30.4.12

Masih bertahan & masih mengenali

Diam tak diam hujung tahun ni genap 9 tahun aku bergelar isteri pada mrhubby. Senang kata hampir 10 tahun la aku berkahwin. No..no..ni bukan cerita pasal anniversary ke apa ke, no eh..

Saja, saja je. Sambil mengemas-ngemas kat rumah ni, sambil berfikir-fikir, eh, dekat 10 tahun jugak eh..Aku tau korang ada yang dah kawin lebih lama dari aku, tapi ni cerita aku, hehe. Bukan apa, sebelum kawin dulu, aku selalu fikir boleh ke nak mengharungi perkahwinan dalam tempoh masa yang lama. Aku selalu fikir cam tu sebab aku rasa aku ni cepat bosan orangnya. Yelah kan, nak kawin bukan kejap-kejap, nak maintain perkahwinan tu, nak kekal bahagia macam atuk nenek, mak abah aku semua.

Hurmmm, tapi bila fikir-fikir nak dekat 10 tahun kawin, rasa macam ok la kan..Takdelah teruk sangat. Maksudnya aku boleh harung lagi 10 tahun dan lebih dari tu kot, insyaallah.:) Logiklah mana ada perkahwinan yang tak diduga, kecil besar ujian tu adat. Tak bergaduh? Memang tipu, nak capai keserasian mesti ada nak gaduh-gaduh..Hidup kalau statik je memang tak best, sesekali nak jugak dilambung ombak, tapi taknak la sampai kena tsunami...

Yang pasti, aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Mengharapkan kehidupan yang lebih berkat, mudah-mudahan semuanya akan dipermudahkan untuk kami sekeluarga.....Yang pasti sampai sekarang kami masih lagi mengenali antara satu sama lain, hehe, cam pengantin baru lagaknya...:)

Apa yang aku kemas tak sudah-sudah?

Hari terakhir di bulan April. Dan aku bercuti hari ni, actually last minit apply, dan reason paling utama adalah untuk mengemas barang untuk dipindahkan pada hari esok. Pada yang tak faham meh aku jelaskan..

Rumah baru aku tak siap renovate lagi, senang kata, sebulan lagi baru siap. Rumah yang aku sewa sekarang patutnya dah kena kosongkan by today, tapi aku mintak tempoh dengan tuan rumah sampai Sabtu ni, 5 Mei 2012. Ada beberapa benda lagi nak kena settle, bukan boleh tinggal macam tu je kan. So nak menunggu kan rumah baru yang tak siap lagi ni, kitaorang harus berulang alik ke bandar (rumah mak abah aku) yang perjalanannya ke Parit Raja almost 15-20 minit.

Tapi setiap tengahari weekdays tu aku boleh lepaklah kat rumah baru aku, lepak dalam bilik-bilik je. Setakat nak mandi atau take a nap tu takde hal..Dan dalam masa yang sama aku nak pindahkan barang-barang especially baju-baju aktif yang dipakai ke rumah mak aku, bukan sikit tapi banyak untuk 4 orang ni.

Hari Sabtu lepas aku dah bertungkus lumus mengemas hampir keseluruhan perabot-perabot untuk ditolak/dijual pada kawan aku. Penatnya sampai hari ni pun tak hilang lagi tau. So istilah mengemas dan pindah aku ni bukan sikit dan bukan sekali je tapi banyak kali..Kalaulah tuan rumah bagi aku duduk rumah sewa ni sampai hujung bulan 5 ni, takdelah susah sangat, tapi dah dia bagi tempoh sampai bulan ni je, haruslah aku akur dan mengemas tak sudah-sudah. Rumah baru aku dan rumah sewa sekarang ni pun bukannya jauh, adalah dalam 400 ke 500 meter gitu, senang kata takyah tekan gear 4 la..:)

Ok, sekarang sebab semua orang kerja dan sekolah, aku kena mula mengemas, nak clearkan fridge pulok..

29.4.12

Aku merana kerana mencintaimu

Adoii, aku ni betul-betul menghayati cerekarama yang baru je habis tadi - MENCINTAIMU..

Sinopsis bagi yang tak nengok tadi yea;

Juliana tidak mempercayai kaum lelaki setelah ditinggalkan oleh dua lelaki tanpa sebarang alasan. Tindakan Juliana amat membimbangkan kedua orang tuanya, Osman dan Zainun. Zainun beranggapan Juliana tidak pandai dalam bercinta dan menjaga perasaan lelaki.


Bagaimanapun pertemuan tanpa sengaja dengan Khairul Izwan telah merubah segalanya. Sikap prihatin dan kematangan Izwan telah membuka pintu hati Juliana untuk bercinta semula, Namun dia bimbang hubungan tersebut tidak direstui oleh Osman dan Zainun memandangkan usianya dengan Izwan jauh berbeza. Adakah ibu bapa Zainun merestui hubungan anaknya dengan lelaki yang jauh lebih berusia? Dan berjayakah Zainun menemui cinta sejatinya? - sumber : Google

Dan ending dia, aku tak suka..Sebab Juliana (Sharifah Amani) tak dapat kawin dengan Khairul Izwan (Eman Manan). Sebabnya Khairul Izwan ni dulu rupanya bekas kekasih pada Zainun (Aida Rahim), ibu Juliana...sadis kan? Si Zainun ni takmolah mengimbau kenangan lalu dengan Khairul Izwan tu..

Aku ni kalau nengok drama jiwang-jiwang cam nilah, emo terlebih, hehe..Tapi lakonan Eman Manan dengan Sharifah Amani ni memang ada rasa la, ni pendapat aku..Tak taulah korang yang nengok tu camana kan, lain orang lain pendapatnya..



27.4.12

Sudah setahun...

Semalam, 26 April parents aku buat majlis tahlil kat surau. Aku balik dan tido rumah mak. Tahlil untuk arwah atuk aku dan sedara lain yang dah meninggal dunia termasuklah untuk arwah ayah dan mak mertuaku.

