19.4.12

Bila nak pindah makin malas memasak

Tau tak, aku dah lama tak memasak..Dahlah tak berapa reti nak memasak, lepas tu bila dah lama tak masak confirm skill tu cam lari sikit kan, huhu. Nafsu nak memasak ni makin lama makin merundum bila tau nak pindah rumah minggu depan..

Malam tadi mrhubby kata kita akan pindah 28hb. Aku pun iyekan jelah. Dalam otak aku fikir 28hb tu dua minggu lagi. Sekali bila selak-selak kalendar, rupanya 28hb tu hari Sabtu depan??? Hmmm, what to say eh, memang serabutlah otak aku sekarang.

Macam aku dah pernah bagitau, keadaan rumah sekarang sangat serabut, baju-baju semua aku dah pack ke dalam beg dah. Dahlah Sabtu ni hari ganti sekolah, nampaknya aku sorang-sorang la kena mengemas. Minggu ni rasanya aku nak packing barang-barang kat dapur. Nak simpan la segala pinggan mangkuk gelas dan segala periuk belanga yang kurang or tak pernah dipakai lagi.

By next week nak kurangkan item dalam fridge. Nafsu nak memasak dah takde, apatah lagi la nak membeli barang-barang basah. Tapi percayalah bahawa aku suka memasak, cuma sekarang ni je malas..Sedap je mrhubby sound semalam, "Kalau cam tu takyahlah ada kabinet dapur, sebab awak tak memasak kan.."

Jawapan aku - "Eh, ni kan nak pindah, tu pasal la tak masak, cuba dah pindah rumah baru nanti lepas tu dapur kita ada kabinet, confirm saya jadi rajin dan macam-macam yang saya akan masak"..(berjanji dengan begitu hebat sekali)...Jangan janji tinggal janji sudahh..:)


8 comments:

  1. selamat berpindah! saya dah lps penat jerih berpindah rumah ni.. dah siap ke rumah baru huda tue?

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, bila semuanya dah terurus nanti, berasaplah dapur dengan aroma yang menggoda selera. :)

    ReplyDelete
  3. kena buat kabinet dapur yang cantik2 bagi rajin lg memasak kan huda...

    28hb tu Zarif takde grading taekwondo ke?

    ReplyDelete
  4. mesti penat kan nak pindah randah nih...huhu

    ReplyDelete
  5. Eh, klu sy kat tmpt awak...sy pun mls. Hahahahah!

    ReplyDelete
  6. bila bergelar ibu.. jawapnya kita jelah kn buat..

    pasti penat, huda,.. tabah ya...ambil vitamin tau

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...