8.3.12

Ada apa 8 Mac?

@ Hari ni adalah Hari Wanita Sedunia

@ Hari ni juga ada pengumuman penting yang bakal dibuat oleh PM sempena Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri (by the time entry ni publish still tak tau apakah pengumuman itu)  / SBPA dibatalkan, naik gaji 13% (Gred 1-54), elaun COLA tambah RM50..Thank you.

@ Hari ni juga filem Bunohan keluar kat wayang (katanya filem ni bagus - tambah lagi ada favourite actor aku, Faizal Hussein, hehe)


Lagi...ada apa 8 Mac ni?

Hari ni juga aku genap 33 tahun. Terima kasih pada mak yang telah bersusah payah melahirkan aku ke dunia ni. Aku cuma nak baiki segala kekurangan dalam hidup, berbuat baik dan membalas jasa pada mereka yang telah banyak bersusah payah untuk aku.

Terima kasih Tuhan atas segalanya dan syukur atas segala nikmat yang Kau berikan.

21 comments:

  1. Selamat hari ulangtahun kelahiran Huda. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dirimu dan keluarga dengan limpahan kasih sayangNya. Amin. :)

    ReplyDelete
  2. happy birthday kak.. semoga dilanjutkan usia... dilimpahkan rezeki.. dirahmati olehNya..

    ReplyDelete
  3. Hari ini juga kakak nak ucapkan 'SELAMAT ULANGTAHUN KELAHRIAN' buat Huda. Moga beroleh segala kebaikan di dunia dan akhirat.

    Perjalanan masih panjang Huda...

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir huda...

    semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu...amin...

    p/s: dan mintak2 ada gud news drp PM hari ni...amin...

    ReplyDelete
  5. Selamat ulangtahun kelahiran huda..semoga panjang umur , murah rezeki dan di beri kesihatan yang baik..amin

    ReplyDelete
  6. Selamat hari lahir huda.. semoga dikurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan berpanjangan, amin.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari wanita, selamat hari jadi dan selamat naik gaji utk huda.. err selamat menonton bunohan juga nnt.. akak pun rasa mcm filem tu best.. kiranya 8 mac ni byk peristiwa menarik utk huda kan.. have a nice day..

    ReplyDelete
  8. yg lain akak tak kisah... nampak besday huda je. hepi besday dear huda, moga hidup huda hepi, sentiasa bersemangat & ceria sokmo. call lah mak, kata TQ lahirkan huda.

    ReplyDelete
  9. @Kakzakie terima kasih kak, iallah banyak lagi yang perlu ditempuh dalam hidup ni..

    ReplyDelete
  10. @wahida tq wahida..AMIN, macamana dengan berita yang PM bagi tu, suka tak? hehe

    ReplyDelete
  11. @diana tq diana, yup kena senyum selalu barulah tak nampak banyak kedut kan, hehe..

    ReplyDelete
  12. @Hanis Azla yup, betul tu kak, tapi takdelah nak nengok bunohan tu hari ni, hehe..Anyway tq kak..

    ReplyDelete
  13. @Adzrien Shoppe tq kak, saya memang balik rumah mak abah pun kak, hati lega dan suka bila dapat jumpa diaorang..:)

    ReplyDelete
  14. selamat hari lahir...semoga panjang umur murah rezeki yer...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...