Diam tak diam, setahun dah arwah mak mertuaku meninggal dunia. Alfatihah untuk arwah mak. Kisah dan kenangan yang berlaku pada tahun lepas masih kuat dalam ingatan dan pastinya sukar untuk dilupakan.



26.4.12

Manis dan loya

Aku : Zara, apa nama taska Zara?

Zara : Taska Manis..

Aku : Taska Manis? (Saja buat-buat tanya)

Zara : Yelah, Taska Manis, tapi bukanlah taska gula-gula (manis kan biasanya gula)

Aku : Good girl Zara..

Oh..aku sakit perut dan loya tiba-tiba ni sebab terlebih makan, aiyokk..Aku memang ada penyakit yang cepat rasa loya bila terlebih makan, no..bukan aneroxia nervosa tu yea..Aku takde nak korek-korek makanan, ni semulajadi punya loya..hmmmm...

Rugi setengah jam

Kebiasaan memang datang seawal pagi ke tempat kerja. Senang kata orang pertama la. Tapi hari ni tidak.

Rutin kebiasaan keluar rumah mesti pukul 6.50, first mesti hantar Zara ke taska dulu. Tapi bila ke taska pagi ni nengok banyak kereta dah menunggu termasuklah kitaorang yang baru sampai. Pintu semua bertutup rapat, dalam hati dah pelik dah. Takkan la cuti kot. Sebenarnya ada seorang pengasuh yang tinggal di taska itu, memudahkan la bagi parents yang memang datang seawal pagi cam aku nak hantar anak. Dah bagi salam semua tapi masih senyap sunyi. 

Muka parents lain semua dah resah semacam. Aku cuba contact pengasuh yang lain (pemilik taska) tapi hp dia tak berangkat. Last decide, hantar la Zarif ke sekolah dulu diikuti mrhubby ke sekolahnya untuk thumbprint, dan kemudian berpatah semula ke taska Zara. Senang kata, pagi ni Zara makan angin. Aku ok lagi sebab masuk kerja pukul 8 jadi ada banyak masa free..:P Dalam pukul 7.30 sampai semula ke taska Zara, pengasuh tu bukak pintu. Aku tanya mana hilang tadi? Dia cakap yang dia pengsan di bilik. Actually dia dah bangun awal, tapi tiba-tiba dia rasa berat kepala, mungkin pitam macam tu la..Tersedar semula bila dengar bunyi telefon dari pemilik taska.

Yea, inilah part of problem bila hantar anak ke taska. Mungkin tak selalu berlaku, kira macam kes terpencil la..but then kena redha..Mujurlah kitaorang ni kerja dekat-dekat je, kira ok lagi. Kesimpulannya, aku rugi lebih kurang setengah jam hari ni, setengah jam tu sempat blogwalk kejap termasuk bfast, hehe..


25.4.12

Senyum ada makna

Ha, senyum eh, senyum..:) Mentang hari gaji kan, senyum memanjang je. Tapi tadi aku dengan confident pergilah ATM konon nak check baki duit (padahal dah tau sebab nengok kat slip gaji), tapi tak boleh la pulak sampai 2 ATM bertukar last-last aku give up. Aku cakap dengan mrhubby urusan dibatalkan. Mrhubby tanya berapa no pin atm yang aku tekan, aku sebutlah no pin nya. Rupanya aku salah no pin la..See, mrhubby lebih hafal no pin atm aku, apa daa....

Ok, di sebalik senyuman kerana hari ni hari gaji, aku dan semua staf di fakulti akan menghadapi Audit Akreditasi pada hari ni dan esok. Audit yang sangat penting untuk kitaorang, so sangat berharap segala usaha dan kerja keras yang dibuat oleh mereka-mereka yang terlibat (terutama bos akademik aku) akan memberikan kejayaan untuk semua pihak, AMIN.

Yup, tangan aku ni pun macam dah gatal-gatal nak tekan web shopping online ni, hehe. Haipp, sabar eh tangan, not now! :P

24.4.12

Buku ke barang kemas?

Yup, today agak busy dan kelam kabut sikit. But so far so good. Tak berapa sempat nak bw tapi akan cuba nak bw ke blog korang, hehe.

Agak teruja dengan Pesta Buku yang akan berlangsung pada 27 April hingga 6 Mei nanti. Rasa membuak-buak nak pergi. Agak-agak kalau ajak mrhubby pergi, dia nak tak eh? 1 Mei tu boleh pergi kan, kalau bertolak awal pagi mesti boleh punya, boleh tak abang? 2 Mei tu aku mohon cutilah, hehe.

Serius, aku ni agak-agak kalau disogokkan dengan buku dan barang kemas, confirm aku pilih buku..Aku sanggup dok kedai buku dan menilik buku dari menilik barang kemas. Entah ek, dari dulu aku tak suka pakai barang kemas, rasa macam gatal je tangan ngan leher ni semua.

Teringat masa kecik-kecik, masa mak pakaikan rantai, tangan aku asik la pegang rantai tu, lepas tu asik tanya mak, bila boleh bukak rantai tu? Sebabnya mak akan pakaikan rantai masa hari raya dan hari yang penting-penting je..(eh apasal boleh tercerita pasal barang kemas lak ni, boleh la eh..). Kalau kenduri kawin mesti kena pakai barang kemas, tapi kenapa eh? Aku memang ikut suka aku, kenduri kawin pun aku tak pakai barang kemas sebab cepat rasa rengsa dan rimas..

Ye ke, kalau kita pakai barang kemas masa kenduri kawin tu nak menunjukkan la yang suami kita tu mampu tanggung kita, kononnya hidup kita senang la, sebab tu kena pakai barang kemas masa pergi kenduri kawin? Kat kenduri kawin kan ramai orang, jadi banyaklah mata yang memandang kalau kita pakai barang kemas yang banyak, eh ye ke? Bagi pendapat sikit. Kira kalau tak pakai barang kemas tu, macam tak mampu la, yea?

Dah la, tadi cam nak tulis sikit je, dah terbanyak lak ni...:)



Bila Zara menyanyi ABC...

