20.9.11

Nikmatnya ungkapan "terima kasih"

Dua perkataan yang mudah tapi susah untuk orang ungkapkan.

Macam aku sekarang ni..boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada je pelajar-pelajar yang nak jumpa bos-bos aku. Nak mintak tandatangan bos mintak pengecualian kredit subjek, nak buat rayuan la, nak bincang pasal PSM la..itu baru yang jumpa, belum yang call lagi..

So, sebagai setiausaha dan kakitangan awam, sedaya upaya aku cuba bagi layanan yang molek..Yelah kan, walaupun mereka-mereka hanyalah pelajar, tapi perlu diingatkan mereka adalah 'client' utama di tempat kerja aku..Takde pelajar, tak bekerja la kitaorang..

Jadiknya..macam aku cakap tadi, sedaya upaya aku bagi layanan yang baik-baik..Kadang penat, tapi hati rasa puas bila dapat bawak pelajar-pelajar tu jumpa bos aku..Andaikata la bos-bos aku tu sibuk pergi mesyuarat sana sini, aku cuba aturkan appointment, at least pelajar-pelajar tu dapat jugak jumpa bos aku, tak kisahlah bila-bila pun..

Dan hati ni bertambah rasa puas dan rasa nak senyum sepanjang masa bila kebanyakan pelajar-pelajar lepas je jumpa bos-bos aku, akan singgah ke bilik aku semata-mata nak cakap "terima kasih kak / terima kasih puan.."

Seriuss..aku tak mengharap pun..Tapi, nampaklah kebanyakan mereka ni punya budi bahasa, alhamdulillah..



4 comments:

  1. Tinggi budi bahasa bangsa kita. Org prihatin selayaknya mendapat ucapan tersebut...

    ReplyDelete
  2. kawan zakiah pernah pesan..kalau dalam urusan apa apa pun jangan tinggal ucapam "minta tolong dan terima kasih"

    terima kasih kak sebab selalu bantu zakiah..:)

    ReplyDelete
  3. tak susah pun nak cakap terima kasih tapi tu lar yang susah nak di ungkapkan kan ;)

    bagus..moga semua masih mengekalkan budi bahasa tu lagi :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...