30.9.11

Bila terlampau berangan

Konon hari ni hari Jumaat, macam nak rileks-rileks la buat entry..Takmo aktif sangat, huhu..

Kat ofis ni pun macam lengang je..Dah rasa macam aku sorang je kerja, haishh sabar jelah..Oklah takmo tegangkan urat kepala, meh nengok gambar ni jap. 


Nengoklah budak bertuah ni habiskan pampers dia camana. Sabar jelah kan. Sampai aku terpaksa sorokkan pampers dia kat tempat lain. 
Anak perempuan ni tahap berangan dia terlampau sangat la. Bila aku nengok dan macam nak marah, terus dia sengih-sengih sambil cakap, "Sian bear dan 'anakwiyah" (nama patung dia), kalau dia nak kencing macamana? Sebab tu adik pakaikan pampers.."

Amboii..sesedap je zara ni kan..So redha jelah, nama pun gegirl, suka berangan, layankan jelah..

Anak pompuan korang camni gak ke??

Takde kawan

Hari ni nampaknya aku takde geng la. Pagi ni je hampir kesemua kawan-kawan termasuklah bos aku semuanya terlibat dengan Kursus Team Building di Pulau Sibu.

Aku tak pergi. Asalnya memang nama tak tersenarai pun. Takperlah, tak kisah. Keduanya aku rasa tak boleh pergi pasal mrhubby ada aktiviti pertandingan rugbi sekolah hari esok dan ahad, dari pagi sampai petang. Anak-anak sapa nak jaga, takkan nak bagi kat parents aku yang dah tentu-tentu sibuk nak buat persiapan untuk wedding adik aku minggu depan.

Confirm aku boring ni..Takpelah buat jelah kerja seadanya, :)

Oh yea, aku semalam tertarik dengan post ni dalam fan page fb Ustaz Zamri;


So, bagi mereka-mereka yang merokok..silalah renung-renungkan yea..Aku memang tak boleh bau asap rokok, cepat pening kepala, huhu...

29.9.11

Minat yang lain

Setiap orang ada minat tersendiri..Minat tu kata lainnya hobi la..So, selain hobi yang biasa dan tipikal macam membaca, mengumpul setem, berblogging, bersukan dan menanam ke,  apakah minat korang yang lain? 

Kalau tanya aku kan..selain dari minat-minat yang biasa, aku suka sangat kalau dapat kumpul dish rack..Hehehe..Tau kan dish rack, tempat letak pinggan mangkuk yang dah dibasuh tu..Pasal aku suka basuh pinggan, jadik aku memang particular sikit dengan dish rack ni..

Kalau pegi memana pun kan, aku memang suka jeling-jeling dish rack ni..Tapi takkan nak beli banyak-banyak, nak kena sound dengan mrhubby ke? So jeling-jeling pun ok laa..

Ni antara hasil carian google. Antara yang menarik la pada mata aku, lain dari yang lain..


unik..

hmm, memang lain ler..

simple but nice

menarik gak..

Sekarang ni pakai yang ikea punya..Biasa je pun. Tunggulah nanti dah pindah rumah baru, mungkin nak design khas dish rack..huhu..boleh kan?

Demi anak..

Salam ceria hari khamis..Semalam makan banyak sangat, pagi ni aku sakit perut..Memang best la, tapi getting better, so harap ok jela..

Dan malam tadi jugak, tetiba angin rajin aku datang, punyalah baik aku kemas rumah semua..Agak tertib aku mengemas satu persatu, macam tak penat langsung rasanya, hehe..Betul-betul aku baring atas katil pukul 11.10 malam yang aku rasa macam "Ok..fine..aku dah habis buat semua kerja" (Umpama macam kerja dari 7 pagi sampai ke 11 malam tau)

Sila bagi tepukan pada semua kaum perempuan especially yang dah bergelar ibu pasal semua orang akan melalui keadaan yang serupa betul tak? Kerja tak abis..

Ok..Ni aku nak letak la kisah pasal malam tadi jugak..Masa aku tengah kemas-kemas rumah tu, si zarif ni boleh pulak mintak tolong abah dia lukiskan gambar-gambar macam kat bawah ni..Korang klik gambar tu bagi besar..

Agak mencabar ok, pasal bukan satu gambar tapi 7 gambar, walaupun comel-comel tapi tetap kena lukis gambar muka atuk, nenek, ayah, emak dll..Of course la aku tak boleh kan..Memang tak boleh melukis la..

Kesian kat mrhubby, dalam penat-penat baru balik kedai, duduklah jugak melukis untuk anak tersayang tu.. Konon cam tak reti lukis, tapi jadik je rupa orang tu, hehe..Ayat aku "takkan cikgu seni tak reti lukis?" (saja dengki kat dia, hehe)

Tapi kan, zarif ni agak demand sikit, "Abah, kenapa muka atuk tu tak nampak tua? Dia takde janggut ke? Misai ke?" Kesian mrhubby, so dia bagi adjust muka atuk tu biar nampak tua betul..hehe..


belum lengkap

ok, settle..boleh la kann..


28.9.11

Akhirnyaaa....

Akhirnya..follower aku telah mencecah 100 orang (by the time korang baca, dah 101 orang).


Terima kasih pada yang sudi jadi 'Sweet Friends' aku. Mungkin pada sesetengah orang follower tak penting, tapi pada aku, follower agak penting.

Tak ramai pun korang..Baru 101 orang, hehe..Tak cecah seribu pun..Tapi aku tetap happy, :).  Dan aku tau bukannya 101 orang ni masuk blog aku hari-hari. Aku bersyukur seadanya dengan reader yang tetap masuk ke blog biasa aku ni.

