31.3.12

Hujung minggu yang penuh rahmat

Hujan non stop dari awal pagi tadi sampai sekarang. Memang sesuai kalau nak sambung tido kan, tapi aku tak boleh la pulak sebab mrhubby kena pergi sekolah ada mesyuarat PIBG. So aku kenalah bangun awal nak buat sarapan kan.

Lepas dah bangun ni dah tak boleh nak sambung tido lagi melihatkan banyak sungguh kerja rumah yang perlu dibuat. Tangan ni pun still rasa lenguh-lenguh dok main boling malam tadi, citer boling aku update Isnin nanti la yea.

Oh cuma agak surprise pagi ni bila dapat tau yang JPA dah keluarkan pekeliling melibatkan gaji baru nanti.


Alhamdulillah syukur sangat. Kalau ikutkan, gaji gov ni bukanlah banyak sangat pun, tapi untuk part aku dan mrhubby dah kira bersyukur yang amat. Banyak benda yang aku dan mrhubby rancang untuk kehidupan kami sekeluarga. Mudah-mudahan semua dipermudahkan..

30.3.12

Earth Hour, jom support!

Pada setiap tahun, Sabtu minggu terakhir dalam bulan Mac, penduduk seluruh dunia akan memadamkan lampu rumah dan pejabat selama sejam sempena "Earth Hour". 

Malaysia juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam kempen "Earth Hour" pada tahun ini yang akan diadakan serentak di seluruh dunia pada 31 Mac 2012. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran warga bumi terhadap alam sekitar dan isu pemanasan global yang semakin parah.

So, jom sama-sama menjaga bumi kita. Walaupun sejam je tutup lampu tapi kira bermakna jugak kan. At least tunjukkan support.

Diri ini - entah?

Mencari diri
Entah ke mana-mana aku pergi..
Hendak bertanya tidak ku pasti..

Yang pasti
Sempurna tiada di sini
Hanya milik Dia, yang Ilahi

Diam..
Mencari lagi
Masih belum ku temui

Mohon agar disinari
Cahaya indah
Melangkah ke jalan hakiki..


Yea aku bingung sendiri di pagi mulia ini. Selamat pagi kawan-kawan. Pagi ni ada mesyuarat lagi, boleh bikin diri ni muntah, huhu.

29.3.12

Cemburu

Yea..aku memang cemburu bila nengok pelajar-pelajar universiti yang dok sibuk keluar masuk kedai buku. Kenapa diaorang? Kenapa takde baucar tu zaman aku dulu?

Kenapa dan kenapa? Haihhh...Untung diaorang kan..Lagi la bila tempoh penggunaan baucar buku tu dilanjutkan sehingga akhir bulan April kan? Hisssh, bila nengok diaorang amik buku dan macam-macam lagi pastu main hulur je baucar tu, buat diri ni rasa jeles yang amat.

Kalaulah aku yang dapat baucar RM200 tu dah macam-macam aku beli okeh, :)..So dah dapat baucar tu jangan lupa belajar rajin-rajin tau.

Kalau boleh gunakan baucar tu sebaik mungkin yea...RM200 tu jumlah yang sangat besar untuk dihabiskan di kedai buku. Kalau aku tu ------ HEAVEN!!

Manja dan meragam

Dari malam tadi sampailah ke pagi ni Zara meragam menangis tak sudah. Errmmm, camana nak pergi kursus nanti eh?? Bukanlah dia menangis tak berenti, tapi sebelum tido menangis, dah bangun pagi ni menangis lagi. 

Sedari dia lahir memang belum pernah lagi aku berjalan jauh tinggalkan dia. Seingat aku memang tak pernah la. Kalau time Zarif memang pernah la kot, padahal time tu aku tengah bfeed dia lagi. So untuk kursus minggu depan nanti, kira pertama kali la aku akan berjauhan dengan Zara.

Aku ok je cuma Zara jelah. Dia ni jenis fragile, budak pompuan kan. Kalau nak tido, nak aku baring gak sebelah dia, aku tak boleh bangun selagi dia tak tido. Macam puteri la, kena belai-belai dia, huhu.

3 hari 2 malam tu. Kalau waktu siang tu aku rasa Zara cam ok la, tapi waktu malam tu, camana agaknya yea? Kalau sekarang dia gaduh ngan Zarif, dia ngadu kat aku. Ni aku takde nanti, dia nak ngadu kat sapa? Mesti Zarif pun suka je buli dia nanti, hehe..

Haraplah mrhubby ok dan pandai la nak psiko-psiko dan belai manja si Zara tu yea..:)




28.3.12

Nak ke seminar setiausaha


Yeay,  permohonan aku ke seminar ni pada 17 April nanti diluluskan...Gembiranya hati, ni kira harga murahlah. Kalau ikutkan, aku nak pergi majlis setiausaha yang ada Dato' Siti Nurhaliza nyanyi kat JB tu, tapi mahal kot..

Kawan aku ada tanya kenapa majlis setiausaha ni nak ada En. Kamal Affendi Hashim tu? Kan dia tu penganalisis jenayah? Apa kaitan dengan setiausaha?

Ehhh, kerja setiausaha ni antara yang terdedah dengan jenayah. Tak tau ke..

2.30 petang – 4.30 petang  
Sesi 3 Gangguan Seksual Di Tempat Kerja & Isu Keselamatan
En. Kamal Affendi Hashim

Haraplah aku boleh dapat something dari seminar ini..Penuh la jadual aku bulan April nanti, macam-macam hal nak kena settle....

Tak terkata..


Sarapan nasi goreng kampung kat warung. Bersantai-santai dengan mrhubby atau istilah lainnya dating ler..:) Mrhubby tak g sekolah sebab dia terlibat dengan pertandingan rugbi pelajar kat sekolah lain. Sebelum dia ke padang, kitaorang bfast le sesama..:)

Korang dah sarapan belum?

27.3.12

Cepat..cepat..

Kadang kan tak faham dengan perangai sesetengah orang ni, semua benda nak cepat je. Sesuatu benda tu boleh je nak cepat tapi kena la nengok situasinya.
 
Tu nak cepat, ni nak cepat. Pepatah ada mengatakan biar lambat asalkan selamat. Ada orang pernah cakap kat aku, "Keretapi kalau cepat @ laju sangat pun tak elok, takut terbabas, biar lambat asalkan sampai ke destinasinya.."

Kadang pun aku akui yang aku ni pun pandai je bagi arahan semua nak cepat je. Pantang lambat sikit asik nak mengamuk. Tapi percayalah cakap aku bila serba serbi nak cepat banyak yang kita terlepas pandang sebenarnya.

