19.9.11

Perempuan memang tak boleh jadi bos la..

Korang nak marah ke dengan tajuk aku ni? Tak kisahlah korang nak marah ke tidak..Kalau ada yang bos perempuan tu, harap maaf yea..

Tapi aku memang tak suka dengan bos perempuan..Kalau bos perempuan itu sangat profesional tak apa, ni kes yang emosi memanjang lepas tu perasan diri tu sentiasa betul..Memang parah la..

Nak jadi bos yang baik, kena ada cara..Kena pandai amik hati anak buah..Dan lagi satu, bos yang baik adalah bos yang mengamalkan interaksi dua hala..Ni bila anak buah bagi pendapat takmo terima, payahlah kan..Macamana nak ada penambahbaikan dalam kerja kalau bos takmo terima pendapat?

Terus terang cakap, aku memang suka dengan bos lelaki..Bos lelaki ni senang handle la..Senang dengar pendapat..Tak kisahlah kalau pendapat anak buah tu betul ke salah..Yang penting dengar dulu, kalau tak betul, kena bagi sebab..Kalau betul, kita boleh praktikkan..

Ingat jadik bos tu selalu betul ke? Ingat jadik staf bawahan ni loko sangat ke? Ingat tak pandai ke? Mungkin dari segi kelulusan tu taklah tinggi sangat, tapi kena ingat, pengalaman menjadikan kita insan yang lebih matang..

Ni dapat kelulusan tinggi, terus jadik bos, pastu nak kerek semacam, kena ingat, roda kehidupan ni selalu berputar, kejap kita kat atas, kejap kita kat bawah..

Eh, tajuk aku tadi pasal bos perempuan kan? Ha, aku memang tak suka bos perempuan..Aku suka bos lelaki, sempoi dan senang sangat...






10 comments:

  1. pernah keje ngan bos pmpuan dan mmg diakui le pmpuan more emo dari lelaki...

    dah hakikat..kena terima :(

    ReplyDelete
  2. saya ni presiden kelab statistik sekarang ni...apa yang diutarakan memang tak dinafikan,saya pernah dengar...tapi saya jugak percaya mesyuarat penting dalam kata putus..dan insya-Allah saya akan melaksanakan tanggungjawab saya sehabis baik..
    peringatan untuk saya..

    ReplyDelete
  3. Samalah mcm masalah di tempat kerja saya skrg..huhu

    ReplyDelete
  4. @ANISAapa-apa cuba dapatkan pandangan semua pihak..jadik ketua yang bijaksana..:)

    ReplyDelete
  5. @Sufia Mahzansemua manusia memang tak perfect kan, tapi tulah pasal, nak jadi bos boleh je tapi kena bijak amik hati anak buah, dan dengar pendapat itu jer..

    ReplyDelete
  6. ada bos yang best cam PM siti...tapi ada gak bos perempuan yang tak best..kadang2 sampai intefere hal keluarga pekerja..huhu..me no like!! sebab dah ada pengalaman dah..

    ReplyDelete
  7. dulu pernah juga di bawah boss perempuan :)

    tapi yg sorang tu sangat profesional..no emosi emosi huhu..suka kerja bawah dia sebab sangat memahami kalau bab2 berkaitan ngan anak ni..

    ReplyDelete
  8. pompuan ni emosi terlebih ya huda? :)pompuan ni emosi terlebih ya huda? :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...