9.9.11

Dan...tetiba aku pun rasa sedih...

Salam,

Hari ni adik aku yana dan wan akan balik ke Shah Alam setelah puas bercuti hampir empat bulan. Tetiba aku pun rasa sedih. Sedih bagi pihak anak-anak aku la..

Malam tadi dah jumpa moksu dia (adik aku yana), dah salam-salam semua, lepas tu pergi la beraya kat rumah kakak ipar aku. Balik dari beraya, diaorang boleh request nak jumpa moksu dia lagi..Tapi tak dapatlah nak jumpa lagi pasal kitaorang nak balik terus ke rumah kat Parit Raja kan..

Anak-anak aku suka dan rapat benor dengan moksu dia. Yelah moksu dia kan pandai layan anak-anak sedara, so budak-budak ni suka la kan..:)

Sebenarnya aku pun terhutang budi kat yana dan wan pasal sanggup jaga zarif dan zara masa aku dan mrhubby kena pergi HKL hantar arwah ayah mertua pada 2 ramadan lepas. Ceritanya di sini. 

Bukan senang nak jaga budak kecik lagi-lagi zara yang banyak karenah tu kan. But so far, zara makin rapat dengan moksu dia ni.



Thanks a lot wan dan yana..Wish adik-adik aku ada duduk je dengan mak abah kat rumah, tapi tak boleh la kan pasal semester baru dah bermula dan diaorang kena sambung belajar..Mesti mak abah terasa diaorang takde..Lepas ni sunyi balik la rumah mak abah..:(



2 comments:

  1. Minggu ini memang minggu register kebanyakan IPT kan. Anak saudara kakak pun sama...

    Parit Raja kat mana tu. Kakak pernah pergi ke Parit Daun, anak buah hubby kahwin sebelum puasa hari tu...

    ReplyDelete
  2. @Kakzakie oh, parit daun tu tau..saya duduk kat taman universiti yang ada MCDONALDS tu..kerja kat uthm tu..sesenang akak nak datang pt raja jemputlah ke rumah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...