Oklah follower ke 100 tu adalah YNA.. Jomlah korang berkenalan dengan dia..:)



Entry luahan rasa

Malam tadi kan, pegi open house member, makan lagi..Dah abis syawal ke belum ni? Petang ni jamuan raya peringkat fakulti pulak..Ermm, ada laksa johor, jadi tak boleh tak pegi..:)

Aku rasa minggu ni adalah minggu yang penuh emosi. Sebab kain baju kat rumah tak berlipat lagi. Dah tinggi menggunung. Penatnya hanya Tuhan yang tau..Siap aku cakap dengan mrhubby boleh tak kalau nak amik maid (tetiba je)..Dan dah tau keputusannya memang tak dapat lerr..huhu..

Sebenarnya aku pun tak suka sangat ada maid ni..Aku rasa cam boleh je nak buat semua kerja dengan adanya pertolongan mrhubby. Tapi masing-masing kena kuatkan mental dan fizikal la..Ditambah dengan aku yang memang tak suka rumah bersepah (terutama dapur). Adakalanya terpaksa merelakan mata ni memandang pada satu-satu situasi yang memang tak menyenangkan.

Ditambah lagi dengan tekanan di tempat kerja ni, buat aku rasa minggu ni minggu yang penuh emosi. Rasa cam nak berhenti kerja dan duduk kat umah jer (tetiba lagi..).

Salah satu cara untuk meredakan tekanan adalah dengan menulis blog dan membaca blog kawan-kawan yang lain..Serius tak tipu..Love blog forever, :)



# Wordless Wednesday 9


Nak tulis sikit - "Abis kalau tak baik, tak boleh tuisyen kat sini ke? Macamana nak tau murid tu baik ke tak?" Hehehe..

27.9.11

Cari..cari..


Carian kat blog aku taklah hebat mana..Biasa-biasa je..Siap ada yang cari nota membuat cadar katil ringkas? Ermm..pelik gaklah..Entry mana yang sangkut carian ni ek? Takpelah..

Oh..ada jugak yang carik rempah soto peserai..Korang masak soto letak rempah soto tak? Kalau kat batu pahat ni bersepah rempah soto dijual..Rempah soto peserai antara yang favourite la..Kalau masak takde rempah soto macam tak best la pulak rasanya (ni pendapat aku la..)

Mode jakun..kesian..kesian...

Ok..jangan marah aku..Entry ni memang takde isi apa-apa..Hanyalah jakun semata-mata. Kesian kat aku, baru tau nak letak gambar kecik-kecik cam gini..Kalau untuk beberapa minggu ni korang nampak aku letak gambar cam gini lagi, maksudnya tahap jakun aku tu tak abis lagi ler..hehe..

 ok, ni versi adik beradik

 yang ni versi sepupu

Dah lama dah aku guna Photoscape ni, tapi tak abis belajar..Belajar sendiri je, tu yang jakun tak sudah-sudah..:)

Korang yang tak tau, boleh je guna Photoscape ni..Macam-macam ada, tapi belajar sendiri la eh cam aku ni..Dahlah buta IT..


Bersyukur..

Memang impian setiap ibu bapa mahukan anak-anaknya pandai membaca..Aku pun tak terkecuali. Keutamaan pastilah pada zarif yang bakal masuk darjah satu tahun depan.

Yelah kan, walaupun dah masuk sekolah tadika tapi kita tak boleh harapkan pada cikgu semata-mata. Ibu bapa pun kena beri perhatian jugak pada anak-anak. Tak terkecuali aku. So sedari awal tahun ini, aku memang berharap sangat yang zarif mesti dah boleh mengeja dan membaca buku..

Alhamdulillah, zarif makin menunjukkan potensi..Bukanlah dia terus boleh baca buku dengan lancarnya..Taklah macam gitu kan..Tapi sambil nengok tv part yang ada subtitle tu dia akan cuba eja sikit-sikit (mana yang sempatlah), kalau baca suratkhabar dan buku pun macam tu jugak..Kira oklah..

Aku tau ada anak-anak lain seawal lima tahun dah lancar membaca..Bukannya apa, aku cukup risau kalau masuk darjah satu dia tak boleh mengeja dan membaca..Budak-budak sekarang ni semuanya bijak-bijak belaka..

Macam aku selalu cakap, aku takmo paksa zarif dan zara..Aku nak ikut flow saja seiring dengan pembesaran diaorang..Sambil-sambil tu aku pantau la kan..

gelagat mereka bila menonton upin ipin

26.9.11

Bakaran BBQ


Ni lah dia pakar-pakar bakaran..Memang tak lengkap la majlis, kalau team futsal ni tak buat bbq..Yang bestnya perempuan rehat sokmo jer..hehe..Selalu kan orang perempuan sibuk memasak kan, ni bagi kaum lelaki pulak yang buat kerja..Tq guys...:)

Macamana nak lupuskan?

Nak tanya kat korang lagi la..Aku memang suka tanya pada kawan-kawan blogger yang baik-baik hati semuanya..:)

Kalau kita kemas-kemas rumah, lepas tu terjumpa macam Al-Quran lama yang dah koyak-koyak, segala yassin ke, atau buku agama mahupun perhiasan yang ada tulisan Allah dan macam-macam lagi la yang berkaitan dengan agama kan, macamana cara kita nak lupuskan?

Semua barang-barang tu kita dah takmo gunakan lagi la kiranya..
 