Hmmm..tak kuasalah.

Takut dan susah nak tido

Semalam kan tiba-tiba aku rasa susah nak tido. Entah kot, mungkin terfikirkan berita pasal rumah Mawi kena pecah masuk. Padahal bukan aku berjiran dengan dia pun. Cuma berita pasal pecah rumah ni makin berleluasa. Sakit hati dan trauma sangat bila baca kisah rumah orang kena pecah masuk ni. Macam Ekin tu mau tak trauma, tengah dalam pantang tiba-tiba kena rompak pastu kena ikat semua. Macam kes Wardina jugak la kan. Amik masa nak hilangkan rasa takut dan trauma ni.

Tu pasal aku tak takut sangat hantu-hantu ni, eh ada hantu ke kat dunia ni? Maksudnya kalau nengok drama hantu ni aku takdelah terbawak-bawak dalam tido ke terngigau ke kan..Bukanlah cakap besar ke, tapi tu hakikatnya. 

Tapi bila mengenangkan rumah yang kena rompak dan sebagainya ni yang buat aku kecut perut. Kadang-kadang tersedar tak semena-mena je, kucing lalu pun boleh dengar, angin kuat pintu bergoyang pun boleh tersedar..Memang susah hati sangat, takut kalau rumah kena pecah masuk kan.

Macam aku pernah tulis sebelum ni, tak takut hantu, tapi takut orang. Sekali bila orang datang bawak pedang samurai mintak duit ke barang kemas, apa aku nak bagi? Bukannya ada banyak harta..Sebab tu salah satu reason aku beli rumah nak kawasan yang ramai orang especially macam sekarang ni kebanyakannya dikelilingi student universiti la. Memang dah hilang privacy, pasal suasana agak meriah tapi aku lebih suka macam tu dari suasana sunyi sepi..Kalau ada student ni kita tau kan diaorang ni jenis lambat tido.

Tapi kalau sesuatu perkara tu nak terjadi, tak kiralah kat mana tempatnya sekalipun. Privacy ke tak, ramai orang ke tak, ada alarm system ke takde, kalau dah nak jadik tu jadik jugak kan. Cuma kita banyakkan berdoalah agar dielakkan daripada ditimpa sebarang musibah dan tingkatkan lagi sistem keselamatan di rumah.

Mana satu ni?

Ok, tiba-tiba aku pulak yang pening kepala walaupun aku tak terlibat, hehe.

Pagi ni ada majlis Multaqa' Ulama dan Ilmuan Islam. Kod etika pakaian bagi lelaki adalah baju melayu Teluk Belanga berdagang luar.

Sejak minggu lepas lagi bos dah tanya, berdagang luar tu camana? Amik kau, dah beberapa kali google ni. Ada banyak artikel buat aku rasa agak pening kepala.

Dalam tahun 1982 Almarhum Sultan Iskandar bertitah hanya Baju Melayu Telok Belanga dijadikan pakaian rasmi istiadat dan kain samping dipakai di sebelah luar baju dan dinamakan berdagang luar.

Lagi satu, ini pulak katanya, The Baju Melayu is worn either in the style of "kain berdagang luar" or "kain berdagang dalam". In the "kain berdagang luar" style, the shirt is worn outside the trousers and covers part of the sampin. In the "kain berdagang dalam", the sampin is worn outside the dress and it covers the lower part of the shirt. 

Lagi artikel, Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam style Orang Johor sekarang – Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan sampin cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu – Baju di selit ke dalam kain)

So, tolong..kot aku silap ke, bos-bos dah ke dewan dah, kalau silap pakai berdagang luar ke dalam ke bukan orang nak halau pun, cuma aku je nak tau ni, untuk confirmation, hehe.


26.3.12

Bukan aku je yang patut ada blog

Semalam kan, kemas-kemas rumah, packing barang. Maklumlah, kan nak pindah. So tengah kemas-kemas tu terjumpa lak diari ni;


Serius aku rasa bukan aku yang patut ada blog ni, patut mrhubby pun ada satu. Serius rajin member tu dok update kisah harian dia dalam diari walaupun setakat tulis pergi kelas, balik kelas, buat assignment, tido dan bangun tido, hehe..Bukan satu diari ok, ada dua diari semasa dia belajar kat ITM..:)

Adalah jugak kisah-kisah silam dia yang aku baca. Bila baca tu, serius aku gelak tak hengat!! Hahaha..Tak sangka, ni ke mrhubby aku??? 

Jangan marah ye sayang..




















Baju taekwando

Salam 1 Malaysia untuk semua.

Oh, 2 hari di hujung minggu tak update blog. Niat je beria nak update tapi hampeh, banyak benda nak kena buatlah, so takde hati nak bukak pc, hehe.

Ada banyak benda nak share tapi satu-satu la kan. Semalam Zarif dah dapat baju taekwando. Pagi-pagi tu bila kejutkan suruh pergi taekwando mengamuk takmo pergi, kata banyak kerja la apalah. Tapi memikirkan duit yuran dan baju dah bayar suruh jugak dia pergi..Kalau taknak pergi, aku berhentikan terus je..Nasiblah lepas tu mood dia ok.

Balik dari sekolah menjerit-jerit excited cakap dah dapat baju..Oklah, so bila dah dapat baju tu harap bertambah excited ke kelas taekwando ni. Ala bukannya lama pun, dalam sejam setengah je pun setiap hari Ahad. Dari dia nengok tv je at least biarlah ada aktiviti yang berguna kan. Mana tau badan boleh kurus sikit ke..

Ada gaya tak?


23.3.12

Kena jogging

Mrhubby ajak jogging this weekend. Oh no..Selama ni aku asik suruh dia bawak budak-budak jogging sebab aku senang nak kemas rumah la dan buat kerja-kerja lain.

Tapi kali ni dia kata tiada ahli berkecuali, huhu..Dia mintak aku jogging sebagai persediaan nak ke program Team Building nanti. Dia taknak la nanti aku takde stamina ke apa ke..Walaupun aku cakap pergi sana more to relax plus ada la aktiviti sikit-sikit tapi still dia suruh senam dan jogging jugak.

Aku kerek nak jogging kat tasik-tasik dan taman-taman je, dia suruh jogging je depan rumah ni. Ermm, nengok la yea. Karang semangat ni berkobar dan beria je, bila tiba harinya nanti takut entah ke mana-mana je semua orang, hehe.

