31.10.11

Kalaulah aku boleh...

Yea, kalau la aku boleh luahkan semuanya dalam blog ni alangkah bagusnya, berkongsi cerita tentang apa yang aku alami sekarang. Memang teringin nak meluahkan rasa tekanan yang aku hadapi sekarang, tapi aku tau aku TAK BOLEH..

Teringin jugak nak terima pendapat dari kawan-kawan blogger yang ada, tapi aku TAK BOLEH nak cerita di sini..TERTEKAN rasanya hati ni..

Sebab tu aku rasa mood untuk ber 'blogwalking' pun jadi hambar hari ni. Aku cuma harap segala keadaan dan tekanan yang aku alami sekarang hanya bersifat sementara tapi kena tunggu dulu dalam bulan November ni..

Aku tau korang yang baca pun takkan faham apa yang aku cuba nak luahkan ni, tapi macam aku cakaplah tadi - Kalaulah aku boleh luahkan......:( 

# Yang pasti ianya tak ada kaitan dengan keluarga aku dan seangkatannya..#

Ringkas dan pantas





Inilah yang sempat dibuat hari jumaat hari tu lepas mrhubby dan zarif balik dari solat jumaat. Sebenarnya it's more to kids..Kitaorang ni biasa-biasa je, tapi budak-budak yang suka nak potong kek dan tiup lilin semua ni kan..Nak masak-masak pun tak sempat. Pukul 2.30 lepas makan, terus je mrhubby pergi sekolah dan gerak ke Mersing..

30.10.11

Tak larat

Uishh, ni kes dah berjangkit la ni. Dah officemate sakit jadik suka tak suka dah berjangkit. Serius tak larat, dari semalam sampailah ke hari ni. 

Selsema dan batuk, memang sakit rasanya. Rasa macam nak MC je esok tapi mungkin tak kot, pasal ada kerja-kerja yang perlu dibuat, haihh..

Tengahari tadi kuatkan hati jugak bawak budak-budak pergi pesta konvo, di kala matahari tegak di kepala..Panas dan berpeluh memang toksah cakaplah. Tapi sebab dah berjanji dengan budak-budak kalau tak pergi nanti tak baiklah pulak kan..Itupun rasa cam nak pitam, tapi aku tahan jer..

# Suka betul zarif dan zara bila mrhubby balik, habis segala-galanya diadukan pada mrhubby. Maklumlah aku kan garang..

29.10.11

Tumpang kat jiran kejap yea

Ok..Aku bersiaran dari office ni. Finally dapat datang jugak, hehe. Nak buat camana kan, hari ni dan esok kena kerja..Tu pun agak pening kepala memikirkan mana nak letak zarif dan zara. Mrhubby kat mersing, malam ni baru sampai rumah kot. Taska pulak tak bukak hari ni so bila cerita kat jiran sebelah awal pagi tadi, tak sangka pulak dia meng 'offer' kan diri nak jaga budak-budak..Syukur sangat..

Itupun jenuh aku psiko-pisko zarif dan zara (terutamanya). Zara ni memang problem sikit, kalau dia tak kenal orang, memang susah dia nak ikut. Tapi aku kan memang terkenal dengan psikologi, jenuh macam-macam aku cakap, akhirnya dia mau jugak..:)

Itupun sebelum gerak, aku dah gorengkan nugget dan bekalkan kek birthday mrhubby semalam. Biar diaorang makan sesama dengan anak-anak jiran tu sekali. Siap aku suruh diaorang bawak buku-buku untuk dibaca, mainan segala, macam nak ditinggalkan lama je lagaknya, huhu..

Harap zarif dan zara oklah hendaknya..:)

 sebelum ke rumah jiran


28.10.11

Missing him

Oh gedik, baru beberapa jam dah missing kan..Hehe..Actually aku ok lagi, yang tak ok si zarif dan zara tu. Lagi mengada, zarif dah mencebik-cebik mintak aku call kan mrhubby. Sabar jelah kan. Bukan kali pertama pun mrhubby pergi mersing ni, dah banyak kali pun. Dan bukannya lama, esok je balik tapi mungkin lewat malam kot baru sampai rumah.

Tapi lama ke kejap mrhubby keluar walaupun  hanya ke kedai, satu perangai aku adalah memang cepat risau. Menggelabah tak tentu hala, nak pastikan dia selamat ke tidak. Itu memang perangai aku. Kalau dia balik lambat, start la aku menggelabah call dia..

Dan pastinya esok dan Ahad adalah hari bekerja rasmi untuk aku dan kawan-kawan yang lain sempena hari konvokesyen di UTHM. Aku tak tau keadaannya macamana di Parit Raja bermula esok hingga Ahad. Dengan keadaan jalanraya di sekitar ni yang teruk dan masih lagi bersimpang siur ditambah lagi dengan majlis konvokesyen dan pesta konvo ni, haruslah sesak kan, ermm..

Happy Birthday dear..

Yeay!! 28/10 maka genaplah 34 tahun mrhubby...Lagi 6 tahun nak 40 tahun, ohh..

Ok, seriously setiap kali birthday mrhubby, aku memang tak tau nak bagi apa. Pasalnya dia orang yang cerewet. Cerewet you..Nak beli kek pun cerewet tau, taste dia tak sama dengan taste aku, huhu..Paling bagus adalah dia pilih kek sendiri, tapi aku bayarlah..Memang tak surprise la kan..

