15.2.12

Innalillah | Al-fatihah

Elok je lepas makan malam, mrhubby terima sms mengatakan kawannya telah meninggal dunia selepas maghrib tadi. Arwah meninggal dunia disebabkan penyakit kanser rektum. By the time aku tulis entry ni, mrhubby masih lagi belum balik dari melawat arwah..

Mujur jugak mrhubby sempat melawat petang Ahad lepas di hospital. Memang keadaan arwah masa tu agak lemah. Umurnya tua setahun dari aku, 34 tahun, muda lagi kan, tapi ajal manalah mengenal umur..Kata mrhubby, hari ni arwah mintak kebenaran doktor untuk balik ke rumah (mungkin dapat merasakan hayatnya tak lama).

Mrhubby jugak baru hantar sms mengatakan anak arwah yang bongsu adalah perempuan seusia zara tido bersebelahan jenazah arwah (tak mampu nak bayangkan). Arwah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak.

Hibanya rasa hati ni tak tau nak kata apa..:( Pastinya semua orang mengimpikan hidup dalam keadaan yang baik dan juga kesihatan yang sempurna. Tapi kita semua berada dalam kuasa Allah SWT. Hanya DIA yang berhak menentukan kisah hidup kita..

Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah...


7 comments:

  1. al-fatihah...
    kesian nya pada anak2..

    ReplyDelete
  2. pilunya ayu membaca kusah arwah dan keluarga

    moga urusan pengebumian arwah mudah dan selesai dengan baik

    salam takziah bt seluruh family arwah..
    al fatihah bt arwah

    ReplyDelete
  3. al-fatihah.sebak kan...tak boleh bayangkan kalau terjadi pada kita...semoga Allah memberikan yang terbaik utk kita, amin. Salam kenal..:)

    ReplyDelete
  4. al-fatihah..

    huda kita punya jiran adik dia meninggal..anak ada 3 org..kecik baru setahun baya aqil..suami keje kat swak..last2 anak tpksa dibagi2 pada mak saudara..aduiii sedihnya...ajal dan maut adalah pasti..tggu jek masanya wallahualam

    ReplyDelete
  5. al-fatihah...
    smoga istri n anak arwah tabah,,,
    camana anak2 nak lalui kehidupan tanpa seorang ayah..sebak plak..

    berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya...

    ReplyDelete
  6. Al-fatihah utk arwah.. semoga rohnya di tempatkan di kalangan org2 yg beriman.. amin..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...