Nak tau tak, bukan takmo jogging tapi aku punya halangan yang besar adalah;



Bukan nak makan Mcdonald la, tapi MALAS, hehehe..


Doa solat sunat Dhuha

Malam tadi Zarif minta aku carikan doa solat sunat Dhuha kat youtube. Sebenarnya dia dah ada doa pun, ustazah dia beri. Tapi dia nak dengar dan hafal melalui computer katanya. So aku pun carilah. So yang aku jumpa doa ni pun yang kumpulan UNIC ni nyanyi. 


Sebenarnya banyak kelebihan mengerjakan solat sunat Dhuha ni kan. Korang sendiri pun pastinya dah tau jugak kan. Aku pernah jumpa staf yang memang tak pernah lupa mengerjakan solat sunat Dhuha ni meskipun dia bekerja ofis cam aku ni. Kira bos dia pun dah maklum la kalau dia takde tu, memang pegi solat sunat Dhuha la..

Nak tau pasal solat sunat Dhuha lagi, boleh klik sini.

22.3.12

Nak Float A&W

Sedapnya bila teringatkan float A&W ni tau. Beli hari tu masa kat A&W di stesen minyak Petronas kat Shah Alam.

Actually kalau minum di situ lagi best, lagi sedap bila float tu letak dalam gelas besar kaca tu kan. Lagi menarik dari letak dalam cup kertas ni. Kitaorang take away je pun. Kenapalah kat Batu Pahat ni takde A&W, rasanya dulu time aku sekolah ada, tapi tak lama pastu lenyap, mungkinkah takde sambutan, huhu.

Sapa nak belanja saya float A&W ni? 

Gempar seketika bila gaji tak ada

Pagi tadi bangun dari tido, mrhubby pun dengan rasa girang check la gaji through Maybank2u (memang tau gaji tak naik lagi). Punyelah terkejut, bila nengok takde pun sebarang amaun gaji yang patutnya masuk hari ni.

Apalagi member tu pun muka dah semacam je, aku pun puaslah pujuk-pujuk cakap mungkin bank punya sistem ada masalah kot. Sampai kena bukak internet dan check lagi sekali tarikh masuk gaji untuk semua kakitangan awam tahun 2012 ni. Bila nengok confirm hari ni 22/3/2012. Ermm, aku pun dah mula cuak dah, (gaji aku masuk dah..cuma gaji mrhubby je).

Mood member tu kira memang dah ke laut la. Start la fikir yang bukan-bukan, ingat gaji dia dah kena tarik ke apa ke, melalut ntah apa-apa, huhu..

Ingat mrhubby je, sekali bila berbual ngan member, ada gak yang gaji maybank tak masuk lagi hari ni. Taktaulah kalau melibatkan gaji cikgu-cikgu je ke atau semua gaji yang masuk maybank memang ada masalah hari ni?

Mungkin Maybank ada problem?

Aku rasa bengang sebab..

bila dapat tau yang remaja kita semua sangka diculik tu tapi tak diculik pun. Punca sebenarnya, dia tertekan dengan keluarga dan memang dah rancang untuk melarikan diri.

Yang dia kena culik depan adik-adik dia tu semua hanyalah lakonan bijak dia dan teman lelakinya..Errmmm, sejak dari petang semalam bila dapat tau tentang ni aku memang rasa bengang. Yelah walaupun kita tak tau apa sebenarnya yang berlaku dalam keluarga dia tapi aku rasa cara dia buat semua ni macam tak patut sangat.

Di saat semua orang melahirkan rasa simpati pada keluarga dia dan juga risaukan tentang diri dia, boleh pulak dia memang merancang untuk diculik dan sengaja melarikan diri. Apa ni semua?? Baru 15 tahun tu..Kesian kat family dia, tu je yang aku terfikir..

Kenapa ye perkara macam ni patut terjadi? Remaja dah pandai main-mainkan keluarga, main-mainkan kewibawaan polis? La ni takmo balik rumah dan dihantar ke rumah perlindungan kanak-kanak pulak...

Hmm, zaman sekarang harus diakui agak sukar dan terlalu mencabar nak membesarkan anak-anak. Terlalu ikut cakap pun payah, garang dan tegas sangat pun payah jugak..Terlalu baik nanti diambil kesempatan...

Aku kalau boleh nak balik je zaman kanak-kanak dan zaman remaja, nak belajar rajin-rajin dan menikmati kehidupan tu tanpa ada gangguan lain. Percayalah zaman bercinta tu memang macam best, konon teman lelaki paling hebat, terbaik antara yang lain mengalahkan mak bapak kita sendiri. Cuba kawin pastu ada anak sendiri, baru tau langit tu tinggi ke rendah nak survive hidup lagi..

Haihhh, aku memang cukup geram kat remaja tu dan simpati dekat keluarga dia..Moga-moga remaja itu dapat berubah dan kembali ke pangkuan keluarga, insyaallah..


21.3.12

Tahniah pada semua

Pertamanya tahniah diucapkan kepada mereka-mereka yang berjaya dalam keputusan SPM yang diumumkan hari ni. Yang kurang berjaya tu jangan risau, banyak lagi peluang kat luar sana tu. Zaman sekarang ni bukan bergantung pada kelulusan akademik semata-mata tapi more to kemahiran..So all the best pada semua.

Dan tahniah juga diucapkan pada mrhubby tersayang a.k.a. cikgu seni yang mana subjek PSV dia di sekolah mendapat kelulusan 100%..Katanya bilangan pelajar yang dapat A pun meningkat. Tak boleh la expect terlalu tinggi, ini sekolah kampung ok..

Tahniah pada semua..Kenangan SPM 96 dulu masih segar dalam ingatan..Terlalu banyak liku-liku yang perlu aku hadapi sebaik je dapat result tu..:)

Ke Puteri Resort Melaka

Lembap betul aku nak tulis entry bercuti hari tu kan. Sebenarnya taklah ke mana pun. Pergi KL jumpa adik-adik pastu beli-beli barang sikit. Balik dari KL turun ke Melaka (mana jelah tempat yang best selain Melaka yang sesuai dengan bajet). 

Kitaorang tido kat Puteri Resort Melaka. Dah penah ke sini sebelum ni, tapi pergi lagi sebab suka dengan swimming pool dia yang pada aku agak besar la.

 Biasanya aku memang tak masuk kolam

 Sakan diaorang main slide ni

Zara sebenarnya berenang kat tangga je


Aku amik video diaorang main slide ni, memang excited la padahal cuaca masa tu sejuk dan dingin je, aku yang dah menggigil tapi diaorang selamba je..

