menyediakan segelas air panas untuknya.
TIDAK MENYEDIAKAN KEPERLUAN KETIKA MAKAN
Lelaki mengibaratkan diri mereka seperti raja. Apa saja keperluan mereka perlu dihidangkan di depan mata. Sekiranya mereka tengah makan, jangan lupa sediakan air basuh tangan, air minuman dan juga sentiasa menemaninya di meja makan. Walaupun anda tidak makan, tapi cukuplah sekadar menemaninya berbual di meja makan.
So..apa kata korang? Aku akui je semua kat atas ni. Walaupun mrhubby aku sendiri nampak tenang dan selalu kata ok dan tak kisah memanjang, tapi aku tak boleh la take for granted kan..Lelaki@suami ni biasanya kalau tak suka atau merajuk ke, diaorang takmo cakap direct dengan kita sebab nak jaga hati isteri, betul tak?? So kita sebagai isteri kena pandai-pandai la yea...:)
bgitu gak sebaliknya lelaki kena buat kat wanita hahahahaha
ReplyDeletetgk keadaan pun tapi ada gak atas tu terbuat kikiki
@sisdee memang betul pun, sesama suami isteri kena ada toleransi barulah bahagia kan..kita memang ada terbuat perkara2 kat atas tu..tapi paling teruk selalu tak angkat phone laa
ReplyDeletekalau dpt suami yg tak tau mnghargai, buatlah apapun...tetap mcm tu jgk dia..byk2 le kita berdoa ye
ReplyDeletenk smpan tips ni..nt dh kawen senang.. hehe
ReplyDeleteAda waktunya, suami kena dilayan lebih dari melayan anak! ;-)
ReplyDeleteHuda... ada ke isteri tepis pelukan suami? Kalau ada macam tak lamalah hidup bersama nampak gayanya...
ReplyDeletemmg tugas isteri untuk menjaga hati suami kan.. jdnya kena tahulah apa yg dia suka dan tak suka.. bila merajuk pula kena pandai memujuk.. rasanya lelaki merajuk lg susah nak pujuk dari perempuan merajuk ni..
ReplyDeleteada jugak yang tidak. rasanya depends pada lelaki jugak kot.
ReplyDelete