Antara aktiviti yang dilakukan..
Sungguh aku tak boleh lupakan kenangan ber'team building' di Twin Beach Resort Pulau Sibu, minggu lepas. Kenangan berada di sana masih melekat dalam ingatan..:)
Biasalah sebelum pergi, dok memikirkan apakah yang akan berlaku di sana. Bila dah sampai sana, sukar nak ceritakan segala keseronokan yang dialami. Meskipun aku dah kenal kebanyakan staf yang pergi ni tapi ia merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin.
Dan kebaikan team building yang diadakan di Pulau Sibu ni, ia boleh menghilangkan tekanan kerja yang dialami buat seketika. Tak fikirlah soal kerja sangat dan ia memang menyeronokkan meskipun aku menerima berita sedih ketika itu. Modul yang digunakan oleh fasilitator di sana pun kira menyeronokkan dan tak sama macam kursus-kursus motivasi yang biasa aku pergi sebelum ni.
Bertambah seronok hari terakhir ada aktiviti ber'snorkeling' di pulau yang lain pulak.. Seronok walaupun hakikatnya aku tak reti langsung berenang mahupun snorkeling, kesian aku, siap lemas-lemas manja gitu, huhu..
Sweet Moments ever..:)
Kakcik sgt suka kalau ada aktiviti dalam air. :)
ReplyDeleteKem macam ini memang seronok Huda...
ReplyDeleteAwak mg bertuah. Dpt g team building mcm tu. Sernoknya!
ReplyDelete