10.4.12

Semangat!

Pertamnya terima kasih atas ucapan takziah semalam. Memang tak berapa nak blogwalk sangat semalam. Harap hari ni boleh tebus semula la..

Sejak balik bermotivasi ni, rasa cam semangat je nak pergi kerja, hehe. Kata kawan aku, tak lama semangat tu seminggu ni je kot..

Tak kisahla, yang penting semangat tu ada, ye tak? Ada banyak sebab yang boleh menyebabkan kita suka nak pergi kerja. Kalau untuk aku, ruang dan persekitaran tempat kerja, bos yang baik, kawan-kawan yang sporting dan best, fasiliti yang cukup, sangat membantu semangat aku hendak pergi kerja. Setakat masalah sikit-sikit tu aku boleh handle kot, tak jadi kudis pun. Tapi, kerja kalau takde masalah pun tak best jugak, kan?

Aku pernah rasa perasaan tak suka nak pergi kerja disebabkan suasana yang tak best termasuklah masalah bos dan staf. Masa tu aku praktikal di salah sebuah hotel kat Batu Pahat ni le. Isshh, perasaannya memang tak best langsung la. Kiranya aku tak suka waktu pagi, kalau boleh nak waktu malam tu panjang je. Kalau masuk je waktu pagi, rasa macam lemau dan malas bukan main lagi. Kaki aku tu umpama macam nak diseret je ke tempat kerja. Tak best kan kalau macam tu..

So harapnya semua pun rasa seronok bekerja pagi ni yea..Semangat! Semangat! Ok, aku nak pergi senam aerobik ni, amalkan hidup yang sihat yea..:)

7 comments:

  1. yeah.. semangat..semangat..
    moga hari dilalui dgn baik :-)

    ReplyDelete
  2. Awak,

    Tmpt keje sy ok. Takde sape kaco sy. Bos sy ok. Sy tak tertekan. Keje pun sy boleh cope. Tak terase overload. Kwn2 seme baik dgn sy. Tapi keje sy bkn minat sy. Disebabkan sy ade minat sy dan sy pendam minat sy agak lama, sy jdk bosan dgn keje sy skg.

    Hahahaha. Bukan tak bersyukur cuma sy teringin nak beralih angin. Cumanya, belum bersedia. At least, majikan awak bg peluang pd awak pegi seminar motivasi mcm tu. Seronok. Sini....ah, mlslah nak cite. Hehehehe....

    ReplyDelete
  3. zakiah pun perlukan semua kriteria yang akak list tu untuk bersemangat ditambah dengan "kerja yang kita nak buat tu kita boleh buat" ....hihi

    tambah2 lepas dengar motivasi, tentu lebih semangat..:)

    ReplyDelete
  4. tempat kerja yg seronok.....

    samalah.... hehehe

    ReplyDelete
  5. Kakak kerja tanpa tekanan tapi boring sebab rutin yg sama hari-hari dari pagi sampai petang. Sebab itu kakak suka BW... baca N3 kawan-kawan syok..

    Boss kakak bukan ada kat M'sia. Communicate pun banyak guna email...

    ReplyDelete
  6. kan? pentingnya persekitaran, boss dan kawan2 memainkan peranan utk kita enjoy atau tak dlm bekerja tu...

    ReplyDelete
  7. persekitaran yg baik mmg memainkan peranan supaya kita bersemangat bekerja :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...