Oklah, terus terang aku memang tak reti nak surprise kan dia sebab most of the time pergi ke mana-mana pun dengan dia. Tapi aku teringin nak buat surprise..So, ni kira aku story jap history birthday tahun 2008 yang aku buat surprise dengan dia. Aku tak bagi hadiah pun time birthday dia..Kira aku cakap sekali la dengan hadiah anniversary (bulan 12), tapi aku tak bagi pun..Sampailah bulan 1 ke 2, 2009 baru aku bagi hadiah, punyalah lambat kan..Tapi mrhubby pun tak kisah ada hadiah ke tak..

Aku suruh adik aku belikan PSP (yang dah lesap pun, kena curik orang baru ni) pasal mrhubby ni gila main game dan suka gajet-gajet ni. Tapi aku tak bagi terus lepas beli tu. Ni kira mrhubby langsung tak tau plan aku ni.. Dalam pukul 2 ke 3 pagi waktu semua orang memang tengah syiok tido, aku terus kejutkan dia dan hulurkan PSP tu..hahaha..Dalam keadaan terpisat-pisat tu dia memang macam tak percayalah kan..:) Mau dia tak suka, benda yang dia memang nak sangat dia dapat..

So, itu adalah rasanya surprise yang paling berjaya la, lain orang lain caranya kan..:) So this year? Ermm, masih tak tau lagi, buat hadiah terkumpul lagi kot, hehehe...Nengok dulu la..Tapi still tak dapat celebrate pasal petang ni dia dah ke Mersing bawak budak sekolah bertanding ragbi hari esok, sian kan..

Last but not least, to my dearest hubby,

"Semoga diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki dan berbahagia selalu di samping keluarga tercinta. U mean a lot to us (me, zarif n zara). We'll always be by your side no matter what dear.."

Nak tujukan lagu boleh? Hahaha, takdelah gurau jer..


27.10.11

Bila dia nak menari..


Ni zara menari bila dengar orang main cak lempong tu. Siap head banging bagai, ingat ni lagu rock ke? Sabar jelah anak daraku sorang nie..

Rasa bila zara ni besar sikit, nak hantar je dia ni pergi kelas menari..Boleh ke? Tak, bukan tujuan nak jadikan dia artis, hisshh, mintak simpanglah..Kalau hantar zara pergi kelas zapin pun macam syiok kan..

Zarif pun, aku pun tengah nak carik something untuk dia. Yang pasti kelas pertahanan diri on the list..Oh, kelas mengaji pun tak dilupa..Nanti mak aku bising, so kena tulis kat sini, hehe...

Hari itu di Putrajaya

 mereka berdua memang macam kembar

 L-R : mai, cousin - Bila dan aku

 bukan satu, tapi dua pasang pengantin yea

 bergambar dengan team cak lempong

 aku pun nak jugak...

 mereka bertiga

finally dengan pengantin - tapi ni semua pandang lain-lain
gambar dari kamera pro belum ada lagi..

Buat sementara ni jelah gambar yang ada. Gambar dari kamera pro takde lagi, yang ni semua dari kamera kecik aku yang cedera tu, huhu..

Majlis berlangsung di Dewan Seri Siantan, Putrajaya pada hari Sabtu malam yang lepas. Alhamdulillah, so far semua ok. Biasalah mana ada majlis yang takde cerita, itu perkara biasa kan..

Tema kitaorang sekeluarga adalah turqoise kecuali yana yang pakai purple. Oh ye, pengantin pada malam tu bukan satu, tapi ada dua pasang. Kiranya pengantin lelaki tu adalah adik beradik, senang buat sekaligus, jimat bajet.

Dan malam tu jugak menyeronokkan pasal ada persembahan cak lempong. Tu yang sibuk nak bergambar dengan diaorang tu, hehe.

Pada aku paling special adalah bila mendapat ini;

lukisan atas box ini dilukis sendiri oleh ibu mentua adik aku dan kawan-kawannya

Bayangkan berapa banyak box tu disediakan sebagai gift untuk para tetamu. Beribu tu..Semua lukisan atas dan tepi box tu dilukis sendiri tau. Kira memang special la..Aku tak taulah dari bila ibu mentua adik aku ni mula melukis ni semua? Memang kreatif dan sangat bernilai bagi mereka yang menghargai hasil kerja seni.

26.10.11

Cerita cuti Deepavali

Hari ni hari cuti yang sangat membosankan untuk aku. Rasa macam, "Eh, kenapa cuti?" -- poyo kan? Hehe..Kenapa Deepavali tak cuti umum dua hari kan, macam Raya dan Chinese New Year? Takper, biarkan persoalan tu berlalu. Yang aku tau semua pelajar India di universiti diberi pelepasan cuti selama seminggu, syioknyaa..

Duduk di rumah hari ni, kerjanya nak tido je..Bukan zarif dan zara yang nak tido. Aku dan mrhubby yang asik nak tido jer, huhu. Sampai zara cakap, "Nape asik nak tido jer? Bangunlah..kata nak pergi rumah Tok Tip" (umah mak abah aku ler..). See, sampai anak sendiri tegur, hehe..

Tapi aku nak tido-tido pun, aku siapkan makanan jugak takdelah tak produktif langsung. Aku buat sarapan jemput-jemput ikan bilis dan kentang ala macam wedges kat KFC tu..Pastu tengahari aku masak pulak mihun singapore dengan bebola daging. Ni stok masak dengan bahan yang ada di dapur je, malas nak keluar rumah beli bahan-bahan..:)

Tu pun zarif siap cakap, "Ha, masak bebola daging? Kan bahaya untuk kanak-kanak macam kita..Nanti tercekik macamana?" La..sabar jelah budak ni..Dan aku pun takmo la bahayakan diaorang. Of courselah aku dah potong kecik bebola daging tu barulah aku hidangkan kat diaorang. Nengok mulut budak-budak zaman sekarang ni..Geram je aku rasa tau, grrr...