20.3.12

Hari-hari teruja


Rumah tak besar dan taklah kecik sangat tapi bolehlah untuk kami berteduh. Semalam dah pergi rumah baru, hari ni pergi lagi, biasalah perasaan teruja tu lebih sikit. Macam beli baju dan kasut baru, sibuk nak cuba setiap masa, betul tak?

Billu

Petang sabtu hari tu tersangkut lagi depan tv mengadap cerita Billu. Kalau dah namanya Hindustan tu kan, memang tak sah cerita kalau tak sedih. Tapi takdelah sampai menangis mengalir airmata cuma ada la rasa sedih.

Walaupun adakalanya setengah dari cerita Hindustan ni tiru dari filem Inggeris, tapi tetap best di mata aku..Dan cerita Billu antara yang mengusik hati la, simple je cerita ni tentang erti persahabatan.

Memang sweet sangat cerita ni.


Billu (Irfan Khan) is a poor barber who lives with his wife Bindiya (Lara Dutta) and their two children, Gunja (Mitali Mayakar) and Ronak (Pratik Dalvi) in the village of Budbuda. He also spends time with his close friends Budbudiya (Rajpal Yadav) and Naubat Chacha (Asrani). Though struggling, Billu lives an uneventful life until Bollywood superstar Sahir Khan (Shahrukh Khan) comes to the village for a film shoot.

Billu has mentioned to his family that he knows Sahir from the past but has never elaborated how he knows the star. When his children talk about their father's friendship with the star, word spreads throughout the village. Virtually overnight, Billu, who had previously been scorned by most due to his lowly state, becomes the center of attention. People who had spurned him only the week before now call him a close friend so that he will introduce them to Sahir. Billu refuses and downplays the friendship. Even so, the powerful businessman Sahukaar Daamchand (Om Puri) demands to see Sahir and offers Billu expensive gifts in order to gain such a meeting. When Billu consistently fails to introduce the people of the village to Sahir, his situation changes once again. He is accused of lying about his friendship and everyone — including his wife and children — begin to doubt his character and integrity. Rather than defend himself, Billu remains quiet about the nature of his and Sahir's friendship.

On Sahir's last day in the village, the star speaks at a local school. He tells the children about his own impoverished childhood when he had nothing but a special friendship with another young boy, named Billu. It was Billu who had taken care of Sahir and eventually helped him travel to Mumbai where Sahir became a star. Billu, who is standing at the back of the event, leaves during the talk without revealing to Sahir that he is there. But the townspeople, realizing their error, take Sahir to Billu's house. Billu's children come home and apologize to their father. Then, Sahir appears in his Bentley Continental GT, and Billu and Sahir are reunited. In the end, Sahir must leave for another shoot but promises that his and Billu's friendship is reignited and will remain friends. - Wikipedia.



Tertido | Makanan di hujung minggu

Beria la kan semalam konon takmau miss nengok cerita ni, sambil bukak tv sambil tertido ok. Jap nengok jap tido, hmm..Sangat tak feel, tunggulah hujung minggu ni pasti ada ulangan.

Lepas tu dah tertido awal boleh pulak terbangun lambat, haihh. Tu pun nasib mrhubby tersedar, dah dekat pukul 6..Nasib semua sempat.

Ok, pagi ni aku ada mesyuarat la pulak. So aku share gambar makanan yang aku buat hujung minggu lepas. Sabtu tu ada kenduri, tapi malam tu aku buat stew ayam (aku ikut resipi Chef Hanieliza). Makan stew tu kongsi 4 orang sambil cicah dengan roti, mmmm sedapnya kena pulak kuahnya pekat.


Menu kedua pulak hari Ahad, antaranya aku buat ayam bakar blackpepper (sama gak ikut resipi Chef Hanieliza). Lauk lain biasa-biasa je.


Memang puas hati kan bila dapat makan masakan sendiri. Walaupun tak la sesedap mana or presentation tak secantik mana tapi tetap rasa puas. Yang penting habis licin, :)





19.3.12

Cinta Si Tukang Kasut

Malam ni tak boleh tak nengok..


Sapa yang nak nengok boleh join sekali, CINTA SI TUKANG KASUT lakonan utama Remy Ishak dan Ayu Raudhah. Tak sabar nak nengok malam ni pukul 10 malam (kalau tak silap) di Astro Prima ke Ria ek..Korang check jelah malam ni, hehe..



Salah faham, sabar jelah..

Aku memang suka letak dialog kat blog ni, samaada dialog tu antara aku dan anak-anak mahupun dengan mrhubby. Sebab senang aku nak baca dan itu adalah kenangan dalam hidup aku, yea tak? Kalau ada yang boring dan tak suka, maaf yea..

So, ni aku share lagi dialog antara aku dan anak-anak. Kejadian berlaku malam Sabtu lepas;

Zara : Ibu boleh cakap Inggeris tak?
Aku : Boleh..
Zara : Cuba cakap Inggeris
Aku : Hi, I can speak English. Can I help you? (Cakap sikit-sikit je, bukan dia paham pun)


Tiba-tiba,


Zarif : Ibu..adik bukan nak suruh ibu cakap Inggeris tu la..
Aku : Habis tu?
Zarif : Adik nak suruh ibu cakap I.N.G.G.E.R.I.S, cuba ibu cakap..
Aku : Ha?? Ok, INGGERISSS..cam gitu ke?

Tiba-tiba Zara mengangguk sambil tersenyum..Pulak gitu, sabar jelah anak-anak aku ni kan..:)



Hanson dah handsome


Serius aku ngantuk, pastu cari lagu nak hilangkan ngantuk, tiba-tiba teringat band Hanson ni, ala yang popular dengan lagu MmmBopp tu..Tapi ni aku dengar lagu I Will Come To You, bukan hilangkan ngantuk, lagi ngantuk adalah...:)

Ishh, dah besar dah diaorang ni, dah makin hensem dah..Aku dengar lagu diaorang ni time sekolah je. Ni la baru nak nengok muka diaorang balik..

 Dulu

 Sekarang

Hensem kan? Hehehe..

Rutin asal | Gaji ke SPM?

Selamat pagi..

Mrhubby kata cuti tak cukup. Tu memang dialog biasa yang aku dengar bila dah naik cuti sekolah. Masing-masing (mrhubby dan Zarif) dah prepare mental dan fizikal dari semalam (kononnya la kan, nasib aku tak jadik cikgu)..