Aku kemas rumah arwah mertua aku, nak clearkan macam-macam tapi bila banyak terjumpa benda-benda lama yang ada nama Tuhan dan ayat-ayat Al-Quran ni aku asingkan dulu. Takkan lah pulak nak terus buang dalam tong sampah ke kan? Tak patut rasanya..

Mungkinkah perlu ditanam? Atau ada cara lain..Harap dapat bagi pendapat yea..Terima kasih.

Open House TIFC


Ni semalam pergi open  house Tun Ismail Futsal Club (mrhubby punya team la..). Dari tengahari sampailah ke petang..Badan dari wangi sampai lah berlengas berpeluh, busuk rasanya, huhu..Aku pulak macam perempuan melayu terakhir pinjam baju kurung adik aku, konon sopan dan ayu la putih suci gitu..

Aku punya sengal, bawak kamera tapi takde memory card..Tertinggal kat dalam beg tangan kerja. Tapi amik jugaklah gambar tu, nanti boleh transferkan jer. Lepas tu amik gambar guna handphone aku, tapi tak banyak dapat pasal bateri dah start kong..

Team futsal ni memang terkenal dengan BBQ jer..Lelaki je yang buat kerja..Orang pompuan dok sembang-sembang je, hehe..Alhamdulillah, aku suka team futsal ni pasal kitaorang makin rapat..Enjoy bila dapat buat program sosial macam ni sama-sama..:)

Memang puas makan, ada kambing, ayam, udang, sotong, ikan siakap, pari, cencaru, makan nasi, tomyam, pecel, buah dan lain-lain..Memang enjoy makan la..Confirm berat aku naik niii..:)

Nanti aku sambung entry ni lagi pasalnya nak tunggu gambar dari kamera lain pulak..

25.9.11

Doakan mereka kekal bahagia


Norman dan Memey dah selamat pun bergelar suami isteri petang semalam. Actually aku taknak pun letak kisah mereka dalam blog ni..

Tapi pasal kisah mereka ni hangat sangat, dan sempena mereka dah bernikah aku letak la satu entry khas ni, hehe..Dan aku bukanlah peminat setia mereka, bukan okeh..Cuma....sebagai umat sesama Islam, aku mendoakan mereka berdua akan kekal bahagia bersama-sama.

Cerita yang dah lepas tu biarlah lepas..Sekarang mereka dah jadik suami isteri pun, sepatutnya kita doakan yang baik-baik je. Janganlah doakan mereka bercerai berai pulak, tak baik kan..

Pada aku apa saja yang berlaku semua disebabkan ketentuan Tuhan. Dah takdir jodoh mereka berdua..:)

Sumber : INI

Ke sana sini

Dah hari Ahad ke hari ni? Kenapa cepat sangat?? Betul ke semalam hari Sabtu? Macam bekerja je semalam rasanya, huhu..

Selagi raya tak abis, selagi tulah jadual penuh je sehari tau. Sebenarnya bukanlah banyak sangat jemputan open house tu..Tapi dengan mengejar masa, memang agak rushing la semalam.

Seawal pagi (yang sebenarnya taklah pagi sangat, terbangun lambat) dah bangun kena mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah..Lepas tu buat preparation tetamu nak datang rumah. Fuhhhh, penat ohh..

Dari pergi rumah orang kawin, lepas tu layan tetamu datang beraya kat rumah, pergi open house rumah bos no. 2 dan last sekali balik rumah mak abah. (Ni aku online dari umah mak abah la ni). Sekarang ni memang kena balik rumah mak abah pasalnya majlis kawin adik lebih kurang dua minggu lagi, jadiknya banyak kerja yang tak settle lagi.......

Masa memang mencemburui aku sangat ni..See, semalam sebenarnya birthday bos no. 1, aku dah plan nak wish dia sampai terlupa ni..aiyaaa..Tulah lupa nak buat reminder la pulakk..

So, pagi ni dah bangun awal, pasal nak kemas rumah arwah mentua aku..Pastu dalam pukul 12 nak pegi open house kelab futsal mrhubby...Makan lagiii..

Cepatlah raya abisss...hehehe...



23.9.11

Baca..baca!!


Banyak-banyak berita hari ni, aku tertarik dengan yang ini..Baca buku bukan kerana periksa..Untuk tanamkan sifat membaca buku sebenarnya sebagai ibu bapa kita kena mulakan dari anak-anak kecik lagi.

Biasakan bawak diaorang pergi kedai buku, bawak pergi library, kena rajin belikan buku untuk anak-anak. Percayalah bila dari kecik kita dah didik macam tu, insyaallah sampai besar diaorang akan rasa suka nak baca buku.

Macam aku pernah cerita dalam entry-entry sebelum ni, abah aku memang rajin bawak aku dan adik-adik ke ke kedai buku dan library..So sampailah ke besar ni, aku memang suka baca buku..

Masa sekolah pun aku suka pergi library..Tapi masa kat Uitm Shah Alam aku susah nak pergi library, bukan pasal tak minat, tapi jauh dari asrama..Jenuh ohh nak ke PTAR tu (alasan..alasan..alasannnn), hehe...

* Masalahnya kan, aku tak suka baca buku kalau nak amik exam, tapi kalau bukan sebab nak exam, aku memang suka baca buku...:) 



Letih..letih..tapi puas..