23.4.12

Air tangan ibu jugak yang sedap

Kan aku dah lama tak masak, tapi hari Sabtu lepas aku masak bubur memandangkan masing-masing batuk, so layan bubur jelah. Yang aku terharu tu, Zara dan Zarif boleh cakap, "sedapnya ibu masak." bersungguh betul diaorang memuji. Yang tak tahan tu, bertambah-tambah Zara dan Zarif makan.

Hari Ahad pulak, aku buat lempeng untuk breakfast. Sama macam hari sebelumnya, masing-masing dok memuji, "pandailah ibu masak, sedap betullah..lain kali ibu masak lagi tau.." Zara boleh makan sampai abis lagi tu. Selalunya dia memang payah betul nak makan, sekali bila aku yang jarang ni masak, boleh makan sampai abis lagi..Padahal kan, aku masak biasa-biasa je..

Terharu campur suka bila nengok gelagat anak-anak yang bersungguh dan berselera makan masakan aku yang tak seberapa tu. Harus lepas ni, aku gigih memasak untuk anak-anak yang tersayang termasuklah untuk mrhubby..:)

Nanti dah dapat kabinet dapur baru, macam-macam lagi ibu masakkan untuk korang tau, kalau gemuk jangan salahkan ibu yea..(padahal sendiri yang dah gemuk, huhu)


Pentingkan diri

Selamat hari Isnin, cepat betul masa berlalu kan. Ok, ni aku nak cerita kejadian pagi ni masa hantar Zarif ke sekolah. 

Kebiasaannya semua ibu bapa kalau boleh nak hantar anak-anak betul kat depan kawasan yang selamat, kalau boleh biarlah kelas anak-anak tu depan mata je termasuklah aku. Rasa selamat je bila nampak anak tu turun dan terus masuk ke kelas.

So pagi ni rutin hantar Zarif macam biasa. Depan kereta aku tu, ada kereta yang dipandu oleh seorang ibu nak menurunkan anak-anaknya. Zarif dah turun dari kereta dah, tapi yang kereta depan ni masih dok syok sendiri, aku tak nampak pulak anak dia dah turun kereta ke belum. Kereta-kereta mak bapak lain dah berderet kat belakang kereta aku, kebanyakannya anak-anak dah turun dari kereta.

Masalahnya mrhubby tak boleh nak bergerak, kira dah stuck la (kawasan sekolah sempit, jalan memang ngam-ngam je). Mrhubby dah hon kereta depan tu (kalau boleh mintak geraklah ke depan sikit, cari kawasan lain, kalau anak ada problem ke kan). Tak lama pastu aku nampak anak lelaki dia turun dari kereta, dengan keadaan menangis. Ok, fine..Tu pun, kereta dia bergerak bila ada cikgu tegur bila nengok kereta lain dah mula berderet.

Pada aku, tak kisahlah kalau ada masalah dengan anak ke apa ke, yang penting jangan fikir hal sendiri, fikir hal orang lain. Kalau nak bagi tazkirah kat anak ke nak marah ke, gerak kan kereta ke depan sikit je, bagi laluan pada kereta-kereta lain yang dah turunkan anak diaorang ni boleh keluar dari kawasan sekolah. Masalah orang kita ni la (for certain cases) - PENTINGKAN DIRI SENDIRI.

Kalau boleh belajarlah untuk tidak pentingkan diri sendiri, nak-nak lagi time hantar anak sekolah. Kalau kawasan sekolah tu luas dan tak menyusahkan kenderaan orang lain, tak kisahlah korang nak berhenti berapa lama pun. Kita kan hidup bermasyarakat, so pandang-pandanglah kiri dan kanan yea..Kalau nak orang hormat kita, kita pun kena hormat orang lain..





22.4.12

Minggu yang busy

Pagi ni rasa agak letih dan sakit belakang, mungkin kerana kurang rehat. Ok, besok dah masuk hari Isnin, juga minggu yang ditunggu-tunggu oleh sekalian penjawat awam kerana minggu gaji, hehe. Tapi untuk aku, minggu depan terlalu banyak dugaan dan cabarannya.

Kalau boleh takmo jumpa minggu depan ni. Terlalu banyak event dan aktiviti yang perlu dilakukan terutamanya hari Rabu -25hb tu merangkap hari gaji. Patutnya orang bersukaria sebab hari gaji kan, tapi aku rasa macam nak nangis hari tu, sebab banyak benda nak dibuat. Lain dari tu, pada 25 dan 26 tu jugaklah hari audit akreditasi fakulti aku. Hari yang sangat penting pada semua staf fakulti dan juga hari yang mendebarkan, huhu. Oh yea, pada dua hari tersebut cuti rehat dibekukan yea, huhu...

Ikutkan juga, pada 25hb malam tu, persatuan setiausaha aku ada buat majlis makan malam dan menjemput bos-bos aku semua, tapi rasanya bos-bos aku pun tak dapat hadir memandangkan masing-masing sibuk audit akreditasi. Dan aku sendiri pun belum mengesahkan kehadiran sebab petang ke malam hari tersebut, aku nak memulakan operasi memindahkan barang-barang kecil dari rumah sewa ke rumah sendiri..See, banyak kerja kan???Macamana aku kata takmo nangis..Migrain ohh..

So...sekarang ni pun dah mula rasa pening-pening, packing tak sudah ni. Untuk makluman semua la, renovation rumah aku tu tak siap lagi, tapi setakat nak pindahkan barang-barang kecik dan seadanya tu bolehlah (pindah masuk dalam bilik-bilik je). So sementara nak menunggukan rumah tu siap di'renovate' sepenuhnya, aku akan dok rumah mak abah aku kat bandar lebih kurang sebulan gitu..Dari bandar ke parit raja mengambil masa lebih kurang 15-20 minit (kalau tak jam la..).

Sesungguhnya bulan April ni adalah bulan yang sangat mencabar diri. So, kena kuatkan mental dan positifkan diri, chaiyokkkk!

