6.4.12

Karnival Jelajah Janji Ditepati

Esok ada karnival Jelajah Janji Ditepati dan Perdana Menteri akan hadir ke karnival tersebut yang akan diadakan di Stadium Batu Pahat bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.


Ni lebih kurang macam mini karnival jom heboh la kononnya. Nak tau lebih lanjut pasal karnival Jelajah Janji Ditepati ni boleh baca kat sini. 

Semalam aku balik bandar jap, nengoklah kat stadium Batu Pahat tu, diaorang dah pasang pun segala khemah yang besar-besar. Aihh, dah la aku takde, kalau tak, boleh round kat situ (macam lah nak pergi padahal aku tak suka sesak-sesak ni).

Mrhubby kena pergi ke karnival tersebut atas arahan pihak PPD. Maklum jelah kan, PM nak datang. Dalam surat arahan kata kehadiran tidak boleh tidak. So wajib datang la tu.

Sapa yang ada kat area berdekatan Batu Pahat serasa-rasa nak datang, datanglah yea..:)


12 comments:

  1. Semoga segalanya berjalan lancar kerana kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. :)

    ReplyDelete
  2. Malam tadi kat berita tv dah dicanangkan Huda.. tapi minggu ini kakak tak balik BP...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum

    kalau orang besar datang, kami org kecil nie konfem kne turut hadir huhhhuhu

    ReplyDelete
  4. Haih, kalaulah mgu nie sy balik BP...

    =(

    ReplyDelete
  5. PM sekarang sibuk menjelajah...

    ReplyDelete
  6. Hehe...sy kat Bp. tp esok malam da nak naik bas balik kampung. Kalau sempat nak pegi lahh :))

    ReplyDelete
  7. ada mini karnivsl ek. saya pn tak suka sesak2.

    ReplyDelete
  8. As salam Huda,

    Saya pun tak suka nak pergi klau tmpt yg crowded mcm sure heboh tu.. rimas, boleh pening kepala.. :)

    For ur hb, kenalah menurut perintahkan...mmmm :)

    ReplyDelete
  9. akak pun tak suka bersesak2, lagipun SRD pun takde, lagilah malas, tak pergi pun...

    huda ikut ke Pulau Sibu juga kan..:)

    ReplyDelete
  10. salam...saja nak menyibuk...saya antara yang ada di karnival tersebut. tak pro mana2...tapi apa yang sedih menu makanan 1 malaysia menyedihkan...jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan apa yang diciter dalam paper....yang bawah khemah najib lain...hehehe...kesian rakyat bawahan kita.....

    ReplyDelete
  11. izan lalu kat roudabout je hari tu pun dah jem sangat. nak pergi jalan2 ke sana mmg taklah. tak larat dgn sesak n panas teriknya...

    ada tu yg izan tgk sanggup jalan kaki jauh2...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...