Fuhh..aku tido malam tadi 4 jam lebih je..Bangun seawal 5 pagi. Kenapa? Pasal dari malam tadi aku sibuk dok kat dapur, memasak je..Actually takde orang datang rumah pun. Pagi ni ada majlis raya kecil-kecilan kat ofis..So masing-masing kena bawak makanan sendiri..Aku dahlah tak reti masak sangat kan..Jadik macam biasalah benda yang aku buat..Kawan-kawan aku pun macam tak pernah makan lagi kot rasanya..


Ha, of courselah korang dah tau kan..Shepherd pie aku ni..Aku buat 30 bekas kecik-kecik ni..Tapi aku bawak pergi ofis 20 bekas (eh, dah tinggal 19, aku baru je makan 1 bekas tadi ni..hehe).

Ini pun dibantu oleh mrhubby. Actually mrhubby pun ada solat hajat kat sekolah dia malam tadi..Balik dari sekolah dia start la tolong aku sampai pukul 12 lebih..Aku bukan buat ni je tau, aku ada buat kuih bingka jagung..Tapi aku tak bawak pegi ofis, seganlah..First time kot aku buat..Kuih tu nanti aku bagi kat jiran-jiran ngan mak aku la..:)

Ada lagi tau aku buat..Memang kerja aku dok dapur je malam tadi..Masa mrhubby pergi sekolah tu, aku dan budak-budak fikir apalah kitaorang nak makan..So selak-selak buku resipi chef hanieliza, terjumpa resipi apa ek nama dia..boleh pulak aku lupa..Tapi ianya spesies pie jugak la..

 sebelum

selepas

Serius aku lupa nama resipi ni..Nanti dah jumpa aku letak kat sini eh..Tiba-tiba aku suka buat pie-pie ni..Senang kot bahan-bahan dia, :) So, kitaorang dinner ni jelah malam tadi. Ada baki sikit pie ni, aku bawakkan zarif dan zara bekal sekolah pagi ni..Nak makan ngan nasi pun boleh, takde hal..

See, mau tak pengsan kalau dok dapur je kan..Mesti jiran aku pelik pukul 11 malam pun aku masih lagi sibuk menumis kat dapur..:)

Sedap ke? Selagi tak sakit perut pada aku sedaplah kan....hehehe..

22.9.11

Tak taulah..

"Nurul, kat mana saya meeting pagi ni?" - "TAK TAU"

"Nurul, bila tarikh bengkel tu?" - "TAK TAU"

"Ada nombor phone pensyarah ni tak?" - "TAK TAU"

"Kelas saya kat bilik mana?" - "TAK TAU"

Patut ke? Patut ke aku bagi jawapan macam tu? Rasa sangat tak bertanggungjawab dan lepas tangan je bila semua jawapan tak tau..

Tak kisahlah samaada dengan bos ke atau pelajar sekalipun aku rasa TAK TAU bukanlah jawapan pada segala soalan..Biasanya kalau bos tanya, insyaallah akan ada jawapannya. Sekalipun aku tak tau, tapi aku tetap kena cari jawapannya..

Kalau pun memang betul tak tau, aku akan pastikan yang aku akan carik jawapan kepada segala soalan-soalan mereka. Biasanya aku takkan cakap TAK TAU..nampak cam malas je jawapan tu kan. More polite aku guna lah, "Saya tak pasti, tapi bagi saya check dulu ..........."

Sekiranya pelajar atau orang luar yang tanya dan aku tak punya jawapan untuk itu, aku akan dapatkan contact no diaorang..Aku cuba cari jawapan dan call diaorang semula ASAP..

Yelah kan, kita ni bukan manusia yang sempurna, serba serbi nak kena tau..Tapi kita boleh belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik..:)


Perubahan itu perlu

Semalam dalam facebook, banyak jugak yang komen dan letak status marah-marah dan bengang pasal layout facebook dah berubah.

Aku masuk facebook pun dah petang, so memang betul la ada perubahan. Sejujurnya di mata aku memang nampak agak semak sikit la kan, tapi bila pandang lagi sekali macam nampak 'smart' la pulak. Aku ok je..Takdelah bengang ke apa ke, neutral je la..

Selalunya memang orang susah nak terima perubahan..Untuk kali pertama, ia memang mengambil masa, tapi lama-lama bila dah ok, orang akan diam je. Perubahan tu bukan berlaku dalam layout facebook ni je (Rasanya perubahan dalam facebook ni bukan kali pertama, dah berkali-kali kot..)

Maksud aku perubahan dalam banyak segi. Contohlah, perubahan dari hidup sorang kepada hidup suami isteri, dari dua orang kepada 3 atau 4 orang (bila dah ada anak)..Semua perubahan tu memaksa kita melakukan penyesuaian, ye tak?

Sama jugaklah kalau hari ni dapat bos macam ni, esok lusa tiba-tiba dapat bos baru yang lain pulak..See, perubahan sentiasa berlaku dalam hidup kita, tinggal macamana kita nak adapt dengan keadaan yang baru..:)

Yelah kan, nak komen banyak-banyak pun, facebook tu pun bukan aku hak aku..Tapi hak si Mark Zuckerberg..Dia memang ada hak nak ubah segala macam benda dalam facebook tu, hehehe..

Takpe..takpe..sesiapa yang bengang dan marah-marah tu, rileks ok..Lama-lama nanti korang mesti get use to it..

Kadang-kadang perubahan itu perlu untuk menjadikan kita manusia yang lebih bijak berfikir dan cepat bertindak..kan?