21.4.12

Sami Yusuf - Forgotten Promises



To night the World will sleeep but Hunger will not wait for promises we made
we share one soul we share one land we have one time to understand
we all one human kind brothers side by side , we’ll have no regret we will not forget
we all one human kind sisters side by side ,we’ll have no regret we will Not forget
سامحنا يالله وارحمنا يارباه وامنح رزقك للافواه وابعد عنها كل الاه
Our words must count, Hunger will not wait for promises we made
we share one soul we share one land we have one time to understand
we all one human kind brothers side by side , we’ll have no regret we will not forget
we all one human kind sisters side by side ,we’ll have no regret we will Not forget
سامحنا يالله وارحمنا يارباه وامنح رزقك للافواه وابعد عنها كل الاه
(African laugage ………..)
****
****
****
Our words must count, Hunger will not wait for promises we made

20.4.12

What??? 55kg??

Yup, aku mengaku bulan ni bulan yang paling...paling banyak makan kot. Makanan sihat dan makanan tidak sihat saling bercampur gaul. 

Hari ni 2 orang tegur dan kata aku berisi. Ok, fine. Aku rasa baju yang salah, bukan aku. Tapi kerana nak jadik baik dan takmo la salahkan baju 100% maka terfikir nak timbang berat badan setelah sekian lama tak timbang..

Amik kau, nah amikkk...55 kg! Berat asal 50 kg, dan dalam tempoh sebulan ni bertambah 5 kg? So nak salahkan penimbang berat ke? Aiyokk..Padan muka diri sendiri. Lepas timbang berat, aku makan nasi ayam (mrhubby dah belikan) dan nasi ambeng (ada yasinan pagi kat fakulti), takkan nak tolak rezeki pulak kot, tak baik kan? Alang-alang dah 55kg, terus up la jadik 60 kg, hehe.. Takdelah, gurau je..

Ok..ni serius, so aku takkan bagi cecah 60 kg, never n ever! Ni belum pregnant lagi ni. Ok, untuk permulaan ni, kita diet secara sihat, tak bolehlah tak makan langsung kan. Kita mulakan dengan makanan yang sihat-sihat, cam buah-buahan, biskut oat, cereal dan sebagainya. For breakfast no more nasi lemak or roti canai dan yang bergoreng-goreng, ini serius ok, bukan main-main. Nanti bila duit banyak sikit, mungkin i'll go for something yang boleh kuruskan dan rampingkan badan ni balik.

Walaupun BMI aku masih ok, tapi still aku nak kurangkan berat badan, huhu..








Batuk lagi dan lagi..

Salam pagi jumaat yang mulia. Malam tadi mimpi yang tak best sangat, takmo reveal mimpi tu dan kalau boleh takmo ingat pun, tapi ia boleh buat aku sedih yang teramat sangat..

Ok, tq pada friends yang masih sudi ke blog ni, dan truely aku tak sempat nak bw ke semua blog, mana yang sempat aku jengah ok. Lagi satu, pagi ni mungkin nak ke klinik jap. Batuk aku makin teruk sejak seminggu lalu. Mrhubby dah bising katanya aku ni perlekehkan bab kesihatan, makan ubat pun main-main, so tak sanggup nak dengar dia bebel-bebel, aku kena gak pergi klinik pagi ni. Tau jelah kan kalau batuk ni dengan sakit dada lagi...

Stop dulu, coz ni dah start batuk-batuk lagi..huhu..Really hurt.

19.4.12

Bila nak pindah makin malas memasak

Tau tak, aku dah lama tak memasak..Dahlah tak berapa reti nak memasak, lepas tu bila dah lama tak masak confirm skill tu cam lari sikit kan, huhu. Nafsu nak memasak ni makin lama makin merundum bila tau nak pindah rumah minggu depan..

Malam tadi mrhubby kata kita akan pindah 28hb. Aku pun iyekan jelah. Dalam otak aku fikir 28hb tu dua minggu lagi. Sekali bila selak-selak kalendar, rupanya 28hb tu hari Sabtu depan??? Hmmm, what to say eh, memang serabutlah otak aku sekarang.

Macam aku dah pernah bagitau, keadaan rumah sekarang sangat serabut, baju-baju semua aku dah pack ke dalam beg dah. Dahlah Sabtu ni hari ganti sekolah, nampaknya aku sorang-sorang la kena mengemas. Minggu ni rasanya aku nak packing barang-barang kat dapur. Nak simpan la segala pinggan mangkuk gelas dan segala periuk belanga yang kurang or tak pernah dipakai lagi.

By next week nak kurangkan item dalam fridge. Nafsu nak memasak dah takde, apatah lagi la nak membeli barang-barang basah. Tapi percayalah bahawa aku suka memasak, cuma sekarang ni je malas..Sedap je mrhubby sound semalam, "Kalau cam tu takyahlah ada kabinet dapur, sebab awak tak memasak kan.."

Jawapan aku - "Eh, ni kan nak pindah, tu pasal la tak masak, cuba dah pindah rumah baru nanti lepas tu dapur kita ada kabinet, confirm saya jadi rajin dan macam-macam yang saya akan masak"..(berjanji dengan begitu hebat sekali)...Jangan janji tinggal janji sudahh..:)


Bersama berdua


Memang rasa tenang je hati ni bila nengok dua beradik ni berkeadaan seperti  di atas (gambar diambil seminggu lepas). Tapi percayalah, keadaan seperti tu tak selalu berlaku, hehe. Kalau Zarif macam nak dipaksa-paksa suruh belajar, tapi dia lebih suka membaca. Zara pulak belum sekolah betul lagi, tapi dia punya berangan mengalahkan macam dah sekolah rendah, sokmo ada kerja sekolah..Jangan besok dah sekolah betul, tak jadik rajin cam sekarang..

Sebagai ibu, aku hanya mendoakan yang baik untuk mereka berdua. Mana ada ibu yang takmo lihat anaknya berjaya kan..

18.4.12

En. Kamal Affendi baca blog aku?

Haiiii..Maaflah tak update semalam, almaklumlah semalam berada di Hotel Marriot Putrajaya sebab ada seminar Setiausaha kan.

