4.8.11

Aku memang kurang sabar

Salam,

Aku rasa jiwa aku memang bukan di KL la..memang tak boleh hidup di KL..Kadang rasa jeles jugak dengan member-member bila nengok diaorang kerja di KL, shopping di tempat yang best-best, TAPI bila mengenangkan ini;


Aku rasa memang aku tidak ditakdirkan untuk hidup di KL..huhu. Kerana aku seorang yang tidak sabar (lately ni la..), tak suka menunggu dan tak suka buang masa..

Ni antara traffic jam yang terpaksa ditempuh waktu kitaorang nak balik dari HKL haritu. Kat jalan apa ntah ni pun aku tak tau. Aku bersyukur sebab punya mrhubby yang memang pakar jalan di KL..Sebutlah apa jalan pun, semua pun dia tau..Aku?? Hampeh.. 

Mau tak bertembung bertembung traffic jam ni kalau keluar dari HKL pun dah pukul 5 lebih kan? Waktu orang balik kerja pulak tu..Memang terbaik la..Nak pergi jalan mana pun memang semua jam..Aku nengok orang yang drive kereta tu semua pun muka stress dan bosan je..Hari-hari mengadap situasi yang serupa kan?

Bila balik parit raja ni, aku suka sangat, pasal takde jam..yeehaaa...Aku suka bila keadaan tu smooth jer. Suka bila nak pergi kerja senang, suka hati nak keluar dari rumah pukul berapa..10 minit sebelum pukul 8.00 baru keluar dari rumah pun rileks jer..Parking pun ada, takyah nak berebut-rebut..Lepas tu tengahari suka suki boleh balik rumah dan tido-tido lagi..Nak balik boleh takmo balik pun ok..:)

Ha, parit raja ni jam waktu hujung puasa dan raya nanti..Percayalah, masa tu nak pergi tempat yang rasanya 5-10 minit je boleh sampai pun boleh jadi setengah jam..

Balik pukul 5.00 tak payah amik masa lama nak sampai rumah..Memang terbaiklah..:) Nak hantar anak pegi taska dan sekolah dekat jer..Kira bersyukur banyak la..Apa lagi la aku nak kan? 

Aku takut kalau la aku duduk KL dan tempuh jam ni, confirm cepat aku dapat stress, huhu..Tapi kalau dah rezeki korang kat KL, nak buat camana kan? Suka tak suka, memang kena tempuh keadaan ni kan..Dah Tuhan tentukan rezeki setiap orang lain-lain kan..Redha ajelah..

1 comment:

  1. Kak yus pun sama. Memang rasa syukur duduk area sini, tak menempuh jem teruk tu.

    Bila balik rumah mak di Melaka pun dah rasa tensen kadang tu. Nak gi TESCO yang dekat pun berejam...huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...