Petang dalam keadaan hujan lebat, gigihkan diri jugak balik rumah mak abah aku, pasal dah janji dengan budak-budak kan. Hujan punya lebat, siap kilat-kilat lagi..Ngeri jugak duduk dalam keta. Lepas tu dalam keadaan cuaca sejuk gitu, teringin pulak nak makan pisang goreng..

Dan nikmatnya bila minum petang dengan mak abah, dapat mengunyah pisang goreng cicah sambal kicap dan jugak jemput-jemput pisang buatan mak..Sedap tak terkata laa... 

Sekian...:)

25.10.11

Boleh panjangkan tak cuti sekolah ni?

Tau tak nikmatnya cuti sekolah? Aku tak cuti pun..Tapi memang nikmat betul bila pasangan kita kerja cikgu tau..

Macam aku ni..Tapi tak taulah kalau orang lain kan..Contohnya macam aku hari ni, terasa sangat nikmatnya bila balik kejap tengahari tadi nengok keadaan rumah yang bersih, lantai siap bermop semua, bilik air pun dibersihkan, kain baju elok berbasuh dan bersidai cantik kat luar, hehe..Nikmat kan?

Tu nasib baik mrhubby belikan lunch je, kalau ada bahan-bahan kat dapur tu, memang dia dah jadik masterchef dah tadi, hehe..

Hmm..Tambah lagi hari cuti sekolah boleh tak? Biar lama-lama awak duduk kat rumah, hati saya pun senang tau..

"awaklah cinta hati saya sampai bila-bila.."

Tolong, dah cedera dah ni..

Eh, aku baru nak update blog ye..Sorrylah kerja banyak. Blogwalking pun belum lagi ni. So untuk permulaan, aku nak letak dulu gambar ni..


Nampak tak segala kecederaan dia? Kesian kan..Macam perlu beli kamera baru ni..Nampak tak pelekat kat bahagian bateri tu? Entah dah berapa kali bertukar pelekat..Sian tau..

Actually lama tak lama jugaklah pakai kamera ni, still boleh guna lagi ni. Tapi tuhla, rasanya perlukan kamera baru, tapi aku takmolah DSLR kan, gabak besar sangat. Untuk aku yang kompak pun ok jer, tapi nak carik yang best la..Korang ada idea? Bukan la nak beli sekarang..

Idea korang aku nak sekarang, tapi beli kamera, nanti dulu. Mana tau kot-kot korang dah pakai kamera canggih dan best boleh lah share kan..Tq.

24.10.11

Amy dalam keadaan stabil..

Tadi aku terima satu komen dari anon yang mengatakan blogger Amy dah meninggal dunia..Kenapa orang suka buat main-main cerita orang meninggal ni, tak baik tau. Nasib aku takmo percaya terus. Dan akhirnya aku terjumpa entry terkini dari BELOG MTT. Boleh klik kat bawah tu yea.

UPDATE - BACA KISAH AMY DI BELOG MTT 

Semoga Amy kembali pulih &  dapat tulis blog seperti biasa



Cakoi dan kaya

Korang pernah makan cakoi? Ala kalau kat pasar malam tu ada jual kan..Aku suka jugak cakoi ni. Semalam adik aku kat bangi tu belilah cakoi  kat pasar tani. So pertama kalinya aku agak terkejut cakoi nya pendek dan comel-comel gitu. Selalu cakoi panjang-panjang, tapi walaupun pendek rasa sedap jugak.

Menambahkan lagi terkejut cakoi tu dimakan dengan kaya..Iyer kaya ye. Memang lainlah dengan yang aku selalu makan dengan sos kan.

Korang biasa makan tak? Makan dengan apa ye?


# Mengharapkan dan berdoa agar Amy dari blog Sinar Raudah akan kembali sihat seperti biasa..#

Kita tak takut..


Kat RnR Air Keroh, zarif sibuk nak gula kapas ni. Kalau ikutkan aku takmo belikan tapi asik dok sibuk merengek je, aku beli jelah, tak kuasa nanti bila dia nak buat muka pastu merajuk lagi..Tapi dia tak makan sampai abis pun...Dalam kereta, perbualan dia dengan abah aku;

Atuk : Zarif, bila makan gula kapas ni banyak, nanti gigi zarif sakit dan kena jumpa doktor gigi..

Zarif : Eh, takperlah, kita memang dah penah cabut gigi pun, kita tak takut doktor pun..

Atuk : Tapi gigi zarif bukan satu, ada banyak tau..

Zarif : Takpe..kita tak kisah, kita tak takut pun kalau doktor nak cabut gigi kita..

See...budak zaman sekarang..Ingat sama macam aku dulu-dulu? Kalau dulu-dulu abah aku takutkan macam tu, aku memang takut pun nak jumpa doktor gigi, tapi sekarang, dah tak boleh takutkan macam tu..Zarif sikit pun tak heran, huhu..

Perangai zarif dan zara sekarang ni sedikit sebanyak memang menguji kesabaran aku dan mrhubby..



23.10.11

Tak ku sangka dah berubah wajah

Alhamdulillah, aku dah pun selamat sampai ke batu pahat semula. Majlis perkahwinan adik aku di sebelah pihak lelaki telah pun selesai malam tadi di salah sebuah dewan di Putrajaya.

Aku takmo cerita pasal majlis tu dulu, yang penting semua dah selesai..Ok, memandangkan esok aku cuti dan mrhubby pun cuti sekolah seminggu, so malam ni aku tido rumah mak abah aku. Zarif dan zara aku cutikan esok jugak, senang, hehe..
Ok, entry kali ni aku nak share pasal perubahan wajah RnR Air Keroh (ni bukan yang jejantas punya). Aku tak sangka RnR ni dah bertukar wajah. Dah cantik dah. Banyak pilihan tempat makan dan kawasannya jauh lebih bersih.