Sangat terbaik!! Ramai setiausaha yang hadir semalam dan dapatlah jumpa kawan-kawan lama Uitm walaupun tak semua. 

Ok, ni aku nak cerita part yang best dan of course la antara sweet moments aku;

One of the panel semalam adalah Penganalisis Jenayah Negara - En. Kamal Affendi Hashim. Sesi dia adalah pada sebelah petang, dan pastinya kitaorang semua tak ngantuk sebab tergelak-gelak tak hengat punya. Siap berkobar-kobar dan bersemangat mendengar bila dia bagi ceramah (memang sesuai sangat slot dia tu diletakkan pada waktu petang).


So, di pertengahan ceramah tu, dia mintak la volunteer peserta (nak buat demo ragut-ragut ni). So semua peserta diam je termasuklah aku kan. Tiba-tiba dia boleh tanya, "Sapa pemilik blog missbbydua.blogspot.com? Saya baca blog awak.."

Amik kau..Rasa macam nak masuk bawah meja je masa tu, haha. Serius tau, mau tak seram bila dia sebut nama blog aku. Aku rasa dia baca entry aku yang ini.

Dari mula rasa takut dan tak tentu arah, tiba-tiba rasa bangga gak la kan dapat berkongsi pentas dengan dia, bukan calang-calang orang, popular dan masuk tv selalu tu, hehe. Banyak info dan input yang berguna aku dan kawan-kawan lain dapat bila dengar ceramah dari dia..

Keseluruhan seminar pada hari semalam sangat best dan bermakna pada aku. Tak sia-sia aku gerak dari Parit Raja sebelum subuh tau..:)

And the best part lagi, En. Kamal Affendi ni ada komen di blog aku melalui entry ini la ;

klik bagi jelas

"Sama-sama En. Kamal..Tak sangka encik ni orang Simpang Renggam yea.." Lepas ni kalau En. Kamal ni ada buat ceramah tentang jenayah-jenayah ni semua, korang pergi tau, jangan tak pergi..Serius best dan kelakar!

Gambar dengan En. Kamal Affendi? Ada, tapi dekat kamera orang lain, kalau dah terima nanti aku letak la kat blog ni k..:)

16.4.12

Pelancaran Proton PREVE'

Malam ni akan berlangsung majlis pelancaran Proton PREVE..Eh, tetiba nak cerita pasal kereta pulak eh. Yea, sapa yang minat kereta-kereta ni boleh lah tunggu majlis pelancarannya malam ni..

Haruslah aku tau majlis pelancarannya bila bos aku kena hadir majlis pelancaran Proton PREVE yang akan berlangsung di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Mines Resort City, Seri Kembangan Selangor.



Aku dan mrhubby ada la gak cita-cita nak tukar kereta baru tapi bukanlah tahun ni. Kalau nak tukar pun, aku lebih prefer kenderaan ala SUV (tak kisahlah jenama apa) nampak mantap gitu, hehe..Dah.. aku berangan je pun, kalau dapat kereta baru memang alhamdulillah...:)

Hargai..hargai..

Aku rasa cuaca dari semalam sampai la ke pagi ni panas. Mrhubby kata sejuk, tapi aku rasa panas, dan cukup tak selesa. Korang rasa camana pulak?

Ditambah dengan batuk non stop ni, plus cuaca panas, aku tido malam tadi, tak cukup kipas siling bukak pulak kipas berdiri, fuhhh, memang sedapp..Semalam balik kampung Kesang, ada kenduri arwah atuk. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Aku tau abah pun sebenarnya masih lagi rasa sedih, yup...dia cakap sendiri kat aku. Tipulah kalau takde rasa sedih kan bila kehilangan orang yang kita sayang meskipun terlalu banyak dugaan dalam hidup abah. Realitinya orang kita, bila seseorang dah takde baru timbul rasa sedih dan menyesal. Aku bukan cakap pasal kisah abah dan arwah atuk aku. I mean semua orang...

Dan jujurnya aku juga pernah berperasaan begitu bila kehilangan arwah mak dan ayah mertua. So, bila orang yang kita sayang ada di depan mata, hargailah mereka sepatutnya ---- serius ini adalah ingatan dan pesanan untuk diri sendiri. Aku pun manusia biasa, tak lari dari masalah emosi yang berpanjangan, Aku pun takmolah bila terjadi something aku sendiri rasa menyesal tak sudah...

beria betul Zara makan waktu kenduri semalam




14.4.12

Rehat dan kemas sesaja

Selamat berhujung minggu. Mrhubby bersekolah pagi ni. Cuaca di pagi hari ni macam mendung semacam je, jap lagi ni hujan ler..

Rutin di pagi hari ni dah tentulah mengemas, ditambah dengan keadaan rumah sekarang ni yang agak huru hara sikit sebab dah packing untuk pindah kan..Sama cam otak aku yang serabut gak, huhu..

dah cam nak berhijrah kan, ni baru sikit ni..

Petang ni atau malam nak balik ke rumah mak, esok pagi nak balik kampung, since arwah atuk aku meninggal last week, esok baru aku nak balik kampung, kebetulan ada tahlil..So apakah yang korang buat di hujung minggu ni? Kerja ke?


13.4.12

Nota untuk ibu


Selamat Hari Jumaat untuk semua. Ohh, cepatnya masa berlalu, rasanya baru minggu lepas pergi ke Pulau Sibu, huhu....

12.4.12

Hormat ok

Pagi ni on the way nak ke sekolah dan ke tempat kerja, kitaorang lalu di depan rumah guru besar sekolah Zarif (memang duduk satu taman). Tiba-tiba Zarif bersuara;

"Abah, ni rumah guru besar kita, kat rumah dia ada banyak kucing yang comel dan cantik. Jangan bawak laju-laju, hormat kucing dia ok.."

"Apa? Hormat kucing?"

Kelakar la Zarif ni, hakikatnya dia memang pencinta binatang terutama kucing. Konon bercita-cita nak jadik doktor haiwan tapi nak rawat binatang yang comel-comel macam kucing dan hamster je, camana tu?

