18.4.12

En. Kamal Affendi baca blog aku?

Haiiii..Maaflah tak update semalam, almaklumlah semalam berada di Hotel Marriot Putrajaya sebab ada seminar Setiausaha kan.

Sangat terbaik!! Ramai setiausaha yang hadir semalam dan dapatlah jumpa kawan-kawan lama Uitm walaupun tak semua. 

Ok, ni aku nak cerita part yang best dan of course la antara sweet moments aku;

One of the panel semalam adalah Penganalisis Jenayah Negara - En. Kamal Affendi Hashim. Sesi dia adalah pada sebelah petang, dan pastinya kitaorang semua tak ngantuk sebab tergelak-gelak tak hengat punya. Siap berkobar-kobar dan bersemangat mendengar bila dia bagi ceramah (memang sesuai sangat slot dia tu diletakkan pada waktu petang).


So, di pertengahan ceramah tu, dia mintak la volunteer peserta (nak buat demo ragut-ragut ni). So semua peserta diam je termasuklah aku kan. Tiba-tiba dia boleh tanya, "Sapa pemilik blog missbbydua.blogspot.com? Saya baca blog awak.."

Amik kau..Rasa macam nak masuk bawah meja je masa tu, haha. Serius tau, mau tak seram bila dia sebut nama blog aku. Aku rasa dia baca entry aku yang ini.

Dari mula rasa takut dan tak tentu arah, tiba-tiba rasa bangga gak la kan dapat berkongsi pentas dengan dia, bukan calang-calang orang, popular dan masuk tv selalu tu, hehe. Banyak info dan input yang berguna aku dan kawan-kawan lain dapat bila dengar ceramah dari dia..

Keseluruhan seminar pada hari semalam sangat best dan bermakna pada aku. Tak sia-sia aku gerak dari Parit Raja sebelum subuh tau..:)

And the best part lagi, En. Kamal Affendi ni ada komen di blog aku melalui entry ini la ;

klik bagi jelas

"Sama-sama En. Kamal..Tak sangka encik ni orang Simpang Renggam yea.." Lepas ni kalau En. Kamal ni ada buat ceramah tentang jenayah-jenayah ni semua, korang pergi tau, jangan tak pergi..Serius best dan kelakar!

Gambar dengan En. Kamal Affendi? Ada, tapi dekat kamera orang lain, kalau dah terima nanti aku letak la kat blog ni k..:)

16 comments:

  1. :) suka dia...smart dan spontan

    ReplyDelete
  2. Err, sapekah yg sudi nak bace blog sy pulak? Hahahaha!

    ReplyDelete
  3. tak sangka orang macam en. kamal pun baca blog....
    cukup minat dengan ceramah beliau...

    ReplyDelete
  4. En. Kamal ni pernah datang ke program Puspanita pejabat kakcik beberpa tahun lalu. Dulu kakcik rajin ikuti blog dia, tapi selepas dia kurang kemaskini, kakcik dah tak ikuti lagi.

    ReplyDelete
  5. untung dapat jumpa ngan orang orang camni..leh minta ilmu dia skit hehehe ;)

    kerlazzz uols tau!

    ReplyDelete
  6. Pernah jugak jumpa dia face to face kat Kuala Pilah..orgnya mesra sangat..tak sombong..

    ReplyDelete
  7. wahh seronoknya...zakiah pun minat jugak bila en kamal affandi tu bg talk kat tv,,,beruntungnya akak teww..:)

    ReplyDelete
  8. wahhhh... sangat glemer sbb dpt naik pentas jadi peserta demo ngan en kamal affendi tu.

    ReplyDelete
  9. wahhhh...bukan calang2 org kot...terbaikkk

    ReplyDelete
  10. jelesnyaaa........................................................

    ReplyDelete
  11. cuba tgk link ni..http://www.mazidulakmal.com/2012/10/jom-membantu-kamal-affandi-hashim-untuk.html

    he is sick & need help..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...