Selalu kalau aku nak pergi KL aku asik singgah RnR jejantas je, tu yang tak tau RnR lama ni dah cantik..Antara yang aku suka adalah tempat solatnya yang terbuka tapi masih tertutup dari pandangan orang luar.

 tempat ambil wuduk..

 kawasan solat - open air

kawasan cermin

Serius aku tak tau dah berapa lama RnR ni dah berubah wajah, so aku agak jakun sampai nak buat entry, hehe..Kawasan tempat makan kat RnR tu, aku tak dapat nak amik gambar la pasal kelam kabut menguruskan anak-anak aku yang dua orang tu.

21.10.11

Finally...

Alhamdulillah, finally dah hari jumaat..So pagi ni aku kena up sikit mental dan fizikal, kena buat kerja 'cargas' sikit, petang dah takde dah..:)

Untuk makluman, dari malam tadi pun aku dah kerja kuat..Eh, jangan fikir lain eh..Kerja kuat tu maksudnya dari ke petang sampai ke lewat malam memang aku pulun mengemas dan melipat kain baju..Termasuklah packing segala kain baju nak pergi KL..Kalau bukan aku ni yang nak mengemas sapa lagi kan..Empat orang aku dok fikir dan mengira helaian baju nak dibawak ke sana. Kurang tak boleh, terlebih banyak pun takmo.

Tu belum masuk kain baju nak dibasuh dan disidai lagi. Paham jelah kan, kebelakangan ni cuaca memang tak berapa nak mengizinkan kain baju tu nak kering serta merta..Hujan kadang waktu tengahari dan petang buat kain baju tu separuh kering separuh lembap..Lagilah ada budak-budak kecik kan..Rumah aku dah macam dobi pun ye gak semalam..Kain kotor pulak bukan makin susut, makin meninggi je..

Finally malam tadi, memang aku jadik supermak la..Habis semua kain baju berlipat, lega rasa hati..Kalau tak dikerah tenaga ni ataupun takde sebab nak ke KL, memang kain baju tu membukit jelah sampailah aku ada mood nak lipat, hehe..

Dan finally kedua..aku lega yang aku belum mengandung lagi, hehe...Insyaallah, mana tau ada rezeki akan datang, sungguh aku suka baby..:)




20.10.11

Oh serius terkejut - Spa Ikan bahaya eh?

Aku baru masuk ofis lepas lunch ni, baik aku masuk kerja awal ni, :)

Lepas tu terpandang pulak tajuk depan Berita Harian - Bahaya Spa Ikan..Terus aku terpaku duduk baca segala inti cerita..Wow!! Sungguh tak sangka yang Spa Ikan tu bahaya..Dan aku bersyukur tak pernah sekalipun aku buat Spa Ikan ni..

Beberapa kali niat tu ada nak buat, mustahil aku takde niat nak ber'spa' ikan ni, tapi yang membataskannya adalah aku ni pemalu. Malu bila nak duduk ramai-ramai buat spa ikan tu..Memang malu la..Itu je yang membataskan aku, tu sebab sampai sekarang ni tak pernah buat pun...

Korang dah tau ke belum? Antara isi berita tu;

Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.

Nak tau lebih lanjut boleh baca suratkhabar berita harian ok..

Cepatlah esok..

Salam hari khamis..Wah, seronoknya dah khamis, hehe. Esok dah jumaat lagi seronok. Sebab esok aku amik halfday, nak pergi KL. Dan bertambah seronok lagi, Isnin depan aku cuti lagi..:) Lepas tu Rabu depan pun cuti lagi (semua orang pun cuti kan hari Rabu tu..)

Takdelah, bukannya suka suki nak cuti, tapi ada sebab. Kali ni sebab majlis kenduri kawin adik aku tu di sebelah pihak lelaki di Bangi..Majlisnya hari Sabtu malam tapi petang esok dah nak bertolak. Lepas tu hari Isnin cuti sebab konon-konon penat, hehe. Tambahan pulak sekolah mrhubby cuti seminggu tu sebab Deepavali kan, so aku pun nak la cuti jugak, tapi sehari jelah..

Sekolah anak korang cuti seminggu tak? Zarif siap cakap kat aku semalam, "Ibu, sekolah kita dapat cuti satu hari je.." "La, memang patut la cuti sehari je, dah zarif sekolah agama PASTI, mana ada budak India kat situ.."

Oklah takde idea nak cerita apa pagi-pagi ni, nanti aku sambung lagi yea..Banyak la pulak benda nak dibuat pagi ni, rasa macam tak cukup nafas..hehe..

19.10.11

Bila si dia semakin cerewet untuk bergaya

Dia memang semakin cerewet. Walaupun umur baru je 6 tahun. Cerewet mengalahkan aku. Lagaknya bersiap memang mengalahkan perempuan. Kadang nampak macam cincai je, tapi bila tiba bab nak keluar berjalan memang tak boleh kalah.

Kalau dia kata, nak gel rambut, gel rambutlah dia. Kalau nak fesyen rambut pacak, maka terpacaklah rambut tu. Tapi kalau takmo stail pacak, nak stail belah tepi, maka belah tepi la rambut tu..Kalau kata nak berstokin dan berkasut, maka berkasutlah dia..

Kalau ikut aku, "Ala..takpayahlah nak stokin-stokin semua, bukan nak pergi sekolah pun, nak makan malam je ni, takde orang nampak pun..lagipun zarif kan kecik lagi.."