@ Hari tu kononnya aku nak terminate akaun facebook, tapi lepas tu tak jadi pulak..huhu..@

Cerita tentang ubat


Hari Sabtu dan Ahad lepas, aku suruh zara makan ubat ikut suka aku nak bagi yang mana dulu..Tapi hari Selasa lepas, aku suruh dia pilih ubat yang dia suka nak makan dulu (pasal dia yang makan ubat, jadik dia mesti tau mana yang paling sedap kan..)

Hasilnya seperti yang aku nomborkan di atas..

Ubat 1 - konon rasanya macam laici

Ubat 2 - konon rasanya macam ribena

Ubat 3 - konon rasanya macam strawberry

Ubat 4 - geleng kepala..kenapa? tak rasa macam oren kah?

Pasal ubat 4 adalah ANTIBIOTIK.

Percayalah bahawa antibiotik memang tak sedap pun. Rasa pahit dah pastilah kan..Aku rasa mana budak-budak pun akan letak antibiotik tu pilihan yang terakhir sekali untuk dimakan..Tak kiralah warna apa sekalipun antibiotik tu..

Kesimpulannya zara memang terpaksa telan jugak antibiotik tu..Takde pilihan ok pasal antibiotik memang kena habiskan pun walaupun dah baik sakit..





21.9.11

Korang suka yang macamana?

Anggap ni macam market survey jugak la yea..

Ni saja-saja okeh..

Sekarang kan kita nengok kalau pergi majlis perkahwinan macam-macam tetamu dapat sebagai goodie bag ye tak? Kalau tak dapat macam tak best je rasanya..Sambil salam keruk tu sambil harap la dapatlah satu beg kan..Dulu-dulu takde pun cam ni..Masing-masing dapat telur sebiji dibungkus dengan tisu sudah..

Korang kan sebenarnya sebagai tetamu prefer macamana? Maksudnya kan, sebagai tetamu korang suka dapat apa dalam goodie bag?

@ Suka dapat telur pindang je ke? Ke suka telur rebus or telur masin?

@ Suka dalam beg ada kerepek-kerepek? 

@ Suka ada coklat dan gula-gula/air kotak/air mineral/biskut/jelly?

@ Suka nak dapat souvenir..contoh macam dapat tuala/kipas tangan/yassin/mug/cawan kecik ke?

@ Suka ada bahulu?

@ Korang suka gabungan yang mana dari yang atas ni?

@ Ke tak kisah kalau tak dapat apa-apa pun..

Pasalnya sekarang ni kan macam-macam ada kan..Kalau pergi majlis kahwin, memang macam-macam kita dapat..Kadang bila dah bawak balik rumah tu, tak termakan dan kadang tak terusik pun benda-benda yang kita dapat tu..betul tak?

Kalau pulak dapat cenderahati, dah tak tau celah mana lagi nak letak pasal almari dah penuh dengan segala macam souvenir..kang kalau letak banyak-banyak benda kecik, berhabuk la pulak kan..

So ni saja tanya-tanya..












 



# Wordless Wednesday 8

Pari-pari gigi?

Petang semalam, zarif bagitau aku yang ada sebatang gigi dia yang dah goyang sangat, boleh dicabut sendiri je. Serius la, takkan aku pulak yang nak cabut kan..aku kan seram sikit bab-bab darah ni..so aku mintaklah mrhubby yang cabutkan gigi zarif..

Alhamdulillah, dapatlah dicabut gigi tu..Seterusnya baca dialog ni;

Zarif : Kita nak buat apa dengan gigi ni?

Aku : Pergi baling atas bumbung rumah..

Zarif : Kenapa nak baling atas bumbung? Kenapa tak tanam gigi ni?

Aku : Erm..entah yea..ibu dulu pun baling gigi atas bumbung je..

Zarif : Takpelah..kita nak simpan dulu gigi ni bawah bantal..Kita nak nengok nanti ada tak pari-pari gigi datang jumpa kita..

Aku : Ha? Pari-pari gigi???

Haiii..entah sapa yang ajar, cerita apa yang ditonton ntah..Pari-pari gigi?? Tiba-tiba aku teringat filem  Darkness Falls...Korang pernah tengok tak?

Sebenarnya kan, apakah relevannya membaling gigi di atas bumbung rumah? Aku dulu bila cabut gigi sendiri pun baling atas bumbung pasal arwah nenek aku yang suruh..Motif?

Dan zarif akhirnya baling gigi tu di atas bumbung jugak..takde maknanya nak tunggu pari-pari gigi..




20.9.11

Perpustakaan mini

Aku memang suka baca buku..Bukan baca blog je, aku memang gila bila nengok buku..Kalau takde buku kat umah rasa macam pelik la..Dan nasib baik mrhubby sangat la memahami minat aku yang suka membaca..Aku membaca tak kira waktu..

 antara yang aku ada..

 antara kegemaran

magazine satu kemestian...


Dan...aku ada banyak majalah resipi RASA yang lama-lama (dulu-dulu takde blog masakan, so belilah majalah, hehe)..Korang nak tak?? Memula aku ingat nak recycle, tapi macam sayang je kan..Sapa nak?? Hehehe..Resipi tak ditelan zaman kan...

Nikmatnya ungkapan "terima kasih"

Dua perkataan yang mudah tapi susah untuk orang ungkapkan.

Macam aku sekarang ni..boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada je pelajar-pelajar yang nak jumpa bos-bos aku. Nak mintak tandatangan bos mintak pengecualian kredit subjek, nak buat rayuan la, nak bincang pasal PSM la..itu baru yang jumpa, belum yang call lagi..

