16.9.11

Tak sihat la pulak..

Apakah yang korang buat hari ni? Yea, cam aku cakap dalam entry lepas, konon nak mengemas, rehat bagai semua kan, tapi terpaksa dihadkan..Kenapa?

Pasal anak-anakku tak sihat. Zarifnya selsema dan batuk-batuk, Zaranya pulak demam, selsema dan batuk (satu pakej zara dapat)..Tapi tak sihat budak-budak ni bukanlah dok melepek je kan..Kata budak-budak..Pergi klinik pun berlari sana sini, panjat kerusi la..tak reti dok diam..

Tak semua klinik bukak pasal cuti umum hari ni, itu pun nasib ada satu klinik yang bukak..Pasal dah bayar mahal untuk ubat-ubat diaorang kan, maka aku kena lah jadik ibu yang tegas dan garang, demi memastikan diaorang makan ubat, hehe..

Tapi kat klinik tadi zara dah kena pun masukkan ubat bontot, suhu dia tadi 38 darjah..Aku memang allergik betul kalau zara ni demam panas, pasal dia hampir kena sawan 2 tahun lepas, tu pasal aku kena cepat dan tangkas kalau anak-anak sakit ni..Bila diaorang sihat, hati aku pun senang, kan?



6 comments:

  1. demam panas nampak simple je tapi boleh buat kita seram...

    ReplyDelete
  2. sekarang musim tak sihat...jaga kesihatan yek...semua orang...

    ReplyDelete
  3. @Bigdaddyzbetul tu daddy..zaman sekarang demam panas sangat bahaya..

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh zarif dan zara..amin..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...