Semalam kan tiba-tiba aku rasa susah nak tido. Entah kot, mungkin terfikirkan berita pasal rumah Mawi kena pecah masuk. Padahal bukan aku berjiran dengan dia pun. Cuma berita pasal pecah rumah ni makin berleluasa. Sakit hati dan trauma sangat bila baca kisah rumah orang kena pecah masuk ni. Macam Ekin tu mau tak trauma, tengah dalam pantang tiba-tiba kena rompak pastu kena ikat semua. Macam kes Wardina jugak la kan. Amik masa nak hilangkan rasa takut dan trauma ni.
Tu pasal aku tak takut sangat hantu-hantu ni, eh ada hantu ke kat dunia ni? Maksudnya kalau nengok drama hantu ni aku takdelah terbawak-bawak dalam tido ke terngigau ke kan..Bukanlah cakap besar ke, tapi tu hakikatnya.
Tapi bila mengenangkan rumah yang kena rompak dan sebagainya ni yang buat aku kecut perut. Kadang-kadang tersedar tak semena-mena je, kucing lalu pun boleh dengar, angin kuat pintu bergoyang pun boleh tersedar..Memang susah hati sangat, takut kalau rumah kena pecah masuk kan.
Macam aku pernah tulis sebelum ni, tak takut hantu, tapi takut orang. Sekali bila orang datang bawak pedang samurai mintak duit ke barang kemas, apa aku nak bagi? Bukannya ada banyak harta..Sebab tu salah satu reason aku beli rumah nak kawasan yang ramai orang especially macam sekarang ni kebanyakannya dikelilingi student universiti la. Memang dah hilang privacy, pasal suasana agak meriah tapi aku lebih suka macam tu dari suasana sunyi sepi..Kalau ada student ni kita tau kan diaorang ni jenis lambat tido.
Tapi kalau sesuatu perkara tu nak terjadi, tak kiralah kat mana tempatnya sekalipun. Privacy ke tak, ramai orang ke tak, ada alarm system ke takde, kalau dah nak jadik tu jadik jugak kan. Cuma kita banyakkan berdoalah agar dielakkan daripada ditimpa sebarang musibah dan tingkatkan lagi sistem keselamatan di rumah.
Tapi kalau sesuatu perkara tu nak terjadi, tak kiralah kat mana tempatnya sekalipun. Privacy ke tak, ramai orang ke tak, ada alarm system ke takde, kalau dah nak jadik tu jadik jugak kan. Cuma kita banyakkan berdoalah agar dielakkan daripada ditimpa sebarang musibah dan tingkatkan lagi sistem keselamatan di rumah.
Susah hati baca macam2 berita sekarang ni kan Huda. Bukan pasal rumah je, pasal anak, pasal keselamatan kita sendiri di luar rumah.. pasal macam2 lah.
ReplyDeleteSemoga kita dilindungiNya.. amin
Tiada tempat atas muka bumi ini yang benar2 menjamin keselamatan agaknya. :(
ReplyDeletekat area rumah aku sekarang pun tgh musim pecah rumah...dorang buat keje bila suma org pegi keje...
ReplyDeletesemoga kita semua dilindungi Allah hendaknya...amin...
samalah kita... tidur mlm mmg tak berapa nak lena.. lg2 kalau ada dengar pasal rompakan dikediaman jiran2 atau kawasan sekitarnya...
ReplyDeletewalau apapun.. sentiasalah berdoa semoga Allah melindungi kita sekeluarga dari perkara yg tidak kita ingini...
betul tu. kadang2 tersedar tengah malam dan dengar bunyi je dah syak yg bukan2.
ReplyDelete