Ishh..tak boleh lagi dah..Dah dia nak berstokin, maka turutkan la jugak..Kadang letih nak melayan perangai dia..Cerewet bergaya makin menjadi-jadi, padahal lelaki ni..Kalau dah abang macam tu, adik pun samalah jugak kan..

Aku jugak yang sempoi..Aku memang dah tau dah, semua perangai ni ikut sapa..Maksudnya cerewet nak bersiap dan kelihatan bergaya sentiasa..Aku dah tau dahhh..



# Hari ni agak penat dan tak terkejar pasal ada majlis di fakulti..Terima kasih pada yang sudi baca..#

# Wordless Wednesday 12


Style zara tido

Tak taulah ikut style sapa..Tapi memang rupa inilah kalau dia nak tido..:)

18.10.11

Penat tanya

Aku tak pasti la kalau korang pun macam aku jugak..Aku rasa pernah aku tulis dalam entry sebelum-sebelum ni..

Bagi yang mereka bekerja ataupun mungkin yang tak kerja, ada tak mengalami situasi, asiklah sibuk tanya "hari ni berapa hb eh?" Padahal kalendar depan mata kot..Bukan kalendar kecik, kalendar besar lagi, terang dan jelas boleh nampak tarikh dan harinya.

Tambah lagi, kat hujung desktop tu pun jelas menunjukkan masa dan tarikh kan..Tapi kenapa masih sibuk nak tanya "berapa hb hari ni?" Aku ni lagi senang kot kalau orang tolong jawabkan, sengal kan..Agaknya officemate aku ni dah naik menyampah nak jawab tarikh hari ni tau..:)

Ada tak yang macam aku? Ada tak? Yang sibuk je tanya ---- "hari ni berapa hb?" Bukan hari ni je tau aku tanya, hari-hari..Sakit ke tu?

Sifat murni dalam diri

Aku tau hampir kebanyakan blog buat entry mengenai kisah budak 2 tahun yang dilanggar tapi tak dipedulikan orang ramai..Entahlah yea, aku tak nengok pun klip video tu pasal aku tak sanggup. Aku tak sanggup nengok dan emosi aku terganggu. Lagi-lagi yang melibatkan budak-budak. Lagi pulak umur 2 tahun lebih kurang umur zara je.

Nak komen banyak pun aku tak tau. Cuma yelah kan, pelik dunia di akhir zaman ni, masing-masing dah tak punya perasaan. Masing-masing lebih rela memerhati dan mementingkan diri sendiri. Aku takmo cakap pasal orang lain, aku nak cakap pasal diri sendiri je. Harapnya aku masih punya perasaan kasihan dan belas, dan jugak masih punya perasaan untuk membantu orang lain. Aku cukup takut kalau dengan gaya hidup masa sekarang membuatkan aku makin jauh dari sifat-sifat murni tersebut.

Jangan kata orang yang kena langgar la, nilaikan diri kita, andaikan kalau kita nampak anak kucing yang nak melintas jalan dalam keadaan takut-takut di jalan besar yang penuh dengan kereta lalu lalang, mampukah kita berhenti kejap dan selamatkan anak kucing tersebut ke tempat lain? Tanya diri sendiri dulu..

Takkan la kita nak kata "ala, tu binatang je, bukannya orang pun.." Masalahnya baik manusia ke mahupun binatang, yang penting sifat murni dalam diri itu yang kita kena semai..

Berdoalah pada Tuhan supaya kita semua masih punya sifat-sifat yang murni dan tunjukkan kebaikan dalam diri pada anak-anak kita supaya sifat-sifat itu terus kekal diwarisi, meskipun zaman kian berubah.

Alahai zarif..

Ok..hari ni kalau boleh takmo cerita pasal zarif lagi, tapi tak boleh elak pasal ada kisah yang berlaku semalam..

Kisah petang semalam lepas dia balik sekolah;

Aku : Zarif, macamana periksa ok tak?

Zarif : Ok je..cuma bahasa melayu tu kita salah eja kat perkataan TUPAI

Aku : Salah eja?

Zarif : Aah

Aku : Zarif eja macamana TUPAI tu? Kan senang je eja TUPAI..

Zarif : Kita eja T.U.P.I.H.

Aku : Ha? (Rasa macam nak marah tapi akhirnya tergelak..)

Aku : Kan hari-hari Zarif belajar mengeja, baca buku asik mengeja tak sudah-sudah, eja TUPAI pulak boleh salah..

Zarif : Ala..kita kan jawa, sebab tu kita eja TUPIH..

Banyaklah jawa kan si zarif ni..Takde maknanya..Lepas tu perbualan disambung lagi;

Aku : Bahasa Arab pulak macamana? Ok tak?

Zarif : Bahasa Arab tu oklah..Kita ingatkan soalannya susah-susah, rupanya senang je..Bolehla..

Ishhh..geram betul aku dengan jawapan zarif ni..Confident je, nanti aku tunggu dia dapat keputusan, ntah ye ke tak..:)




17.10.11

Sekali lagi tentang zarif

Pagi ini zarif menduduki peperiksaan akhir tahun sekaligus peperiksaan yang terakhir sekolah tadikanya. Lepas ni dah takde sekolah tadika lagi, maklumlah akan sekolah betul kan..

So pagi-pagi lagi dah kejutkan bangun tido, sebelum tu aku dah siap-siap kemas beg sekolah dia dan pastikan segala peralatan menulis dia serba mencukupi. Tau jelah anak lelaki kan..Sapa ada anak laki bersekolah mesti tau kan..

