23.9.11

Letih..letih..tapi puas..

Fuhh..aku tido malam tadi 4 jam lebih je..Bangun seawal 5 pagi. Kenapa? Pasal dari malam tadi aku sibuk dok kat dapur, memasak je..Actually takde orang datang rumah pun. Pagi ni ada majlis raya kecil-kecilan kat ofis..So masing-masing kena bawak makanan sendiri..Aku dahlah tak reti masak sangat kan..Jadik macam biasalah benda yang aku buat..Kawan-kawan aku pun macam tak pernah makan lagi kot rasanya..


Ha, of courselah korang dah tau kan..Shepherd pie aku ni..Aku buat 30 bekas kecik-kecik ni..Tapi aku bawak pergi ofis 20 bekas (eh, dah tinggal 19, aku baru je makan 1 bekas tadi ni..hehe).

Ini pun dibantu oleh mrhubby. Actually mrhubby pun ada solat hajat kat sekolah dia malam tadi..Balik dari sekolah dia start la tolong aku sampai pukul 12 lebih..Aku bukan buat ni je tau, aku ada buat kuih bingka jagung..Tapi aku tak bawak pegi ofis, seganlah..First time kot aku buat..Kuih tu nanti aku bagi kat jiran-jiran ngan mak aku la..:)

Ada lagi tau aku buat..Memang kerja aku dok dapur je malam tadi..Masa mrhubby pergi sekolah tu, aku dan budak-budak fikir apalah kitaorang nak makan..So selak-selak buku resipi chef hanieliza, terjumpa resipi apa ek nama dia..boleh pulak aku lupa..Tapi ianya spesies pie jugak la..

 sebelum

selepas

Serius aku lupa nama resipi ni..Nanti dah jumpa aku letak kat sini eh..Tiba-tiba aku suka buat pie-pie ni..Senang kot bahan-bahan dia, :) So, kitaorang dinner ni jelah malam tadi. Ada baki sikit pie ni, aku bawakkan zarif dan zara bekal sekolah pagi ni..Nak makan ngan nasi pun boleh, takde hal..

See, mau tak pengsan kalau dok dapur je kan..Mesti jiran aku pelik pukul 11 malam pun aku masih lagi sibuk menumis kat dapur..:)

Sedap ke? Selagi tak sakit perut pada aku sedaplah kan....hehehe..

9 comments:

  1. wah! sakan huda masak...

    nampak sedap tu..

    tolong rasa puding akak yang baru first time buat gak tu ya..huhu.

    ReplyDelete
  2. Wow... best ni kalau boleh join...

    Join makan cukup laa... WuMing bawa biskut kering saja laaaa

    ReplyDelete
  3. perghhhhhh sedapnya.. tapaukan utk mak 3 boleh hehehe

    ReplyDelete
  4. Amboi masak sakan. Sesekali bila mood memasak datang, cheff hotel pun kalah dibuatnya.

    ReplyDelete
  5. berbaloi rasanya semua yg dimasak dah siap..
    minat kat pie tu..sedappnya

    ReplyDelete
  6. perghhh!!kecuq air lioq tgk pie2 tuh..

    ReplyDelete
  7. mesti sedap la. tgk pic pun nmpk sedap je. share resepi la. hehehe... sy tak berapa pandai buat pie tp teringin nk buat...

    ReplyDelete
  8. Huda!!!

    Akak tertipu dengan gambar tu....

    comel je rupanya Shepherd pie tu...hihi

    tapi sedap!! Betul ni sedap...

    terima kasih simpankan untuk akak ya..:)

    Puding kastard jagung tu pun sedap...:thumbs up!

    ReplyDelete
  9. @~ yus ~ kak yus, biasanya buat dalam bekas besar2 sikit, tapi pasal nak bawak ke ofis, buatlah kecik2 dan comel..terima kasih kak yus..kita pun suka triffle kak yus, sedap dan nampak kemas jer..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...