18.8.11

Insaf dan muhasabah diri

Salam,

Pagi tadi layan ulangan rancangan Bersamamu TV3..Ishh, insaflah. Kadang-kadang kita kena nengok rancangan seumpama ini bagi muhasabah diri, ingatkan diri bahawa ada orang yang jauh lebih susah dari kita.

Yang aku tau ibu tu adalah ibu tunggal ada dua anak lelaki yang besar..Ibu tu boleh dikategorikan sebagai OKU sebab sebelah kaki dah kena potong kerana penyakit kencing manis.

Yang buat aku tersentuh dan terharu tu, ada orang bawak ibu ni dan anak dia makan kat KFC. Pengacara tu cakap, bagi orang lain mungkin makan KFC ni takde apa-apa pasal kita boleh makan bila-bila je, tapi bagi diaorang KFC tu makanan istimewa sebab diaorang tak pernah makan pun..

Ishhh..sungguh aku terharu pasalnya anak-anak dia tu dah besar panjang tak pernah makan KFC..Aku ni ada anak-anak kecik dah kenal dah segala makanan segera yang ada..Memang insaf la, betapa ada orang lain yang hidupnya lebih susah.

Teringat kat mak abah aku...serius tak pernah bawak kitaorang adik beradik ke fast food waktu kecik-kecik dulu.

Bulan puasa ni, sewajarnya kita kena lebih beringat dan jangan membazir. Di saat kita sibuk memikirkan apa menu nak masak, apa nak beli untuk makan, ada orang yang tak makan dan tak cukup makan..Malah ada yang mati sebab tak cukup makan..

Baca [INI] ---- Korang memang wajib baca..

Jom sesama kita menderma di [SINI]...Mudah-mudahan amalan yang sedikit dapat membantu mereka di sana..

layan pulak lagu ni, memang aku nangis.
ERTI HARI INI
(actually lagu ni khas untuk rakyat palestin)

5 comments:

  1. bantulah mereka yg memerlukan ye

    ReplyDelete
  2. slalu pegang prinsip ukur baju di badan sendiri..tak mo mengikut orang..takut kite tak semampu dia..

    nanti yang merana diri sendiri..moga moga kisah mereka ni menjadikan kite seorang yg sntiasa beringat kan yang..

    bersyukur dgn limpah rezeki yang Allah bagi pada kami slama ni..

    ReplyDelete
  3. Zakiah start makan KFC lepas umur 12 tahun. Mak dan ayah zakiah pun memang tak pernah bawak masa kami kecil2 dulu. Sekrang dah stop semua fast food. Hampir setahun dah.

    Ramai yang susah kat dunia ni. bnyak juga yang baik hati. kalau kita takut miskin sedekahla, jika kita nak jadi kaya pun sedekah. Sebab sedekah tu umpama pelaburan didunia dan diakhirat. Insyaallah.

    ReplyDelete
  4. Kakak tak tonton rancangan ini tapi rasanya ramai lagi insan yg dlm kesusahan di negara kita tapi kita tak tahu...

    Oleh sebab itulah siapa yg jumpa bertanggungjawab mencari jalan memberi sedikit kebahagiaan buat mereka ini...

    ReplyDelete
  5. kisah2 begini mmg sgt menginsafkan.. bersyukur dengan apa yang kita ada tanpa melupakan mereka yg tiada.. kerana dalam rezeki kita pastinya ada rezeki untuk orang lain juga..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...