7.9.11

Minggu yang padat dengan aktiviti

Salam,

Selamat pagi..Apa khabar kawan-kawan blogger semua? Harap semuanya baik-baik belaka..:) Hari ni bermula pendaftaran pelajar baru di UTHM. Tak taulah kalau kat universiti lain pun serentak dengan UTHM. Harap segala proses berjalan dengan baik..Aku tak terlibat pun. Duduk ofis dan buat kerja jelah.

Malam tadi family aku dan makcik aku datang beraya. Takde gambar pun aku amik..Semua pun aku masak dalam keadaan pantas sekali. Buat nasi ayam kononnya. Tapi nasi tu cam takde rasa, kata original kan, huhu. Tapi aku kata sedap..:) As long as tak sakit perut tu, kira sedap la kan..:) Bayangkan aku masak pukul 7 malam, diaorang datang sebelum 8.30 malam..

Malam ni pulak kawan aku nak datang..Minggu ni penuh dengan aktiviti beraya termasuk aktiviti marhaban sekali..Fuh, memang tak terkejar la..Bila tido tu rasa cam takmo bangun jer, hehe. Lagipun bila lagi kita nak ziarah menziarahi kan? Time raya ni je la..

Oklah, get to go now..Actually aku tak abis letak gambar raya lagi..Nanti la eh..Tak banyak lagi pun, tinggal sikit jer..:)

4 comments:

  1. memang letih huda beraya...

    rasa bila dah tido tak nak bangun, tapi tak bolehlah pulak...hihi

    ReplyDelete
  2. Bila masa raya inilah terasa tangan sentiasa basah kan. Asyik masak-masak-masak....

    Seronok sebab bertemu sanak-saudara-teman-taulan tapi penatnya huh.....

    ReplyDelete
  3. @~ yus ~ kan kak..macam takmo bangun tido jer kan..

    ReplyDelete
  4. @Kakzakie betul la kak, tak cukup masa, kakitangan semuanya..tapi hati rasa puas bila nengok orang makan masakan kita, kan?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...