Lepas tu, macam biasalah, segala pesanan aku sampaikan pada dia.."Ni peperiksaan last kan, jadi kena buat yang terbaik, tak dapat no. 1 pun takpelah, janji mesti dapatkan semua A, barulah apa yang zarif nak, ibu abah boleh dapatkan..bla..blaa..blaa.." Punyalah panjang pesanan aku tu, mengalahkan anak nak amik SPM la..hehe..

Tapi kan..tau jelah..Ibu dan abah je lah yang bersungguh-sungguh..Bila tanya kat dia, dah baca buku? Sokmo jawapannya dah je..Macam orang takde masalah langsung..Mungkin sebab sekolah tadika kot, :)

"Abis boleh dapatkan A tak ni?" Macam biasalah jawapannya mestilah BOLEH kan..Bagus le..Itulah satu-satunya sifat terpuji zarif ni..Sentiasa YAKIN BOLEH..:)

Mudah-mudahan anak ibu dapat buat yang terbaik dan dapat menjawab soalan peperiksaan hari ni tanpa masalah. Pagi ni periksa Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

"Ibu, kita ngompol la.."

Hai..setelah sekian lama, akhirnya anak bujang aku boleh la pulak terlajak ngompol hari Ahad semalam..Tau tak ngompol apa? Bagi yang tak tau tu, ngompol tu terkencing atau dalam bahasa baik nya terbuang air kecil..

Sekali dia buat, waktu pagi kat rumah aku, dan kali keduanya waktu petang di rumah mak aku..Memang terbaikla, huhu..

Macam aku cakap la tadi, setelah sekian lama..Agaknya semalam pun cuaca ala-ala dingin gitu. Kat rumah aku takde aircond pun, boleh terlepas jugak..Kat rumah mak aku memang patut la kot dia ter'ngompol' pasal tido bukak kipas dan aircond kan..Habis kena kat cadar pengantin, hehe..

Oklah..sekian dulu pembuka kisah pagi ni yea..Nanti kita sambung lagi..

16.10.11

Hujan dan ragbi

Apakah aktiviti di hari Ahad ni? Dengan cuaca yang ala-ala sejuk sebab baru lepas hujan kan..Aku kat rumah mak abah aku kat bandar, lepas maghrib nanti baru balik ke parit raja semula..

Sebenarnya baru je bangun dari tido, haha..Empat beranak tido dalam bilik yang sejuk, dahlah hujan, bukak pulak aircond dengan kipas, amik la ko..Sejurus bangun tido je, terus bukak tv dan chanel sukan perlawan ragbi antara team All Black (New Zealand) dan team Wallabies (Austaralia)..

Sukalah mrhubby team All Black menang..aku tak faham game ragbi ni, aku tolong bukakkan chanel tu je, hehe..So, game final minggu depan pada 23/10, antara team New Zealand dan Perancis..

Hari ni jugak dengan baik hatinya aku buat kuih bingka jagung lagi..Ala senang je, main kacau-kacau je..Tapi mintak maaflah tak sempat amik gambar, dah tinggal sikit je..
Pasal cuaca pun yang macam dingin-dingin ni, tak ada hati nak keluar rumah la..Duduk rumah sambil makan-makan pun syiok kan..:)

Oklah sebelum aku abiskan entry ni, amiklah gambar ikhlas dari anak-anak aku..Tetiba anak jadik 3 orang la pulak..:)

Sesungguhnya anak-anak adalah penghibur hati ibu dan abah..






15.10.11

Damai di hujung minggu

Selamat pagi hari sabtu. Pagi yang damai untuk aku, terima kasih Tuhan kerana aku masih bernafas di sini.

Kalau minggu lepas pastinya menjadi hari yang sibuk untuk aku dan keluarga kerana menguruskan majlis perkahwinan adik tapi sebaliknya hari ni.

Ni budak-budak pun masih tido sementara mrhubby dah ke sekolah kerana ada majlis anugerah graduasi sekolah. Dan mrhubby salah seorang penerima anugerah kualiti untuk pengurus ragbi terbaik kalau tak silap, dah 4 tahun berturut ni, cam takder orang lain la pulak, huhu..Apapun tahniah yea sayang..

Oklah selamat menjalani rutin hujung minggu..Hari ni pun aku nak pantau zarif belajar, minggu depan dah exam dah, lepas ni dah takde sekolah tadika, tahun depan dah darjah satu..

Ok, tata, hari ni nak masak sedap-sedap..nanti kalau rajin aku share la kat blog yea..
Published with Blogger-droid v1.7.3

14.10.11

Kata hati

Serius, aku baru lepas nangis..
Tak tau macamana nak cakap perasaan aku sekarang ni..

Paling utama, aku ada blog dan mereka-mereka yang tersayang..
Haihh, hati aku ni memang cair betullah..

Dah..lepas ni tutup facebook, nak tulis apa pun tak boleh!!

Kemahiran : sila share

Salam pagi jumaat kawan-kawan semua..

Untuk pengetahuan semua, minggu ni adalah minggu yang agak tekanan sikit la pada aku. Tekanan datang dari pelbagai sudut. Tapi sebagai manusia yang berfikiran positif, aku cuba menangani keadaan tersebut seadanya, alhamdulillah.

Sampai ada ketika aku terasa macam nak berenti kerja je. Confirmlah mak abah aku mengamuk dan membebel kalau aku nak berenti kerja kan..Dengan ekonomi yang tak stabil lagi ni. Tapi percayalah bukan sekarang kot kalau nak berenti tu, mungkin 2 atau 3 tahun sebelum jejak umur 60 tahun, hehe..Maklumlah nanti mesti dah nak kena sign pencen 60 tahun kan..hmmm..