So, sebagai setiausaha dan kakitangan awam, sedaya upaya aku cuba bagi layanan yang molek..Yelah kan, walaupun mereka-mereka hanyalah pelajar, tapi perlu diingatkan mereka adalah 'client' utama di tempat kerja aku..Takde pelajar, tak bekerja la kitaorang..

Jadiknya..macam aku cakap tadi, sedaya upaya aku bagi layanan yang baik-baik..Kadang penat, tapi hati rasa puas bila dapat bawak pelajar-pelajar tu jumpa bos aku..Andaikata la bos-bos aku tu sibuk pergi mesyuarat sana sini, aku cuba aturkan appointment, at least pelajar-pelajar tu dapat jugak jumpa bos aku, tak kisahlah bila-bila pun..

Dan hati ni bertambah rasa puas dan rasa nak senyum sepanjang masa bila kebanyakan pelajar-pelajar lepas je jumpa bos-bos aku, akan singgah ke bilik aku semata-mata nak cakap "terima kasih kak / terima kasih puan.."

Seriuss..aku tak mengharap pun..Tapi, nampaklah kebanyakan mereka ni punya budi bahasa, alhamdulillah..



19.9.11

Perempuan memang tak boleh jadi bos la..

Korang nak marah ke dengan tajuk aku ni? Tak kisahlah korang nak marah ke tidak..Kalau ada yang bos perempuan tu, harap maaf yea..

Tapi aku memang tak suka dengan bos perempuan..Kalau bos perempuan itu sangat profesional tak apa, ni kes yang emosi memanjang lepas tu perasan diri tu sentiasa betul..Memang parah la..

Nak jadi bos yang baik, kena ada cara..Kena pandai amik hati anak buah..Dan lagi satu, bos yang baik adalah bos yang mengamalkan interaksi dua hala..Ni bila anak buah bagi pendapat takmo terima, payahlah kan..Macamana nak ada penambahbaikan dalam kerja kalau bos takmo terima pendapat?

Terus terang cakap, aku memang suka dengan bos lelaki..Bos lelaki ni senang handle la..Senang dengar pendapat..Tak kisahlah kalau pendapat anak buah tu betul ke salah..Yang penting dengar dulu, kalau tak betul, kena bagi sebab..Kalau betul, kita boleh praktikkan..

Ingat jadik bos tu selalu betul ke? Ingat jadik staf bawahan ni loko sangat ke? Ingat tak pandai ke? Mungkin dari segi kelulusan tu taklah tinggi sangat, tapi kena ingat, pengalaman menjadikan kita insan yang lebih matang..

Ni dapat kelulusan tinggi, terus jadik bos, pastu nak kerek semacam, kena ingat, roda kehidupan ni selalu berputar, kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah..

Eh, tajuk aku tadi pasal bos perempuan kan? Ha, aku memang tak suka bos perempuan..Aku suka bos lelaki, sempoi dan senang sangat...






Mulanya beria betul..



posing nak tunjuk rambut dia yang dah pendek..


Ni pose sebelum mulanya marhaban perempuan..Kira ni bergambar selepas maghrib. Saja pakaikan baju kurung, amik aura dulu...Sekali tu, bila dia ikut mrhubby pergi kedai, balik rumah je dah tertido..Apalahh..Gambar tido aku tak amiklah, malas..hehe..

Bukan dia je..sekali aku pun macam poyo dok posing-posing kat bilik sementara tunggu orang-orang perempuan datang rumah..

serius cam poyo..haha

Aku pun pinjam baju adik aku je..:) Saja pakai selendang ala-ala gitu, perasan cam artis main sarung-sarung gitu, hehehe..

"Ibu perasan macam Dato Siti ke? " tanya zarif

Aku angguk je..(perasan dan sangat poyo okeh..)

"Perasan jelah ibu ni..."

Hahaha...(aku pakai macam ni dok dalam bilik je, pasal baju ketat tak boleh keluar...keh..keh..keh..)


Marhaban orang perempuan

 Menu 1 - Kebab Ayam

 Menu 2 - Homemade Blueberry Muffin

 Menu 3 - Nugget jer..

 Menu 4 - Sate buah

 Semua menu letak di sini

jugak di sini..

Malam tadi aku tido kat umah mak abah aku kat bandar. Ada marhaban orang pompuan..Haihh, jenuh menunggu kalau perempuan marhaban tau..Biasalah kan perempuannnnn...

Dekat pukul 10 lebih malam baru sampai, dah ngantuk dah aku tau. Zara yang mulanya excited pakai baju kurung semua, last-last tertido, sabar jelah zara ni..

Aku memang sengaja suruh mak buat menu yang kering-kering..Pasalnya malam tadi marhabannya bukan buat satu jalan je, tapi dua jalan sekaligus..Ntah berapa rumah semua orang pompuan ni datang. Pastu makanan yang dihidang kat rumah orang bukan biasa-biasa punya, makanan semua berat-berat, rumah mak aku kira dah nak last-last la (tu pasal aku suruh buat yang ringan-ringan gitu).

Bagusnya mak siap letak plastik lagi, tau dah, orang-orang semua tak larat nak makan, main bungkus-bungkus makan je..Kan senang gitu..

Dah settle dah marhaban lelaki ngan perempuan kat umah mak aku..Tu pun malam tadi, mak siap amik gas (semput)..Biasalah, marhaban ni kan kena jalan kaki nak ke rumah-rumah orang..Mak ni memang ada masalah semput..Tu yang aku risau tu..Marhaban-marhaban jugak, tapi kesihatan kena jaga kan...