Malam tadi tido awal sebab aku pun dah kena mulakan rutin cam biasa pagi ni. Alhamdulillah tersedar 4.50 pagi. Niat nak buat nasi goreng dipermudahkan. Aku buat nasi goreng kanak-kanak riang.  Exactly resipi dari Mat Gebu. Bezanya takde ayam, salad dan timun. Yang lain semua serupa.

Sambil bersiap sambil  berbual ngan mrhubby

Aku : Hmm, hari ni berapa hb?
Mrhubby : 19
Aku : Lagi 2 hari la ek..
Mrhubby : Lagi 3 hari la..
Aku : Apa yang lagi 3 hari?
Mrhubby : Gaji la kan..
Aku : Eh, orang cakap pasal result SPM la..
Mrhubby : Eh, bukan awak ke selalu kira hari gaji,  ni tak pasal-pasal cakap pasal SPM lak?
Aku : La..tak boleh ke ingat pasal SPM? (huhu..)

 




18.3.12

Makan di Restoran Madinat Hadramawt Batu Pahat

Tiga minggu lepas aku dan pergi keluarga pergi Restoran Madinat Hadramawt kat Batu Pahat. Menu dia macam-macam, tapi mungkin silap hari kot kitaorang pergi. Bila sampai, kebanyakan yang kitaorang oder tu takde.

Ikutkan kitaorang takmo makan nasi, tapi nak makan roti cicah-cicah dengan kuah apa pun, tapi tukang buat roti tu boleh cuti la pulak. Special kat situ nasi mandy tapi kitaorang takmo sebab dah pernah makan..

So dari taknak makan nasi terpaksa gak ler makan tapi aku rasa bukan nasi mandy kot, aku pun lupa nasi apa..Tapi cam lebih kurang nasi mandy je kot, huhu..

Memula sampai ni, mak aku siap cakap, nanti kalau tak abis nasi ni camana, tapi serius abis je (makan 5 orang kot), yang lebih sikit tu aku tapau bawak balik..


Mungkin kena pergi balik la restoran ni, nak makan makanan yang kitaorang tak dapat makan hari tu..

17.3.12

Secebis kisah di pasar malam

Petang semalam pergi pasar di satu kawasan kampung. Dan waktu nak pilih-pilih sayur di gerai, aku terdengar dialog lebih kurang begini;

"Eh, taknak beli kat sini la, ni orang cina jual, jom cari tempat lain.."

Aku diam jelah, tapi aku beli sayur kat situ jugak. Kalau orang cina jual kenapa? Aku malas nak ulas panjang-panjang cuma aku lebih fleksibel dalam hal sebegini.

Aku lebih suka fikir benda yang baik-baik dan kita semua kan 1 Malaysia..:)

Selamat berhujung minggu.



16.3.12

Macamana agaknya..

Hmm, aku dok fikirkan pasal anak dara aku sorang ni, asal malam sebelum tido je mesti meragam nak pegang pusat aku..Pernah aku cerita dalam entry ini.

Awal bulan depan aku terpilih ke program Team Building fakulti selama 3 hari 2 malam. Dan aku terfikir macamanakah keadaan Zara nanti? Hmmmm..

Pelik? Memang pelik pun..

Rumah baru lagi

Semalam pergi rumah baru. Alhamdulillah dah masuk air dan eletrik, yeehaa, tapi belum buat wiring lagi. Start minggu depan ni, akan bermulalah segala proses-proses yang sepatutnya..

Aku pun akan duduk kat rumah sewa ni sampai bulan April (tuan rumah suruh sampai bulan 4 je, ingat nak sewa sampai bulan 5, tapi tuan rumah tak bagi ler pulak, so nak buat camana kan..)

Nasiblah rumah sewa ngan rumah sendiri ni dekat (satu taman je), so proses nak memindahkan barang tu agak mudahlah, hari-hari pun boleh buat kan, tapi kena angkat sikit-sikit la. Perasaan nak pindah rumah baru a.k.a. rumah sendiri ni memang lain, senang kata teruja la..Zarif dan Zara pun dok sibuk tanya, "bila nak pindah, bila nak pindah?"

Incase kalau proses pengubahsuaian ni tak siap sampai akhir bulan 4, mungkin aku akan ulang alik ke rumah mak (tapi haraplah siap cepat..)

Petang ni nak pergi lagi rumah baru, nak ukur dan nengok apa lagi, bajet macam hebat sangat je nak renovate padahal takde buat apa pun..








Coconut Shake Klebang

Selamat pagi Jumaat, alhamdulillah cuaca yang sangat baik di hari mulia ni. Sejuk juga rasa hati bila membaca berita yang baik mengenai anak yang meninggalkan ibu di hotel bajet minggu lepas..Alhamdulillah, moga dia dapat memulakan kerjaya dan terus bertanggungjawab pada ibunya..

Ok, nak share je, korang pernah rasa tak Coconut Shake ni? Ohh, ni pertama kali beli kat Klebang..Rasa tak cukup secawan, lain kali nak beli dua cawan, minum sorang-sorang, hehe..


Ok, mau pergi sarapan dulu, perut dah bunyi-bunyi ni...:)

15.3.12

Cikgu baca buku apa tu?

Sebenarnya kan susah aku nak nengok dia membaca. Biasa kan cikgu suka membaca tapi cikgu ni susah aku nak nengok dia membaca, mungkin sebab dia cikgu seni mungkin jarang membaca kot?

Yang aku tau dia membaca blog politik, blog amanz dan pastinya blog aku jugak la kan..Tapi kalau buku agak payah. Tapi dua hari ni aku nengok bersungguh betul dia membaca, macam tak perasan aku kat sebelah, hehe.

 kusyuk baca buku, cikgu..

oh ni ke bukunya..

Yup aku admit mrhubby suka segala yang berkenaan dengan sejarah, apa-apa jelah (patutnya jadi cikgu sejarah kan..).

At least sejuk mata aku nengok dia membaca pasal aku memang suka membaca, yeay!

Abah buat apa?

Semalam,

Aku : Zara, abah kerja apa?

Zara : Pergi sekolah..

Aku : Yelah, pergi sekolah, tapi abah kerja apa?

Zara : Cikgu..

Aku : Bagus, pandai adik...(sambil usap kepala Zara)

Aku : Abah kerja cikgu, dia buat apa dik?

Zara : Main 'pesbuk' (facebook)

Aku : ???

Rindu semua..

Ok, back to normal routine..Yea, baru naik kerja hari ni, :), patutnya aku cuti je terus sampai esok kan, hehe..