Tetiba macam terbukak hati nak belajar sesuatu kemahiran yang mampu menjana pendapatan sampingan. Bukanlah nak jadi kaya..Tapi point nya di sini adalah KEMAHIRAN. Belajar something yang boleh buat kita enjoy, takdelah buat benda serupa je kan..Kalau korang tanya kemahiran yang aku ada, rasanya MENAIP je kot..Pasal aku setiausaha kan, menaip je paling pantas.

Rasanya lepas ni aku nak belajar buat pastri ke coklat ke atau cookies ke..So, i will learn from A to Z..Insyaallah, kali ni memang serius ni..Sebenarnya pun aku terinspirasi dari kesungguhan adik aku sendiri yang tak reti menjahit sampai boleh buat bisnes sendiri..Yang penting dia enjoy..Aku tau buat kerja apapun berisiko, but the term is ENJOY kalau dapat buat benda yang kita minat kan..

So di pagi yang mulia ini, boleh tak korang share, apakah KEMAHIRAN yang korang ada instead of blogging..Pasal memang ramai yang terer blogging kan..Lain dari blogging la..Contoh : gunting rambut ke, ajar anak orang mengaji ke, lukis porcelain ke, jahit manik ke, buat wiring ke dll...Rasanya setiap orang pasti ada kemahiran tersendiri kan..Share please, mana tau kemahiran yang korang ada boleh memotivasikan aku..Thank you!



13.10.11

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu



Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


# Insyaallah last entry untuk hari ni, bagi lagu je..Tengah feeling jiwang dengar lagu ni, takde maksud apa pun..Saja suka-suka..

Nasi Minyak vs Nasi Beriani

Boleh bagitau tak bezanya?

Beza sebutan je ke? Rasa sama ke lain?
Serius aku tak tau bezanya, makan je tau..Rasa kalau pergi rumah orang kawin memang selalu sebut nasi minyak je. Nasi beriani takyah tunggu orang kawin, banyak kedai ada jual..

Tapi aku makan rasa sama je..Ke memang sama nasi minyak dengan nasi beriani ni? Sapa yang pakar tolong jelaskan...

Terima kasih banyak-banyak.

Yea, dia yang buat semuanya

Salam pagi khamis, hai kejap je masa. Last week kan aku cuti..

Ok, ni nak cerita pasal dress putih dan cekak rambut yang zara dan anak sedara aku nasya pakai masa wedding adik aku hari tu..Tak perasan ke? Meh nengok gambar..

sorry, gambar cam tak jelas sangat kan..

Yup, truely dress dan cekak rambut tu adik aku yang buat..Adik aku tu buat bisnes online kan. Rasanya dah pernah aku cerita sebelum ni.

 ni antara item yang diniagakan (buat sendiri tau)

Mai, adik no. 2 aku

So for those yang ada anak kecik tak kiralah boy ke gegirl ke, nak tempah sunhat (especially), bolehlah pergi ke web dia - okinokiyo.com atau terjah ke blog dia okinokiyo.blogspot.com

12.10.11

Kalau dapat, memang kena tumbuklah..

Rileks..jangan gelabah dengan tajuk tu..Bukan mrhubby nak tumbuk aku..Sampai hati dia kan, kalau nak tumbuk aku, hehe..

Kisahnya malam jumaat lepas, mak abah aku buat majlis tahlil sempena kenduri kawin adik aku tu kat surau...Majlis tahlil tu berjalan dengan baik dan lancar, alhamdulillah.

Part yang tak best, bila mrhubby dah balik dari tahlil dan bila kitaorang berhajat nak keluar ke kedai naik kereta, mrhubby dah rasa tak best bila nengok but kereta belakang dah terbuka..Mrhubby dah confuse, sebab seingat dia, memang kereta berkunci dan dia tak bukak pun but kereta tu.

Bertambah rasa cuak bila aku nak masuk kereta, pintu depan sebelah driver tak berkunci dan macam terbuka jugak..Ermmm, terus check dalam kereta dan sahih PSP game yang aku hadiahkan mrhubby dua tahun lepas lesap..PSP tu zarif yang main lepas tu dia letak je dalam kereta, so apa lagi...

Haihh, aku memang peliklah orang ni..Memang tak tau kerja siapa. Tapi suspect rasanya budak-budak la..Aku syak diaorang aim nak amik laptop tapi tak dapat, so rezeki diaorang dapat PSP la..Yang pelik tu alarm kereta tu boleh tak bunyi la pulak..

Hmmm..takperlah, benda dah hilang kan, nak buat camana..Pandai betul diaorang ni amik peluang tapi amik peluang pada benda yang tak betul...

Tu yang mrhubby rasa bengang jer, dia kata kalau dia dapat orang yang masuk keta dia, memang nak tumbuk jer..






# Wordless Wednesday 11



Dua orang budak perempuan comel..:)

Bila hasil berbaloi

Alhamdulillah zara makin baik..Walaupun meragam sikit malam tadi tapi lebih baik dari malam kelmarin dan takde pun muntah-muntah. Lagi berselera nak makan adalah.

Ok, terima kasih pada yang komen semalam cakap pelamin adik aku tu cantik. Aku admit la memang cantik pun..


Adik aku ni cerewet sikit. So serba serbi nak nampak cantik, jadi berbaloilah dengan duit belanja yang dikeluarkan tu..

Ok, kalau korang nak tau pelamin ni dibuat oleh Syura dan krewnya. Syura? Tak kenal? Ala bekas penyanyi tu..Korang google je. Penyanyi lagu Nazam Berkasih. Dia ni banyak nyanyi lagu ala-ala tradisional. Dah bertudung dah sekarang ni dan cantik walaupun tengah mengandung anak ketiga kalau tak silap.

