14.2.12

Bila mereka menangis

Selamat pagi..

Pagi ni hantar Zara macam biasa ke taska. Tapi dari dalam kereta dah dengar suara budak menangis dengan kuatnya. 

Aku psiko dan cakap kat Zara, "Adik good girl kan, takmo nangis eh..". Sebab, bila ada sorang budak yang menangis ni, dia cam berjangkit gak ler kat budak-budak lain, so aku memang taknaklah Zara ni menangis.

Kesian kat mak budak tu, budak lelaki pulak tu, menangis dan meraung macam apa. Dan budak laki tu bukan menangis hari ni je, pagi semalam pun sama jugak. Dan bila mak budak tu dah pergi, lagi teruk budak tu menangis, dah kesian pulak aku nengok pengasuh taska tu nak handle budak tu. Kalau aku yang jadik pengasuh tu, mau tak sabar, hehehe...

Nasib masa tu budak-budak lain belum datang. Zara masa tu dah start nak mencebik-cebik tapi tak nangis, huhu..

Tak taulah apa punca budak tu menangis dua hari ni. Tapi mungkin gak, anak dia baru bangun tido, pastu terus kena hantar ke taska, mau tak meraung. Perangai dan ragam budak ni kan lain-lain, so parents ni kena pandai amik hati anak-anak sebelum hantar ke taska, kan? 

Kita kalau boleh nak memudahkan pengasuh..Parents pulak kalau dah hantar anak-anak, ditinggalkan je cam tu, tak kiralah anak tu menangis ke apa ke, sebab masing-masing dah berkejar ke tempat kerja. Kalau sorang budak menangis ok lagi, tapi kalau ramai yang menangis, satu kerja pulak pengasuh nak pujuk semuanya, kan?

Anak korang camana pulak?


11 comments:

  1. manja sangat agaknya..harap2 anak kita tak cmtu la ye

    ReplyDelete
  2. Sementara nak membiasakan anak2 itu, ibubapa memang akan mudah diserang pening kepala.

    Anak kakcik yang bongsu dulu bukan ditinggalkan di rumah pengasuh pun, tapi di rumah sendiri. Dalam perjalanan ke tempat kerja (hampir setiap pagi) telefon bimbit akan berdering. Bila diangkat, akan terdengarlah raungannya suruh balik!

    ReplyDelete
  3. cheqna tak de anak
    tapi biasa r temankan dak opis ni hanto anak dia..kompem nangis tiap2 pagi cheqna yang tengok ni jatuh air mata
    * anak dia berdiri disebalik grill..sambil lambai mama dia..air mata berjuraian sambil2 kata "bye2 mama" banyak2 kali* huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. dulu kita mmg ada masalah mcm nie..masa keje kan...tapi mlm2 tu dah ckp kat anak2 kita kerja untuk apa..klu tak keje boleh dok ngan ibu..puji2 skit dia budak pandai dan lain2 lagi..

    pagi tadi kita pun sebak tgk budak baya sarah tggu van sorang2..sdgkan sarah mesti kita tggu sama2 ngan dia..huhuhu

    ReplyDelete
  5. btl la kak..klu sorang menangis, semua ikut gak.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Haah, betul kak, kalau boleh nak mudahkan kerja pengasuh..takmau dia rasa susah sebab anak2 kita sebab kita bayar pun ciput je..

    Umar ok je pergi taska..masuk je pintu terus hilang..sampai ibu yamah dia kena panggil untuk salam. Ammar plak adalah cebik2 dan nangis tapi dia nangis kejap saja. Cuma ammar ni sensitif sikit. tergelak gak dengar ibu yamah dia cerita kalau sehari di taska kejap2 ke pintu gril..kemudian nangis tengok umi dan ayah takda. Alhamdulillah takda yang extrim lagi setakat ni..:)

    ReplyDelete
  7. hmm..takde pengalaman serupa. Tapi pernahlah tinggal Aqil dan Alia di rumah emak masa ikut SRD ke KL satu ketika dulu. Masa tu Aqil baru umur 6 tahun. Melalak sakan dia, sampai bergegar pintu gril rumah ayah akak tu. Alia relax je main, kata ayah akak, siap dia suruh ayah akak kejar kami....huhu. Lepas tu setiap 1/2 jam dia telefon hp akak, dia suruh atok ayah dan maktok dia tefon. Bila ingat balik, mmg teruk jugalah Aqil ni...manja benor...huhu

    ReplyDelete
  8. Betul, bdk2 mcm ragamnya...

    Tp lg elok ko mak dia tgalkn terus, yang pnting tgal dlam keadaan sihatla...naya pulak sakit2 anta..
    Biasanya bdk2 lbih disiplin ngan teacher,..

    Myb kalo mak dia tunggu, sampai kesudah, hr2 nk kena tunggu...
    N teacher pun ssah nk buat keje sbb ada parents..

    Tp, kna tgk gak, apa@punca budaktu nagis...

    Sy xde ank, tp ckp bdasarkan pngalaman keje taska...;)

    ReplyDelete
  9. akak pun takder pengalaman anak menangis kena tinggal sebab anak akak ngan orang ok sesangat tapi kalau ngan ibu sendiri alahai...
    tuler kadang2 kalau dengar kisah pengasuh tersilap sikit2 ngan anak2 memang akak tak tau nak ckp per sebab kadang2 kalau kita berada ditempat diapun entahler... payah.. jd kena sama2 memahami... pengasuh ngan parents

    ReplyDelete
  10. Sy selalu isau if one day nak anta Aydin ke skool t. Skg nie die duduk dgn nanny die dr baby. So, die sgt manja dgn nanny die. Takut t bile da smpi ms nak g skool, adehh. Isau gak.

    ReplyDelete
  11. Kawan kita mengajar kat smart reader tau..dia cerita bila ada budak menangis je dia yg halau mak bapak balik sbb dia kata budak menangis bila ada makbapak je..

    So far hari ni iman baru stat rela hati nak ke sekolah tanpa sebarang cebik pun kata lokman..alhamdulillah, akhirnya dia da biasa :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...