Aku kalau boleh takmo tulis kat blog ni tapi nak jugaklah tulis kisah yang berlaku semalam. Buat aku terfikir-fikir sampai sekarang.
Petang semalam aku balik jap rumah aku kat Parit Raja (aku dari bandar tido kat rumah mak abah aku). So sementara tunggu mrhubby dan Zara yang masuk ke rumah amik barang, aku dok tunggu dalam kereta je sebab Zarif dah tertido.
.
Sambil tunggu tu aku sibuk main game kat hp. Tiba-tiba aku perasan ada kereta kat sebelah kereta aku slow tiba-tiba..So aku wondering kenapa kan, tiba-tiba je dia stop. Aku fikir ada kucing nak lintas ke apa ke, so aku pun pandang la ke depan dan suddenly aku ternampak seekor ular (i thought ular tedung mungkin..) sedang menyusur nak masuk ke semak...
Terus aku rasa lemah semangat. Lemah semangat pasal ia berlaku depan rumah kitaorang. So aku terfikir lagi dari manakah binatang itu? Dari rumah aku ke? Dari rumah jiran aku ke? Dari longkang rumah sapa? Mungkinkah dari pokok besar kat rumah jiran aku ke? Adoiii, pening fikir ni..
Tak boleh elak la kan, walaupun duduk di kawasan taman perumahan tapi ni tetap kawasan kampung. Pokok kelapa sawit ada di mana-mana. In fact rumah baru yang kitaorang beli ni, belakang tu kawasan kelapa sawit tapi berjarak la dari kawasan belakang rumah aku tapi ia tetap kebun kelapa sawit dan harus sedar itu adalah tempat binatang itu. Kawasan kebun kelapa sawit itu akan dimajukan dan dibuat kawasan perumahan lagi mungkin tahun depan kot.
Aku dah pun tanya member-member yang dok kampung camana nak elakkan binatang tu, ada yang bagitau suruh letak pokok limau kasturi, so mungkin aku akan beli banyak-banyak dan letak belakang rumah, huhu. Ni option selain dari letak belerang la.
Ke korang ada idea lain??
eeiii! Ym plg takott ngan ular.adoyaii. Ym pnh dgr utk elak menatang tuh masuk umah letak belerang.
ReplyDeletelani ular ni ada kat mana2 je huda
ReplyDeletetak semestinya dekat dgn kelapa sawit
kat tengah bandar pun ada gak tersesat
tapi kak ati tak tau apa2 tips
cuma kat rumah kak ati ni kalau
tak de dok kat ruang tamu mmg tak
buka sliding door dan pintu ..takut
Masa kat kampung dulu, kalu tak silap MyBonda letak daun limau bali keliling rumah.
ReplyDeletebuka setakat umah dekat ngan kebun kelapa sawit je, umah izan skrg yg tepi jalan.. belakang deretan kedai pun hari tu ada ular. seramnya bukan main sbb dah 2 kali sejak dok sini.
ReplyDeletemasa dok parit raja dulu jgn cakaplah... umah mmg tepi kebun sawit tu. lipan ular selalu je bertandang...
haah kak, selain kasturi ada cakap pokok limau purut..
ReplyDeleteselain tu boleh tabur belerang...
atau baca doa elak binatang buas/berbisa banyak2.
Salaamun 'alaa Nuuhin fil' aalamiin innaka haamidum majid
cakap bab cik U ni memang takut dan geli...;p