14.9.11

Beruntungnya budak-budak sekarang

Selepas 4 bulan, maka bertemulah aku sekali lagi dengan pelajar-pelajar yang mahu berurusan dengan bos-bos aku. Setiap pelajar punya macam-macam ragam. Nak kongsi kat blog ni, tapi tak tertulis-tulis lagi..

Hari ni aku kongsikan satu kisah dengan satu pelajar ni..Last semester pelajar ni (lelaki) tak sempat amik final exam untuk 2 subjek. Senang kata dia 'fail' la untuk sem lepas..Sebabnya dia terlibat dengan accident..Kaki patah dan kena masuk besi.

So, tadi dia pun jumpa dengan aku, kitaorang pun borak-borak lah. Macam biasa aku pun bagi lah nasihat kat pelajar tu supaya lepas ni kena hati-hati..Janganlah mengada-ngada time exam sibuk nak jalan-jalan jauh-jauh..Duduk kat rumah@asrama belajar diam-diam sudah.

Pelajar ni accident time tu dengan motor superbike. Dan dia pun naik moto jugak tapi sebagai pembonceng jelah.

Antara dialog aku dan dia;

Aku : Mesti mak awak risau kan, bila awak accident tu?

Pelajar : Memanglah risau..

Aku : Abis tu, sekarang ni awak naik motor lagi ke?

Pelajar : Taklah..saya tak naik moto lagi, mak tak bagi..

Aku : Ha..baguslah..abis awak naik apa, naik bas eh?

Pelajar : Taklah..nengok ni, mak saya belikan saya kereta - MYVI LAGI BEST (sambil tunjukkan kunci kereta)

Aku : Amboiii..bukan main lagi, ni dapat kereta ni takut kang panjang langkah la pulak..

Pelajar : Tulah pasal..

Aku : Tak baik..mak awak tu bagi awak kereta pasal dia risaukan keselamatan awak..so awak janganlah amik kesempatan pulak..

Pelajar : Ye, saya tau..apa-apa saya akan bagitau mak saya..Saya pun sebenarnya sedih jugak..

Aku : Kenapa?

Pelajar : Pasal apa yang saya nak, semua mak ayah saya bagi saya..Tapi saya pulak tak mampu nak bagi apa yang mak ayah saya nak..

Aku : Sebab tu lah awak kena belajar rajin-rajin, jangan fikir benda lain..Belajar sungguh-sungguh, dapatkan kejayaan untuk mak ayah awak ok..

Kesimpulannya, budak-budak sekarang memang beruntung kan..Ingat lagi time aku belajar kat uitm shah alam dulu, berjalan kaki naik ke fakulti..semput rasanya, jalan semua berbukit-bukit, berpeluh badan toksah cakaplah..Masuk kelas, badan semua bau, haha...


3 comments:

  1. bertuah betul...syukur dengan apa yang dapat...

    ReplyDelete
  2. sokong 100%
    sekrang nie budak2 umur 6 bulan dah pandai guna ipad (betul ker ayu eja..)

    apatah lagi yang usia dah banyak.. motor ada..
    macam pelajar di tempat miss tu..
    keter lagi...

    syok habis

    ReplyDelete
  3. huhu..memang depa sanagt beruntung..tapi kadang2 terpikir jugak betul ke mak ayah diorang mampu belikan kereta..dah ramai student pakai kereta..

    teringat zaman belajar dulu..jangan haraplah nak pakai baju lawa2 sebab kelas banyak kat fakulti belakang..dulu bas tak pegi sampai sana..kalau lambat sampai,berpeluh sampai ke kaki..masuk kelas mengah betul...

    teringat kawan2 zakiah yang bangsa cina depa tak kisah pakai kereta buruk asalkan dapat gerak sebab kos bulan2 untuk kereta besar..

    memang anak-anak sekarang beruntung..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...