27.3.12

Mana satu ni?

Ok, tiba-tiba aku pulak yang pening kepala walaupun aku tak terlibat, hehe.

Pagi ni ada majlis Multaqa' Ulama dan Ilmuan Islam. Kod etika pakaian bagi lelaki adalah baju melayu Teluk Belanga berdagang luar.

Sejak minggu lepas lagi bos dah tanya, berdagang luar tu camana? Amik kau, dah beberapa kali google ni. Ada banyak artikel buat aku rasa agak pening kepala.

Dalam tahun 1982 Almarhum Sultan Iskandar bertitah hanya Baju Melayu Telok Belanga dijadikan pakaian rasmi istiadat dan kain samping dipakai di sebelah luar baju dan dinamakan berdagang luar.

Lagi satu, ini pulak katanya, The Baju Melayu is worn either in the style of "kain berdagang luar" or "kain berdagang dalam". In the "kain berdagang luar" style, the shirt is worn outside the trousers and covers part of the sampin. In the "kain berdagang dalam", the sampin is worn outside the dress and it covers the lower part of the shirt. 

Lagi artikel, Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam style Orang Johor sekarang – Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan sampin cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu – Baju di selit ke dalam kain)

So, tolong..kot aku silap ke, bos-bos dah ke dewan dah, kalau silap pakai berdagang luar ke dalam ke bukan orang nak halau pun, cuma aku je nak tau ni, untuk confirmation, hehe.


11 comments:

  1. mungkin macam ala ala citer zaman dulu kala..macam arwah nordin ahman pakai tu kot hehehe..

    ReplyDelete
  2. ya lah. Konfius bila baca. Tp SRD pakai samping di luar tadi.

    ReplyDelete
  3. Kakak rasalah Huda... berdagang luar tu kain samping dipakai di dalam yg baru melayunya boleh nampak kedua-dua kocek yang ada...

    ReplyDelete
  4. oh pelik ..
    hurmm setahu akaklah berdagang luar tuu memang sampin dipakai di bawah baju melayu ..
    yg berdagang dlam tuu akak x pernah dgr kekke ;)

    ReplyDelete
  5. entahler yerk tak tauler pulak.. macam2... tapi rasa cam baju melayu biasaler kot bukan baju melayu johor...

    ReplyDelete
  6. oh mak pun konpius yg mana satu hehe

    ReplyDelete
  7. org melayu johor memang pakai kain sampin didalam...dan kalau bukan asal johor, sampinnya mesti diluar..tapi tak pernah dengar berdagang2 tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...