Kenangan terindah di Pulau Sibu

 Antara aktiviti yang dilakukan..



Sungguh aku tak boleh lupakan kenangan ber'team building' di Twin Beach Resort Pulau Sibu, minggu lepas. Kenangan berada di sana masih melekat dalam ingatan..:)

Biasalah sebelum pergi, dok memikirkan apakah yang akan berlaku di sana. Bila dah sampai sana, sukar nak ceritakan segala keseronokan yang dialami. Meskipun aku dah kenal kebanyakan staf yang pergi ni tapi ia merapatkan lagi hubungan yang sedia terjalin. 

Dan kebaikan team building yang diadakan di Pulau Sibu ni, ia boleh menghilangkan tekanan kerja yang dialami buat seketika. Tak fikirlah soal kerja sangat dan ia memang menyeronokkan meskipun aku menerima berita sedih ketika itu. Modul yang digunakan oleh fasilitator di sana pun kira menyeronokkan dan tak sama macam kursus-kursus motivasi yang biasa aku pergi sebelum ni.

Bertambah seronok hari terakhir ada aktiviti ber'snorkeling' di pulau yang lain pulak.. Seronok walaupun hakikatnya aku tak reti langsung berenang mahupun snorkeling, kesian aku, siap lemas-lemas manja gitu, huhu..

Sweet Moments ever..:)


11.4.12

Tq Papamifz


Terima kasih Papamifz..Dari last week lagi dah dapat..Ingat dapat cermin mata baru, hehe (gurau je ok)..Tq again.

Hampir kebanyakan blog mahupun status di fb dan juga twitter bercerita tentang kisah gempa bumi yang melanda Acheh. Sama-samalah kita berdoa semoga semuanya selamat dan berada di bawah lindungan Allah Taala. AMIN.

Packing..packing..

Selamat Bercuti untuk semua. Plan asal hari ni adalah nak balik kampung di Kesang Muar untuk melawat nenek aku, sebab masa atuk aku meninggal hari tu tak dapat nak balik kampung kan. Tapi mak aku call pagi tadi bagitau suruh balik hari Ahad pulak sebab nenek aku nak buat kenduri. So, aku ok jelah.

Masa dan kesempatan yang ada hari ni aku dan mrhubby bersungguh-sungguh mengemas rumah dan packing segala harta benda yang ada. Kitaorang sewa rumah sampai hujung bulan ni je. So bila ada masa lapang je, kitaorang kenalah kemas bersungguh-sungguh. Kalau asik bertangguh je confirm tak kemas la jawabnya...

So, apa plan korang hari ni?

10.4.12

Kena denda

Semalam Zarif kata dia kena denda dengan cikgu sekolah sebab rambut dia tebal. Aku admit, kitaorang ni keturunan rambut yang tebal dan cepat panjang.

Kesian kat Zarif kena denda kutip sampah. Nasib bukan dia sorang je, ada lagi budak laki yang lain yang kena denda jugak. Tapi budak laki lain rambutnya panjang, Zarif sorang je rambutnya tebal. Malam tadi aku suruh mrhubby bawak Zarif pegi gunting rambut. Actually bukan gunting pun, sebab guna mesin tu kan..Sedap sikit mata aku bila nengok dia dah botak. Tapi sorrylah takde gambar..

Lepas ni nak belilah mesin tu. Senang, panjang or tebal je rambut tu, terus je potong rambut dia. Lagipun, senang kan guna benda alah tu, tak yah susah-susah nak ulang alik ke kedai..

Semangat!

Pertamnya terima kasih atas ucapan takziah semalam. Memang tak berapa nak blogwalk sangat semalam. Harap hari ni boleh tebus semula la..

Sejak balik bermotivasi ni, rasa cam semangat je nak pergi kerja, hehe. Kata kawan aku, tak lama semangat tu seminggu ni je kot..

Tak kisahla, yang penting semangat tu ada, ye tak? Ada banyak sebab yang boleh menyebabkan kita suka nak pergi kerja. Kalau untuk aku, ruang dan persekitaran tempat kerja, bos yang baik, kawan-kawan yang sporting dan best, fasiliti yang cukup, sangat membantu semangat aku hendak pergi kerja. Setakat masalah sikit-sikit tu aku boleh handle kot, tak jadi kudis pun. Tapi, kerja kalau takde masalah pun tak best jugak, kan?

Aku pernah rasa perasaan tak suka nak pergi kerja disebabkan suasana yang tak best termasuklah masalah bos dan staf. Masa tu aku praktikal di salah sebuah hotel kat Batu Pahat ni le. Isshh, perasaannya memang tak best langsung la. Kiranya aku tak suka waktu pagi, kalau boleh nak waktu malam tu panjang je. Kalau masuk je waktu pagi, rasa macam lemau dan malas bukan main lagi. Kaki aku tu umpama macam nak diseret je ke tempat kerja. Tak best kan kalau macam tu..

So harapnya semua pun rasa seronok bekerja pagi ni yea..Semangat! Semangat! Ok, aku nak pergi senam aerobik ni, amalkan hidup yang sihat yea..:)

9.4.12

Diduga

Assalamualaikum, 

Yea, aku kembali bekerja semula pada hari ni. Balik dari kursus petang semalam sampai kat Parit Raja lebih kurang pukul 6 petang.

Waktu berkursus, senang kata malam pertama di Pulau Sibu je aku diduga dengan berita dari parents mengatakan atuk aku dah kembali ke rahmatullah akibat penyakit jantung. Moga roh atuk dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kalau boleh memang nak balik kampung tapi dah terikat dengan kursus. Kira mrhubby dan anak-anak lah wakil aku pada hari kejadian di Kesang Muar. Insyaallah Rabu ni sempena cuti umum aku akan balik kampung kejap.

Nak cerita lagi tapi nanti dulu yea, nak kemas meja ofis ni dulu,  dan insyaallah petang ni aku amik half day..:)


6.4.12

Karnival Jelajah Janji Ditepati

Esok ada karnival Jelajah Janji Ditepati dan Perdana Menteri akan hadir ke karnival tersebut yang akan diadakan di Stadium Batu Pahat bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.