17.9.11

Jalan-jalan makan nasi ayam penyet

 Nasi ayam penyet aku

Minum sirap bandung cincau, terus kenyang perut suka hati

 zarif dan abah

zara dan ibu

Petang khamis hari tu, balik kerja je terus pegi bandar nak makan-makan..Mentang-mentang jumaat cuti kan, suka nak berjalan eh..Ingat nak makan yang ringan-ringan je, tetiba boleh pulak termasuk ke restoran ayam penyet ni..Restoran ni comel je..nasib tak ramai orang, pasal tempat duduk agak terhad. Restoran ayam penyet ni letaknya kat dalam Carrefour Batu Pahat.

Ada banyak pilihan menu, tapi nak gak try nasi ayam penyet ni..Bila makanan sampai kat meja, terus cakap dalam hati "eh, sikitnya nasi ni..tak cukup aku makan ni.."

Tapi lepas dah makan dengan begitu sopan santun, plus dah makan segala ulam-ulamnya, tempe la tahu la, terus rasa kenyang dan bersyukur sangat nasinya diberi memang sikit je..Kalau letak nasi lebih confirm tak abis, huhu.. Alhamdulillah, semua pun sedap belaka, ke aku memang lapar? Hehehe..




Twilight Breaking Dawn

Dulu-dulu, aku memang tak suka siri filem Twilight ni..Siap nak kutuk adik-adik aku yang nengok cerita ni, ntah apa-apa..Lepas tu padan muka kat diri sendiri, yang dah macam addicted semua siri filem Twilight ni, aku belum nengok yang Eclipse punya, huhu..Semuanya khayalan je, haha..Buat aku feeling dan jiwang sorang-sorang..

Tak sabar nak tunggu filem Twilight Breaking Dawn ni ditayangkan bulan November nanti, kalau tak silap la...:)


16.9.11

Tak sihat la pulak..

Apakah yang korang buat hari ni? Yea, cam aku cakap dalam entry lepas, konon nak mengemas, rehat bagai semua kan, tapi terpaksa dihadkan..Kenapa?

Pasal anak-anakku tak sihat. Zarifnya selsema dan batuk-batuk, Zaranya pulak demam, selsema dan batuk (satu pakej zara dapat)..Tapi tak sihat budak-budak ni bukanlah dok melepek je kan..Kata budak-budak..Pergi klinik pun berlari sana sini, panjat kerusi la..tak reti dok diam..

Tak semua klinik bukak pasal cuti umum hari ni, itu pun nasib ada satu klinik yang bukak..Pasal dah bayar mahal untuk ubat-ubat diaorang kan, maka aku kena lah jadik ibu yang tegas dan garang, demi memastikan diaorang makan ubat, hehe..

Tapi kat klinik tadi zara dah kena pun masukkan ubat bontot, suhu dia tadi 38 darjah..Aku memang allergik betul kalau zara ni demam panas, pasal dia hampir kena sawan 2 tahun lepas, tu pasal aku kena cepat dan tangkas kalau anak-anak sakit ni..Bila diaorang sihat, hati aku pun senang, kan?



15.9.11

Satu Malaysia



Hoyehh, esok cuti!! Bangga jadik anak Malaysia..Ada yang tak bangga ke jadik anak Malaysia?? Memang nak kenalah kalau cam gitu..

Aku letak lagu ni pasal aku memang suka sangat..Kalau suruh nyanyi confirm bersemangat gila..Percayalah, hehe..

Bersyukurlah dapat duduk di negara Malaysia yang aman damai ni..Tolonglah jangan huru harakan negara yang sudah sedia makmur ni..Negara kita ni belum lagi ditimpa musibah yang teruk-teruk macam negara jiran kita..Seharusnya kita patut bersyukur sebab semua orang pun bebas ke sana sini tanpa sebarang halangan..

So..apa plan esok? Plan aku? Kemas rumah dan rehat bersama-sama keluarga tercinta..Raya? Ermm..tak plan lagi la pulak..

Selamat Hari Malaysia!!

Bukan tak pandai..

Menggelabah bila nak kena isi borang sekolah agama zarif..Sebenarnya agak terlambat jugak nak isi borang ni..

Lagi gelabah bila ada part yang nak kena isi dalam tulisan jawi..Serius eh, bukannya aku tak pandai, aku dan mrhubby sama-sama sekolah agama, belajar jawi semua ni, pandai baca lagi tapi dah lama kot kitaorang tinggalkan zaman sekolah kan..

Kata orang, tulisan jawi sekarang tak sama dengan yang dulu-dulu punya, dari segi ejaan la..So nak tulis tu agak was-was sikit..Nak tulis nama zarif pun macam tak sure, aku dah macam kekok je nak pegang pen nak tulis jawi ni, serabut betul..

Mujurlah sekarang ni zaman klik-klik komputer je kan..Aku google kat internet, jumpalah pulak site ejawi.net..Bagi translate dari bahasa rumi ke jawi, senang sikit kerja aku tau, hehe..
 


Last-last mrhubby yang dok isikan borang tu..nak harapkan aku memanglah....Nama je aku ni setiausaha, tapi aku memang tak suka part isi-isi borang ni, lecehlah..

So, kalau korang pun alami macam aku ni, pergi je kat ejawi.net, memudahkan kerja tau..:). Memang untung budak-budak yang hidup dalam zaman teknologi canggih ni kan?

14.9.11

Beruntungnya budak-budak sekarang

Selepas 4 bulan, maka bertemulah aku sekali lagi dengan pelajar-pelajar yang mahu berurusan dengan bos-bos aku. Setiap pelajar punya macam-macam ragam. Nak kongsi kat blog ni, tapi tak tertulis-tulis lagi..

