Banyak-banyak berita hari ni, aku tertarik dengan yang ini..Baca buku bukan kerana periksa..Untuk tanamkan sifat membaca buku sebenarnya sebagai ibu bapa kita kena mulakan dari anak-anak kecik lagi.
Biasakan bawak diaorang pergi kedai buku, bawak pergi library, kena rajin belikan buku untuk anak-anak. Percayalah bila dari kecik kita dah didik macam tu, insyaallah sampai besar diaorang akan rasa suka nak baca buku.
Macam aku pernah cerita dalam entry-entry sebelum ni, abah aku memang rajin bawak aku dan adik-adik ke ke kedai buku dan library..So sampailah ke besar ni, aku memang suka baca buku..
Masa sekolah pun aku suka pergi library..Tapi masa kat Uitm Shah Alam aku susah nak pergi library, bukan pasal tak minat, tapi jauh dari asrama..Jenuh ohh nak ke PTAR tu (alasan..alasan..alasannnn), hehe...
* Masalahnya kan, aku tak suka baca buku kalau nak amik exam, tapi kalau bukan sebab nak exam, aku memang suka baca buku...:)
ini yg bagus bila kita punya blog kita terpaksa memebaca dan menulis walaupun tiada peperiksaan yang datang....:)
ReplyDelete