4.4.12

Model tak bertauliah


Haha, inilah dia model tak bertauliah serta tak bergaji. Bila jiran sebelah bagi je baju dia yang dah siap ni terus nak pose bagai. Ha, bergambar la selagi boleh.

Kain cotton ni beli kat Jakel Shah Alam hari tu, RM9 semeter, so untuk Zara guna 2 meter je sepasang. Upah buat sepasang kurung Zara ni, jiran aku charge RM10 je, oklah kan..Kalau aku tau jahit sendiri dah jimat ye tak? Kain belang-belang tu mrhubby tolong pilihkan, kononnya bagi ceria.

Ni khas buat g ngaji or g kenduri kendara nanti, hehe. Baju kurung yang sedia ada termasuk baju raya lepas dah ketat dan dah pendek la pulak, cepat betul Zara ni membesar..

12 comments:

  1. @azam ala en azam, bukan selalu pun belikan kain untuk dia ni, kalau tak raya setahun sekali je la beli kain, la ni baru la nak cantik sikit, hehe

    ReplyDelete
  2. alolo...comelnya zara posing2 gitu...

    ReplyDelete
  3. Comel Zara dalam baju kurung tu. :)

    ReplyDelete
  4. akak pandai jahit baju kurung sendiri pun malas dah nak jahit huda. Dah tak berapa nampak sebenarnya, sakit tengkuk je...huhu

    cantik, oklah tu RM9 semeter, kalau yg RM2/3 semeter tu biasa tak sedap pakai kan. Nak lagi sedap pakai, yg RM15/16 semeter...hehe

    ReplyDelete
  5. Huda... baju kurung gunting semuanya lurus, sebenarnya kalau minat mesti boleh buat. Tak ada yg gunting melengkung pun buat baju kurung nie...

    Budak kalau dapat baju memang dan-dan itulah dia nak pakai sama kita dulu pun gitu kan:)

    ReplyDelete
  6. cantiknya dia..

    kalau ayu cantik mcm nie sure2 bt raya tahun nie..
    heheheheh

    ReplyDelete
  7. sangat comel...
    suka kain yang berjalur tegak tu..cantik bila dipakai

    ReplyDelete
  8. posing mintak duit raya ke tuh...hehe

    ReplyDelete
  9. sekali tengok mcm nak pegi beraya je dah..hehe..dua2 baju zara tu cantik ^^

    ReplyDelete
  10. yang belang2 tu memang cute..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...