13.9.11

Pernah tak rasa..

...satu perasaan yang mula-mula malas dan ngantuk yang amat sangat..Lepas tu kan, tetiba boleh terjaga dari tido dengan semangat mana yang mula merasuk diri..

Terus rasa semangat dan rajin sangat..Tetiba boleh kemas dapur, bukan kemas yang basic macam basuh pinggan tu semua, tapi lebih dari itu..Dan tetiba jugak boleh susun segala bekas tupperware dalam almari yang dah mula bersepah-sepah..Boleh jugak kemas fridge dan membuang segala benda terpakai dan tak terpakai lagi..Boleh menyapu dan mop semua..(Ingat eh, tadi malas dan mengantuk yang amat sangat)

Dan tetiba jugak boleh selongkar laci kat bilik, dan boleh kemas segala sijil-sijil dalam clear folder, buang segala surat-surat yang tak pakai lagi..fuhh, apa kena ni? Dan lagi best, siap boleh lap-lap habuk kat almari la dan entah apa-apa lagi..

Masalahnya, bukan rumah tak berkemas yea, dah berkemas pun, tapi diperkemaskan lagi kononnya..Pernah tak korang rasa dan alami cam tu?

Tu yang aku alami petang semalam, balik dari kerja - hakikatnya penat dan mengantuk, dah tertido pun, tapi sebelum pukul 7 dah bangun balik la..Tu yang tetiba angin rajin tu datang..Siap dah kemas-kemas dan settle semua dalam pukul 11 malam gitu barulah rasa ngantuk tu datang dan tido awal bersama-sama semua..






4 comments:

  1. pernahhhh..abis smua rasa nak dikemas kan ;p

    tapi smangat tu dtg bukan ari ari huhu..kalau ari ari kan bagus kan :)

    ReplyDelete
  2. kita pernah pukul 3pagi terjaga n terus mengemas..angin SEMANGAT harmoni dtang semata2 nk rumah terus clean jek hahahahahah

    ReplyDelete
  3. pernah..selalunya selepas pergi rumah orang yang sangat kemas dan cantik..kihkih..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...