Hari ni aku kongsikan satu kisah dengan satu pelajar ni..Last semester pelajar ni (lelaki) tak sempat amik final exam untuk 2 subjek. Senang kata dia 'fail' la untuk sem lepas..Sebabnya dia terlibat dengan accident..Kaki patah dan kena masuk besi.

So, tadi dia pun jumpa dengan aku, kitaorang pun borak-borak lah. Macam biasa aku pun bagi lah nasihat kat pelajar tu supaya lepas ni kena hati-hati..Janganlah mengada-ngada time exam sibuk nak jalan-jalan jauh-jauh..Duduk kat rumah@asrama belajar diam-diam sudah.

Pelajar ni accident time tu dengan motor superbike. Dan dia pun naik moto jugak tapi sebagai pembonceng jelah.

Antara dialog aku dan dia;

Aku : Mesti mak awak risau kan, bila awak accident tu?

Pelajar : Memanglah risau..

Aku : Abis tu, sekarang ni awak naik motor lagi ke?

Pelajar : Taklah..saya tak naik moto lagi, mak tak bagi..

Aku : Ha..baguslah..abis awak naik apa, naik bas eh?

Pelajar : Taklah..nengok ni, mak saya belikan saya kereta - MYVI LAGI BEST (sambil tunjukkan kunci kereta)

Aku : Amboiii..bukan main lagi, ni dapat kereta ni takut kang panjang langkah la pulak..

Pelajar : Tulah pasal..

Aku : Tak baik..mak awak tu bagi awak kereta pasal dia risaukan keselamatan awak..so awak janganlah amik kesempatan pulak..

Pelajar : Ye, saya tau..apa-apa saya akan bagitau mak saya..Saya pun sebenarnya sedih jugak..

Aku : Kenapa?

Pelajar : Pasal apa yang saya nak, semua mak ayah saya bagi saya..Tapi saya pulak tak mampu nak bagi apa yang mak ayah saya nak..

Aku : Sebab tu lah awak kena belajar rajin-rajin, jangan fikir benda lain..Belajar sungguh-sungguh, dapatkan kejayaan untuk mak ayah awak ok..

Kesimpulannya, budak-budak sekarang memang beruntung kan..Ingat lagi time aku belajar kat uitm shah alam dulu, berjalan kaki naik ke fakulti..semput rasanya, jalan semua berbukit-bukit, berpeluh badan toksah cakaplah..Masuk kelas, badan semua bau, haha...


Sambutan hari raya


Hari ni ada majlis sambutan hari raya di tempat kerja..Aku takdenya nak pakai baju raya..Tak siap lagi katanya, huhu..Takpelah, sila sabar banyak-banyak..Takmolah pakai baju raya labuh gedoboh kan..Redha jelah pakai baju lama.

Ikutkan hati malas nak pergi majlis ni, tapi sebab kawan-kawan pergi, ikut jelah, bolehlah sesambil jamu selera..Tu gambar eksyen je lebih, makan sikit je..Tapi ni pun aku tapau bawak balik, ada sate sikit, laksa johor, mi rebus dan kuetiau goreng..semua dah di 'packing' dalam bekas comel-comel..Bolehlah makan sesama dengan mrhubby..:)

# Wordless Wednesday 7

Peminat Ice Blended

13.9.11

Pernah tak rasa..

...satu perasaan yang mula-mula malas dan ngantuk yang amat sangat..Lepas tu kan, tetiba boleh terjaga dari tido dengan semangat mana yang mula merasuk diri..

Terus rasa semangat dan rajin sangat..Tetiba boleh kemas dapur, bukan kemas yang basic macam basuh pinggan tu semua, tapi lebih dari itu..Dan tetiba jugak boleh susun segala bekas tupperware dalam almari yang dah mula bersepah-sepah..Boleh jugak kemas fridge dan membuang segala benda terpakai dan tak terpakai lagi..Boleh menyapu dan mop semua..(Ingat eh, tadi malas dan mengantuk yang amat sangat)

Dan tetiba jugak boleh selongkar laci kat bilik, dan boleh kemas segala sijil-sijil dalam clear folder, buang segala surat-surat yang tak pakai lagi..fuhh, apa kena ni? Dan lagi best, siap boleh lap-lap habuk kat almari la dan entah apa-apa lagi..

Masalahnya, bukan rumah tak berkemas yea, dah berkemas pun, tapi diperkemaskan lagi kononnya..Pernah tak korang rasa dan alami cam tu?

Tu yang aku alami petang semalam, balik dari kerja - hakikatnya penat dan mengantuk, dah tertido pun, tapi sebelum pukul 7 dah bangun balik la..Tu yang tetiba angin rajin tu datang..Siap dah kemas-kemas dan settle semua dalam pukul 11 malam gitu barulah rasa ngantuk tu datang dan tido awal bersama-sama semua..






Gambar raya lagi

 ni beraya kat melaka

 macam la kat parit raja takde ayam kan zara?

 mereka bertiga

 3 cucu mak abah
mana tau tahun depan bertambah lagi sorang..

dengan aku - merangkap penjaga mereka bertiga

Ok..takmo cerita banyak..Pagi ni ada mesyuarat pentadbiran yang agendanya agak panjang berjela..Mau makan sampai tengahari ni....hmmmmm...

Good luck pada anak-anak blogger dan juga pada sesiapa yang menduduki peperiksaan UPSR hari ini. Semoga semua beroleh ketenangan dan dapat menjawab dengan baik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...