Ni lebih kurang macam mini karnival jom heboh la kononnya. Nak tau lebih lanjut pasal karnival Jelajah Janji Ditepati ni boleh baca kat sini. 

Semalam aku balik bandar jap, nengoklah kat stadium Batu Pahat tu, diaorang dah pasang pun segala khemah yang besar-besar. Aihh, dah la aku takde, kalau tak, boleh round kat situ (macam lah nak pergi padahal aku tak suka sesak-sesak ni).

Mrhubby kena pergi ke karnival tersebut atas arahan pihak PPD. Maklum jelah kan, PM nak datang. Dalam surat arahan kata kehadiran tidak boleh tidak. So wajib datang la tu.

Sapa yang ada kat area berdekatan Batu Pahat serasa-rasa nak datang, datanglah yea..:)


5.4.12

Oklah ibu, tak haram..



"Nah, cikgu bagi kita susu coklat satu Malaysia, cikgu bagi empat, satu kita dah minum, ni ada tiga, satu untuk ibu, abah dengan adik"

"Bagi ke beli?"

"Bagi percuma"

"Ye ke cikgu bagi? Takkan cikgu bagi sampai empat? Ke pinjam duit kawan pastu beli susu ni?"

"Iyelah cikgu bagi..." jawab Zarif dengan bersungguh-sungguh sambil membulatkan mata cuba meyakinkan aku.

Yelah, aku percaya la cikgu bagi...

"Tapi ok ke susu ni Yip? Susu satu Malaysia?" - tanya dengan rasa cukup skeptikal

"Ehhhh..oklah ibu, kita minum tadi ok je, tak haramlah.." - sekali lagi bercakap penuh perasaan.

Zarif kalau bab minum dengan makan, takde yang tak ok, percayalah semua pun sedap je kat mulut dia. Yang tak tahan tu siap bagitau tak haram, confident je, nasib ada logo halal, hehe.


Persiapan

Kejap je dah hari Khamis kan. Esok dah Jumaat kena pergi Kursus Motivasi dan TeamBuilding. Excited plus debar-debar jugak. Excited sebab first time nak pergi pulau, walaupun hanya Pulau Sibu..:)

Beg pun belum berkemas lagi ni, banyak nak kena settlekan. Ingat beg aku je kena nak kemas, beg budak-budak plus bapak budak pun nak kena kemas gak kan. Yelah diaorang akan tido rumah mak abah aku kan, so kenalah prepare kan barang-barang untuk diaorang. Ni kononnya ibu mithali kan, hehe. Korang pun cam gitu gak kan? Keperluan orang yang nak ditinggalkan pun perlu disiapkan ye tak? Bukan keperluan untuk diri kita je..

Petang ni nak balik rumah mak abah, kebiasaannya sebelum aku pergi ke mana-mana, mesti aku akan balik jumpa mak abah. Kalau tak jumpa tu macam tak lengkap rasanya hidup ni. Yelah kan, aku sendiri tak tau hayat aku ni sampai bila. So kenalah jumpa mak abah, takut itu pertemuan terakhir aku dengan diaorang.

Ok, cukup dulu, aku nak settlekan kerja ni, esok tak masuk ofis dah..sambung nanti k.

4.4.12

Hujan dan Airmata - Allahyarham Sudirman

Petang-petang cam gini seronok gak layan lagu lama cam ni. Lagu Hujan dan Airmata - Allahyarham Sudirman. Lagu yang menarik lantas menyentuh perasaan..



Model tak bertauliah


Haha, inilah dia model tak bertauliah serta tak bergaji. Bila jiran sebelah bagi je baju dia yang dah siap ni terus nak pose bagai. Ha, bergambar la selagi boleh.

Kain cotton ni beli kat Jakel Shah Alam hari tu, RM9 semeter, so untuk Zara guna 2 meter je sepasang. Upah buat sepasang kurung Zara ni, jiran aku charge RM10 je, oklah kan..Kalau aku tau jahit sendiri dah jimat ye tak? Kain belang-belang tu mrhubby tolong pilihkan, kononnya bagi ceria.

Ni khas buat g ngaji or g kenduri kendara nanti, hehe. Baju kurung yang sedia ada termasuk baju raya lepas dah ketat dan dah pendek la pulak, cepat betul Zara ni membesar..

Kapal selam di Melaka

Pernah pergi sini? 

Ni pergi time cuti sekolah hari tu. Baru nak update la ni. Ishh, besar tau kapal selam ni, memang besar betul la. Cuma belum boleh masuk dalam lagi la. Later on diaorang nak buat muzium kapal selam yang boleh masuk dalam semua la. Mesti lagi best kan..

Sapa tak pergi lagi, baik pergi bawak anak-anak. Lokasi kapal selam ni terletak kat Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang. Bayaran masuk kalau tak silap aku RM1 orang dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak. Tapi masa tu mrhubby bayar RM2 je untuk aku dan dia, budak-budak tak kena bayar pulak..





beria je Zarif..

3.4.12

Share aktiviti

Bagi yang bekerja, pukul berapa sampai rumah? Apa aktiviti korang sesampainya di rumah? Pukul berapa tido?

Bagi yang tak kerja, suka nengok citer apa petang-petang?

Cuba share...Tq.

3 in 1

Semalam aku baca 3 berita agak hangat gak la. Berita yang bertebaran di serata blog jugak. 

NAMA SEBENAR AARON AZIZ
Ntah apa-apa la orang yang buat kerja tu. Aku no hal la, andaikata tu nama dia sebenar atau bukan pun. Banyak je artis-artis yang tak guna nama sebenar dia kan. Tapi aku baca hari ni dia kata nama dia Aaron kan..Biarlah, yang penting nama dia apa pun dia tetap popular kan..