Rindu jugak nak buat kerja, rindu dengan meja aku, rindu dengan kawan-kawan..Untuk pagi ni tak ada cerita lagi, tunggu nanti eh, serius aku pun rindu nak blogwalk, sebab bila cuti ni baca blog pun macam  gitu-gitu je, tak sempat nak baca betul-betul..

Ok, bagi aku settle kerja dulu eh, nanti dah ok, aku update yea..Kalau main blog je, nanti bos marah, hehe.

14.3.12

Kami ke I City

Sabtu malam lepas, kitaorang ke I City, Shah Alam. Orang punyalah ramai malam tu, maklumlah cuti sekolah. Panas berbahang takde angin, jauh parking, pastu jauh jugak nak jalan kaki naik ke atas tu, huhu.

Tapi sebab nak sangat nengok I City ni, redha jelah. By the way, seksyen 7 Shah Alam ni dekat sangat di hati pasal aku pernah stay sini dengan kawan-kawan masa belajar di UiTM. Antara yang paling awal la duduk kat situ, masa tu serba serbi kosong, takde apa pun, alih-alih sangat pesat membangun, memang best la..

Ok, back to the topic.. Tak payahlah expect gambar yang cantik-cantik sebab takde kamera, so bergantung harap sepenuhnya pada kamera hp masing-masing yang baterinya dah ala-ala jer, huhu..Aku letak gambar ni je membuktikan aku dah ke I City, rasa cam kena pergi balik sini dengan kamera baru, hehe (ntah bila la tu kan..)

 muka toya pasal panas dan bengang

 mereka..

 "adik nak balik, adik nak aiskrim"
 (dialog benar, memang cuaca panas)

boleh angkut stroller cam angkut beg sekolah

13.3.12

Game lama


Walaupun hidup dalam zaman Ipad ni, silalah jangan lupa pada game lama seperti game ular dan tangga ni..

Kesian kat Zarif, puas aku ajar main game ni, maklumlah budak  hidup di zaman moden..Inilah antara game aku dan mungkin korang-korang semua zaman kecik-kecik kan. Manalah ada game Angry Bird mahupun tablet di zaman dahulu kala, hehe..

Ok, aku masih lagi dalam mood bercuti lagi ni..:)


12.3.12

Takziah | Anak tu amanah Tuhan

Takziah dan Al-fatihah. Sungguh aku rasa simpati dan sedih atas apa yang berlaku. Rasanya ramai pembaca blog yang buat entry mengenai berita ini.

Nak ungkit tentang perkara yang dah berlaku memang tak guna, sebab ianya dah terjadi dan Tuhan dah tentukan ajal adik Nurul Nadirah dah sampai. Cumanya biarlah kita sebagai ibu bapa mengambil kisah ini sebagai iktibar. Ingat anak tu amanah Tuhan dan kita sebagai ibu bapa kena lebih prihatin dan lebih mengawasi anak-anak.

Zaman sekarang ni serba serbi dah tak selamat dan takde apa yang boleh dipercayai. Harap semua ibu bapa lebih prihatin, nak ber'fb' ke berblog ke atau ber apa-apa pun kena ingat tanggungjawab..Janganlah sibuk nak buat benda lain sampai lupa tanggungjawab pada anak-anak...Ini peringatan untuk diri sendiri jugak..

Semoga roh adik Nurul Nadirah @ Dirang dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga..

10.3.12

Surpriseee!!

Thank you to mrhubby sebab dia buat surprise masa birthday aku. Ala, bukan surprise apa, dia belikan kek tanpa pengetahuan aku, kira surprise la tu kan, hehe.


Ni kawan mrhubby a.k.a cikgu sekolah yang buatkan. Ala-ala kek Coklat Indulgance SR. Sedap alhamdulillah, aku pun makan banyak kali, :). Aku potong dan makan kek ni kat rumah mak dan abah. 

Thank you sayang.


Zarif tanya, "Kenapa letak nama B? Patutnya letak la nama Nurulhuda.." Ala, Zarif ni, tu nama manja ibu ler...hehe..


9.3.12

Finally...

It's Friday..

Terima kasih atas segala ucapan dan doa kalian pada aku semalam. 

Dan paling menggembirakan bila dapat balik rumah mak abah dan dapat bersama mereka. Dan pastinya  paling best bila dapat nengok muka mak yang melahirkan aku. Sungguh, sebenarnya jauh di sudut hati rasa sayu dan terharu, entah sampai bila aku dapat tatap wajah mereka aku tak tau..

Moga Tuhan berikan aku dan orang-orang yang aku sayang kesihatan yang baik sebab masih ada lagi perkara-perkara yang perlu aku lakukan bersama mereka semua..

Ok..as my post title, finally..Yeay, sapa yang tak suka hari Jumaat kan? Semua orang suka sebab esok cuti..Dan pastinya aku akan bercuti sampai Rabu depan..:):) 

Tujuan mau ke KL sebab nak jumpa adik-adik di sana. Kemudiannya jumpa kawan lama UiTM. Hari Ahad turun ke Melaka dan probably stay di sana kerana mau bawak budak-budak mandi manda dan jalan-jalan (Zara kata nak naik beca la pulak..). 

So, harap apa yang dirancang akan berjalan lancar hendaknya...Ni pun beg tak kemas lagi ni, aku nak settlekan semua kerja sehari ni, kalau tak sian kat bos-bos yang ditinggalkan nanti..






8.3.12

Ada apa 8 Mac?

@ Hari ni adalah Hari Wanita Sedunia

@ Hari ni juga ada pengumuman penting yang bakal dibuat oleh PM sempena Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri (by the time entry ni publish still tak tau apakah pengumuman itu)  / SBPA dibatalkan, naik gaji 13% (Gred 1-54), elaun COLA tambah RM50..Thank you.

@ Hari ni juga filem Bunohan keluar kat wayang (katanya filem ni bagus - tambah lagi ada favourite actor aku, Faizal Hussein, hehe)


Lagi...ada apa 8 Mac ni?

Hari ni juga aku genap 33 tahun. Terima kasih pada mak yang telah bersusah payah melahirkan aku ke dunia ni. Aku cuma nak baiki segala kekurangan dalam hidup, berbuat baik dan membalas jasa pada mereka yang telah banyak bersusah payah untuk aku.

Terima kasih Tuhan atas segalanya dan syukur atas segala nikmat yang Kau berikan.

7.3.12

Drama Selagi Masih Ada



Hari ni memang sibuk sangat-sangat..So tak tau nak letak entry apa. Makanya aku share this trailer drama. Dah ditayangkan kat Astro berulangkali pun. Tajuknya cam kat atas tu la - SELAGI MASIH ADA. 

