Salam,
Aku memang frust dengan raya kali ni..Pasal apa frust? Pasal baju raya aku dan zara dan adik aku dan mak aku tak siappppp!!! Oh, bengkek jer hati ni Tuhan je tau..Baju tu memang aku bajet nak pakai raya pertama tau, alih-alih tak siap, mestilah bengang kan...
Dan menambahkan lagi ke'bengangan' aku bila, jiran aku yang merangkap tukang jahit baju aku tu boleh jumpa dan bagitau kat aku pagi isnin - sehari sebelum hari raya...Berapi je rasa..tapi aku cover la kan, dah kata jiran..Ni la perasaan yang aku tak suka..
Silap aku jugak kot..beberapa hari sebelum tu adik aku dah suruh tanya jiran aku tu, baju dah siap ke belum? Tapi aku ni macam cukup yakin yang jiran aku tu dah siap jahit baju-baju kitaorang, so aku pun tak tanya langsung..Kononnya pagi isnin tu atau paling lewat petang raya tu dia akan bagilah baju kitaorang kan..Tapi hampa la sangat...
Dengan macam-macam kerja nak buat hari isnin tu, lepas tu tetiba nak kena carik baju raya aku ngan zara lagi..Memang menduga kesabaran la, puasa lagi kan..Terpaksa ke sana sini nak mencari baju raya..Ikutkan hati aku nak je pakai baju lama merangkap baju kerja, tapi mrhubby tak bagi..
Dapatlah gak sehelai, bolehlah konon-konon matching ngan mrhubby dan zarif..Zara pun dapatlah gak aku belikan sehelai..Tapi bayangkanlah eh, bajet dah tentu lari..Baik-baik tak beli baju dah kena keluar duit, memang tak suka la..Tapi nak buat camana kan..
Sampai aku tulis entry ni dan dah raya keenam ni, baju raya still tak siap..Huhu..
Baju size S tapi gedoboh kan..Redha jelah..huhu...
bertapa sweet je gaya ni..macam baru berkenalan jek....:)
ReplyDelete