SAFEE SALI BERCERAI
Agak sedih la kan, tapi siapalah kita nak menolak kekuasaan Tuhan. Kalau dah Tuhan tentukan jodohnya setakat tu je, kena redha la kan. Cuma boleh disimpulkan di sini, duit bukan penentu kebahagiaan kan. Duit tu sangat penting tapi bukanlah penentu kebahagiaan yang hakiki.

BEN ASHAARI DAH JADI BAPA
Tahniah pada blogger terkenal Ben Ashaari bila isterinya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki malam tadi. Bermulalah tanggungjawab baru blogger Ben dan isterinya. Semoga isterinya selamat menjalani tempoh berpantang.

Bersantai di Pantai Minyak Beku

Petang sabtu lepas kitaorang bersantai-santai di;


Ye, seperti yang tertulis di atas tu - Pantai Minyak Beku. Ada apa kat situ? Ada Perigi Batu Pahat. Bertahun duduk Batu Pahat, sampai dah kawin dan dah 2 anak, baru nilah aku nengok periginya..

Nilah rupa perigi Batu Pahat

'Perigi Batu Pahat dikatakan telah dipahat oleh askar-askar Siam semasa melarikan diri setelah tewas dalam peperangan menyerang Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka III (1446-1459). Askar-askar Siam telah dikejar oleh Bendahara Tun Perak, Bendahara Melaka dan pengikut-pengikutnya hingga ke Muar. Semasa sampai di Batu Pahat askar-askar Siam telah memahat batu di kawasan yang mengalirkan air sehingga menjadi sebuah perigi. Selepas itu, askar-askar Siam meneruskan perjalanan ke Selatan dan kembali ke Siam melalui Laut China Selatan. Nama Daerah Batu Pahat adalah bersempena dari peristiwa tersebut.'

Ok, so dah tau sejarah nama Batu Pahat kan? Cuaca petang tu punyalah panas. Tapi dah sampai kan, takkan aku nak balik. Zarif dan Zara punyalah teruja. So apalagi bergambar la..




2.4.12

Suka ikan keli

Aku memang tamak haloba bila time makan ikan keli. Ikan keli masak berlada, masak pecel dan masak lemak cili api.

Tapi kat rumah, aku sorang je yang dok makan ikan keli, habis diratah sampai ke tulang-tulang semua. Nikmat oh makan ikan keli ni, tak terkata.

Tengahari tadi baru lepas makan ikan keli masak lemak cili api, of course la beli. Belum pernah lagi masak sendiri. Time nak beli tadi tu, rasa cam tak cukup je seekor ikan, rasa cam nak beli 2 ke 3 ekor ikan keli tu, teruk kan aku, huhu.

Aku rasa aku start jatuh cinta pada lauk ikan keli ni masa aku belajar kat UiTM Shah Alam. Time tu beli makanan kat Seksyen 2, ada satu gerai tu jual ikan keli berlada, serius aku tak boleh tak beli. Macam menarik-narik diri suruh perabiskan duit kat situ..

So korang sapa suka makan ikan keli?


Tak sangka, ketiga tu..

Sorrylah, lambat update la pulak hari ni.

Ha ni nak tayang medal aku dapat hasil main boling hari jumaat malam aritu. Actually medal ni baru dapat tadi sebab masa penyampaian hadiah aritu aku dah balik awal. Tapi kena ingat eh, ni main duo, bukan single. Nombor tiga pun dah kira baik tau sebab tak expect pun, kan dah kata aku tak terer main.


Sebenarnya, before main untuk pertandingan ni, aku dah training dulu ngan mrhubby. Sampai sakit-sakit tangan aku masa training tu. Training tu more untuk betulkan kesilapan dalam main boling tu. Tapi serius markah aku takdelah hebat, biasa-biasa je, level orang perempuan main, hehe.

Thank you jugak untuk partner aku masa game ni, kalau masing-masing training lebih insyaallah boleh buat yang terbaik, :)

Ni yang semangat tetiba nak main boling lagi ni, hehe..

Sorry tak sempat nak bw, bz pulak tetiba, aku cuba bw slow-slow, harap maklum.

1.4.12

Bila ternampak binatang itu..

Aku kalau boleh takmo tulis kat blog ni tapi nak jugaklah tulis kisah yang berlaku semalam. Buat aku terfikir-fikir sampai sekarang.

Petang semalam aku balik jap rumah aku kat Parit Raja (aku dari bandar tido kat rumah  mak abah aku). So sementara tunggu mrhubby dan Zara yang masuk ke rumah amik barang, aku dok tunggu dalam kereta je sebab Zarif dah tertido.
.
Sambil tunggu tu aku sibuk main game kat hp. Tiba-tiba aku perasan ada kereta kat sebelah kereta aku slow tiba-tiba..So aku wondering kenapa kan, tiba-tiba je dia stop. Aku fikir ada kucing nak lintas ke apa ke, so aku pun pandang la ke depan dan suddenly aku ternampak seekor ular (i thought ular tedung mungkin..) sedang menyusur nak masuk ke semak...

Terus aku rasa lemah semangat. Lemah semangat pasal ia berlaku depan rumah kitaorang. So aku terfikir lagi dari manakah binatang itu? Dari rumah aku ke? Dari rumah jiran aku ke? Dari longkang rumah sapa? Mungkinkah dari pokok besar kat rumah jiran aku ke? Adoiii, pening fikir ni..

Tak boleh elak la kan, walaupun duduk di kawasan taman perumahan tapi ni tetap kawasan kampung. Pokok kelapa sawit ada di mana-mana. In fact rumah baru yang kitaorang beli ni, belakang tu kawasan kelapa sawit tapi berjarak la dari kawasan belakang rumah aku tapi ia tetap kebun kelapa sawit dan harus sedar itu adalah tempat binatang itu. Kawasan kebun kelapa sawit itu akan dimajukan dan dibuat kawasan perumahan lagi mungkin tahun depan kot.

Aku dah pun tanya member-member yang dok kampung camana nak elakkan binatang tu, ada yang bagitau suruh letak pokok limau kasturi, so mungkin aku akan beli banyak-banyak dan letak belakang rumah, huhu. Ni option selain dari letak belerang la.

Ke korang ada idea lain??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...