Yang aku tau heronya - Beto Kusyairy. Walaupun dah ditayangkan berulangkali tapi hari kelmarin barulah aku dapat nengok drama ni dari mula hingga akhir. Selama ni nengok sekerat-sekerat je.  Cerita ni macam cerita cinta yang lain tapi sweet sangat masa permulaan cerita di mana kesungguhan yang ditunjukkan oleh si lelaki (Beto) yang sedaya upaya nak mengorat si perempuan.

At last, diaorang berkahwin tapinya bila si isteri disahkan mengandung dia didapati mengidap penyakit ALZHEIMER. Kesian la, sebab penyakit tu kan penyakit cepat lupa. Dan waktu lupa tu tak kira waktu. Memang mencabar dan menduga kesabaran si suami la..Pada aku memang sweet sangat cerita ni ditambah ada Beto tu, hehe..

Kalau ada yang teringin nak nengok cerita ni, cari kat youtube ok..:)

Frust camera hp rosak

Haii, eh ceria tetiba lak, countdown hari nak cuti je, hehe..:)

Sebenarnya aku frust ni, frust sebab hp buat hal ler pulak. Kamera kat hp dan memory card dia buat hal..Dari semalam abis aku godeh-godeh, hmmm, tapi masih tak ok. Tak boleh nak amik gambar sebab memory card ada problem, ntah masuk virus ke apa ke..So nak letak gambar kat blog pun tak boleh ni. Dahlah kamera pun dah rosak, sedih..

Malam tadi punyalah rajin, buat shepherd pie tu. Padahal dah letih dan ngantuk tapi ada request dari anak-anak dan jugak mrhubby. So gigihkan gak ler buat. Nasib mereka-mereka mau menolong, jadi kerja tu bertambah ringan.

Buat siap-siap dari malam tadi, simpan dalam fridge dulu, pastu bakar kat oven pagi tadi. Makanya kami semua hari ni konon-konon macam orang putih, bawak bekal shepherd pie, hehe..

Tak tau shepherd pie? Rujuk sini.

Oh yea, thank you pada yang beri komen di entry ini. Well, don't worry, aku memang tak buatkan Zarif akaun facebook pun. Sebab aku tak nampak sebarang keperluan pada diri dia.

6.3.12

Nak facebook

"Ibu, buatkan kita facebook.." minta Zarif pada aku bila balik sekolah tengahari tadi.

Ermmm..serius dia memang takde akaun facebook. Dia tak heran pun dengan facebook setakat ini. Tak pernah kisah kalau nengok kitaorang bukak facebook. Yang dia heran cuma kartun dan game je. Kalau ikut pada arus teknologi memang tak salah nak ada facebook, tapi hati aku masih berat lagi..

Lagipun apa keperluan facebook pada budak darjah satu ek? Ermmmm..

7 Cara Hindari Suami Merajuk

Ok, artikel ni aku baca dari majalah Keluarga keluaran bulan Mac..Aku share ok (tapi aku ringkaskan mengikut keperluan)

Ketahui beberapa perkara remeh yang boleh menyebabkan pasangan merajuk dan elakkan anda daripada melakukannya;

MENEPIS PELUKANNYA
Kebiasaannya ketika anda sedang membasuh pinggan atau memasak dan tiba-tiba dia memeluk dari belakang. Biarpun anda rasa rimas tetapi jangan sesekali menolak kerana akan menyebabkan suami rasa tersinggung dan merajuk.


TIDAK MENGGOSOK PAKAIAN KEGEMARANNYA
Apabila dia sudah mengingatkan anda supaya menggosok baju kegemaran dan anda terlupa melakukannya pasti akan menyebabkan dia naik angin. Apatah lagi jika dia yang perlu menggosoknya sebelum ke tempat kerja.


TIDAK ANGKAT PANGGILAN TELEFON
Jangan sesekali tidak angkat panggilan telefon daripadanya. Jangan biarkan dia menelefon beberapa kali hingga menyebabkan dia marah dan tidak ada mood untuk bercakap dengan anda. Jika ada melihat panggilan tidak dijawab daripada suami anda, cepat-cepat membalas semula panggilan berkenaan padanya.


BERCAKAP TINGGI SUARA
Jangan sesekali meninggi suara kerana lelaki tidak suka pada pasangannya yang bersikap begini. Seboleh mungkin cuba jaga intonasi dan kawalan suara ketika berkomunikasi dengannya.


LAYAN LAMAN SOSIAL DI TELEFON
Perlu diingatkan, jika dalam kereta atau hanya berdua-duaan dengan suami, jangan sesekali bermain FB, Twitter atau apa saja laman sosial. Ini kerana mereka tidak gemar jika anda hanya melayan laman sosial ini berbanding bercakap dengan dirinya.


JANGAN SESEKALI MENUKAR SIARAN LAIN KETIKA MENONTON TELEVISYEN
Walaupun nampak remeh, tetapi jika berlaku bakal mengundang rasa merajuk buat lelaki. Jangan sesekali menukar rancangan lain sekiranya dia dulu yang sedang menonton televisyen. Apatah lagi jika sedang menonton rancangan kegemaran seperti bola sepak. Ambil hatinya dengan menyediakan segelas air panas untuknya.


TIDAK MENYEDIAKAN KEPERLUAN KETIKA MAKAN
Lelaki mengibaratkan diri mereka seperti raja. Apa saja keperluan mereka perlu dihidangkan di depan mata. Sekiranya mereka tengah makan, jangan lupa sediakan air basuh tangan, air minuman dan juga sentiasa menemaninya di meja makan. Walaupun anda tidak makan, tapi cukuplah sekadar menemaninya berbual di meja makan.


So..apa kata korang? Aku akui je semua kat atas ni. Walaupun mrhubby aku sendiri nampak tenang dan selalu kata ok dan tak kisah memanjang, tapi aku tak boleh la take for granted kan..Lelaki@suami ni biasanya kalau tak suka atau merajuk ke, diaorang takmo cakap direct dengan kita sebab nak jaga hati isteri, betul tak?? So kita sebagai isteri kena pandai-pandai la yea...:)

5.3.12

Cuti!!

Yesss!! Cuti dah lulus! Thank you boss sebab meluluskan cuti aku 3 hari bermula Isnin hingga Rabu depan. Actually Rabu tu cuti tapi bekerja (bekerja di luar ofis)..So now, badan di sini tapi jiwa dah melayang entah ke mana-mana..:)

Sangat tak sabar menanti minggu depan..Harap Zarif dan Zara sihat sepenuhnya by next week (sebab sekarang diaorang batuk dan selsema sikit)..Dan harap juga la cuaca ok je minggu depan nanti.

