Malam tadi kan, pegi open house member, makan lagi..Dah abis syawal ke belum ni? Petang ni jamuan raya peringkat fakulti pulak..Ermm, ada laksa johor, jadi tak boleh tak pegi..:)
Aku rasa minggu ni adalah minggu yang penuh emosi. Sebab kain baju kat rumah tak berlipat lagi. Dah tinggi menggunung. Penatnya hanya Tuhan yang tau..Siap aku cakap dengan mrhubby boleh tak kalau nak amik maid (tetiba je)..Dan dah tau keputusannya memang tak dapat lerr..huhu..
Sebenarnya aku pun tak suka sangat ada maid ni..Aku rasa cam boleh je nak buat semua kerja dengan adanya pertolongan mrhubby. Tapi masing-masing kena kuatkan mental dan fizikal la..Ditambah dengan aku yang memang tak suka rumah bersepah (terutama dapur). Adakalanya terpaksa merelakan mata ni memandang pada satu-satu situasi yang memang tak menyenangkan.
Ditambah lagi dengan tekanan di tempat kerja ni, buat aku rasa minggu ni minggu yang penuh emosi. Rasa cam nak berhenti kerja dan duduk kat umah jer (tetiba lagi..).
Salah satu cara untuk meredakan tekanan adalah dengan menulis blog dan membaca blog kawan-kawan yang lain..Serius tak tipu..Love blog forever, :)
sangat sangat setuju.. Blog boleh dijadikan tempat untuk release tension.. hehe
ReplyDeletekerja rumah memang tak akan habis punya...pasti ada je yang menanti kan? nak pulak yg dah berkeluarga cam kita ni....huhuhuuu
ReplyDeleteKakcik juga menjadikan blog sebagai tempat 'meredakan perasaan'. Rasa nak berhenti kerja memang dah lama timbul dalam fikiran. Memikirkan banyak lagi yang perlu diselesaikan, kenalah pendam hasrat itu jauh2 dulu. ;-)
ReplyDeletesabar huda,
ReplyDeletelumrah ibu yang bekerja. Kerja rumah harus di buat juga kan...
Yang penting suami faham...
kerjarumah ni memang tak akan habis, jadi buat sikit2 pun takpe, mana yang boleh hold tu, hold je dulu..
teringat dulu masa kerja, satu bilik tu memang untuk simpan kain baju tak berlipat. Boleh penuh satu katil...huhu.
Sekarang ni, setakat dua bakul tu selalu juga...hihi. Tapi sekarang ahli keluarga dah bertambah, lagi banyak baju, dua bakul tu selalunya sehari punya je...huhu
@~ yus ~ tulah kak yus..memang sabar la ni..tapi perempuan kan ada masa memang hormon tak menentu, tu yang datang emosi tu..haihh, ntah bila lah nak melipat kain baju tu, bila dah malam je, cepat je mata ni ngantuk..huhu
ReplyDelete