Korang dah plan nak ke mana cuti sekolah nanti?

Bangun lambat & hujan lebat

Pagi ni aku terlambat, sedar-sedar dah pukul 6.00 pagi, lewat sejam dari kebiasaan..Apalagi lipas kudunglah jawabnya. Ditambah pulak dengan hujan selebat-lebatnya. Fuhhh, mencabar iman sungguh.

Dalam tempoh kurang sejam aku kena make sure semua settle termasuk menyiapkan diri sendiri. Mujur gak aku dah kemas siap-siap beg sekolah Zarif dan beg taska Zara dari malam tadi. Ikutkan aku nak kemas beg diaorang awal pagi ni (bajet nak bangun awal dalam pukul 4.30, tapi hampeh).

Dan alhamdulillah, i totally make it! Waktu kitaorang keluar exactly sama je macam aku bangun awal, hehe, tapi a bit kelam kabut sikitlah kan..Zarif sebelum mandi siap cakap, "Ni hujan, macamana nak pergi sekolah?" (konon ada harapan macam nak ponteng la tu, banyak cantiikk..)

Kalau lah hujan lebat ni pagi semalam kan best..kan??? Tempat korang hujan tak?


Dari air tangan yang sama, punya peminat yang berbeza


Zara peminat setia cream puff, Nasya pulak peminat setia cheese tart..Demi cucu tersayang mak buatkan dua-dua sekali supaya tidak ada hati yang kecewa..Aku peminat kedua-duanya sekali..:)

By the time korang baca entry ni mungkin aku tengah bertungkus lumus mengisi data untuk keperluan fakulti, huhu..Nanti lepas settle semua kerja, aku jengah ke blog korang yea..

4.3.12

Sweetnya Sarah dan Shuib | Cinta Itu Nyawa


Pagi tadi nengok rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO), pastu ada artis jemputan Siti Sarah dan suaminya Shuib (Sepah). Diaorang nyanyi lagu Cinta Itu Nyawa..Tak sangka Shuib tu boleh nyanyi, sweet sangat diaorang ni..Lagu ni pun sedap la, easy listening untuk aku ler..

Korang nak dengar?

Zara diet?

Nengok Zara punya lunch semalam, macam orang diet kononnya..


Padahal aku masak nasi gak dengan sup ayam, dia takmo lak, so ganti ngan spageti jelah. Tapi yang dia makan sampai abis adalah buah tomato ceri tu, cam gitu je dia makan, huhu..Camanalah nak tambahkan berat badan dia ni...

3.3.12

Kisah hari ini

Isshh, nasib baik la sempat bangun pagi ni, kalau tidak, mau mrhubby dengan Zarif terlambat tadi. Dah set alarm pukul 5 pagi, tapi tak sedar pun..

Hari ni Zarif ikut jadual hari Jumaat, so senang sikit, tak yah nak kemas beg sekolah dia, dan pastinya dia balik awal kot hari ni. Aku sebenarnya kesian dan rasa penat nengok Zarif. Ni sekolah agama pun tak sure sekolah ke tak..Esok pagi-pagi dah ada taekwando pulak. Tu belum lagi suruh buat kerja sekolah ataupun latihan kerja yang lain.

Sekarang tinggal aku dan Zara, wah banyak kerja nak buat ni..Especially nak melipat kain baju ni, sakit mata aku nengok dah berlambak-lambak kain baju ni. Apa ek nak masak lunch ni? Apa ek? Apa aktiviti korang hari ni? 

Mungkin petang nanti nak pergi Carrefour nak redeem voucher empat puluh ringgit tu. Esok pulak nak pergi rumah baru, nak ukur apa yang patut dan apa yang perlu..:)

Selamat beristirehat..

Ehh, tak sangka la dj Hot FM Sharifah Aleya tu dah bercerai dengan suami dia..Nampak macam bahagia dan takde masalah pun..hmmm..

2.3.12

Ustazah, ibu dan abah garang


"Ibu..kita nak belajar ngaji dengan Ustaz Don la..Ustaz Don tu baik, ustazah, ibu dengan abah garang.."

Hahaha..Ni penangan tak sudah nengok 30 Minit Ustaz Don tu laa..:)

Salam pagi Jumaat untuk semua, pagi ni ada sambutan Maulidurasul peringkat fakulti. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

1.3.12

Empat puluh ringgit je..


Kena belanja RM200 > dalam satu resit dekat Carefour, barulah dapat voucher ni. Oklah kan, bolehlah beli susu Zara 2 pek, kalau kena tambah pun tak banyak, sikit jer..Tapi voucher ni valid sampai hujung minggu ni je, so kena cepat-cepat..

Rancangan 30 Minit Ustaz Don

Menyesal sebab dari awal tak buka rancangan ni. Entah kenapa malam tadi boleh tertekan chanel TV Al-Hijrah sebab bosan takde cerita yang menarik kat chanel lain. 


Dan hati ini betul-betul dah jatuh cinta..Kata orang cinta pandang pertama. Mungkin aku ketinggalan dari korang semua tapi takpelah, sekurang-kurangnya Tuhan dah gerakkan hati aku untuk tonton rancangan ni dan insyaallah aku cuba takmo ketinggalan episod-episod akan datang. 

Rancangan 30 Minit Ustaz Don ini memang satu rancangan ilmu yang sangat bermanfaat bagi setiap golongan, dan pastinya aku pun tak terkecuali. Lama dah tinggalkan sekolah agama, so bila nengok rancangan ni umpama kita recall balik segala apa yang pernah kita belajar dahulu.

Cara penyampaian Ustaz Don yang sangat bersahaja dan aku dapat rasakan begitu dekat dengan penonton. Malam tadi aku nengok rancangan ni dengan Zara dan mrhubby (Zarif dah tertido). Zara pun nampak excited sangat.

Aku baru google tadi ni dan baru tau rancangan ni setiap Isnin hingga Rabu jam 10.00 hingga 10.30 malam (tapi baca kebanyakan blog kata 10.30 ke 11.00 malam, ke masa dah berubah, diawalkan kot). Walaupun 30 minit tapi aku rasa ilmu yang disampaikan itu cukup dan padat. (Lepas ni kena salin nota la).

Pada yang belum pernah nengok lagi, mungkin korang patut nengok, percayalah korang akan jatuh cinta macam aku juga..:)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...