Syura ni duduk Johor Bahru dan buat bisnes andaman dan perkahwinan ni. Adik aku cakap cuma Syura je faham citarasa dia dan sanggup layan karenah dia yang cerewet tu..

Boleh je nengok web dia di syurabridalhouse.webs.com ataupun cari kat facebook Syura Bridal House.


11.10.11

Sakit tiba-tiba..

Malam tadi aku tak dapat nak tido nyenyak. Sebab apa? Sebab zara tetiba merengek macam rengsa satu badan dan muntah tak pasal-pasal. 

Semuanya macam tiba-tiba..Aku pun rasa macam "eh, kenapa adik ni?" Salah makan ke apa ke? Muntah tu bukanlah banyak pun..Adalah keluar balik air milo yang dia minum kat umah mak aku. Tapi aku memang syak perut dia angin la..Dan lagi satu mungkin sebab penat sangat..Yelah kan, dari khamis lepas sibuk je, bukanlah dia menolong buat kerja macam orang dewasa buat, tapi budak kecik kan, mana sama tenaga dengan orang dewasa.

Sampai pukul 3 pagi tadi, aku tido on off. Letak terus satu baldi dalam bilik, letak tuala spare banyak-banyak dalam bilik. Yea, mungkin perut dia tak sedap. Lepas pukul 3 pagi dia bangun mintak minum air masak 2 kali, itupun muntah jugak. Lepas dari tu, terus dia letih dan tido sampai pukul 7 pagi tadi.

Pagi ni dia bangun macam ok dan aku hantar taska. So far pengasuh kata dia ok dan makan semua ok, takde muntah-muntah pulak. Insyaallah petang ni aku nengok keadaan dia camana. Ingat nak beli minyak Yuyi  boleh sapu-sapu kat perut dia, kan..

Sampai satu tahap aku ingat aku ni pregnant pulak. Kata orang bila anak kita merengek tak tentu pasal, manja semacam lepas tu nangis dan muntah-muntah, mungkin ibunya mengandung, ni kata orang la..

Yelah kan tetiba je zara merengek, lepas tu tak boleh berenggang dengan aku. Lepas tu beberapa hari ni cengeng semacam je, asiklah nak menangis..Dah tu malam tadi muntah-muntah pulak..Tapi aku ok jer, takde perangai yang pelik-pelik pun..

Haraplah zara cepat sihat..

ni gambar zara tido lepas penat main

Dah cukup..ni je ok.


 alala..sweetnya..

 3 orang cucu mak abah 

 adik beradik kecuali pasangan pengantin

 konon berangan nak bersanding berdua,
tapi kena himpit pulak dengan dua orang puteri ni..

pengantin bersanding di dewan
(gambar ni dari kamera syafiq)

Sungguh, ni jelah gambar yang aku mampu letak..hehe..Penat mata ni nengok gambar, bertambah sakit hati bila ada gambar yang blur dan pecah..Kesian pakai kamera murah..Kalau ada DSLR cam syafiq tu  lain cerita..

Kalau rasa-rasa nak tau citer pasal adik aku yang kawin ni, boleh la follow story dia kat sini..



Jalan bersimpang siur....

Pause jap pasal cerita kawin adik aku..Ni nak citer jap pasal jalan Kluang - Air Hitam ni. Memang menduga kesabaran la sekarang. Aku duduk parit raja je, tapi bila nak balik ke bandar rumah mak abah aku memang bercinta la..

Sapa yang belajar atau kerja kat UTHM lagilah tau kan keadaan jalan besar tu camana. Sekarang jalan besar tu kira macam highway la kan. Ada 4 lorong. Tapi sekarang diaorang tengah sibuk nak betulkan jalan tu termasuklah nak buat divider. Tau jelah kan, jalan 4 lorong tapi banyak sangat simpang kiri kanan nak masuk kampung..Tengah sedap-sedap drive laju-laju, tetiba ada pulak kereta nak belok kiri la, ke kanan la..So, sekarang tengah nak buat divider dan banyak kan penggunaan u-turn untuk keselamatan..

Aku memang menyokong la nak buat penambahbaikan jalan besar ni, tapi proses nak buat benda ni semua memang makan masa. Dah tu buat kerja ni siang-siang hari..Kadang-kadang memang sesak la jalan terutama time balik kerja, kena pulak bila aku nak ke bandar..Tau jelah kawasan kampung cam gini, dengan budak sekolahnya, budak u, budak kktm..Minggu lepas kan ada budak sekolah meninggal dunia kena gilis dengan trailer..Memang tragis la..

Sebab tulah sekarang aku naik satu kereta je, tak yakin sangat la nak drive kecuali kalau terpaksa memang tak boleh elak la..

Kesimpulannya, demi kebaikan masa depan terpaksalah bersusah payah menempuh keadaan jalan Kluang - Air Hitam ni sekarang..Insyaallah bila dah ok, semua orang dapat merasa kebaikannya dan kuranglah risiko kemalangan maut..

10.10.11

Meh nengok gambar lagi..




Hari ni kan memang lazy monday untuk aku la..Sebenarnya kan, aku belum ada mood lagi nak update mahupun nak baca blog lagi..Just nengok-nengok je..Ni pun aku gigihkan diri jugak nak letak gambar, hehe. Bukan apa, badan ni masih penat lagi..Kalau dapat berurut ataupun dapat pergi foot massage ni, memang masyuk la kan..:)

Untuk pengetahuan adik aku ni bertunang beberapa minit sebelum bernikah, tu yang ada mak mertua dia sarungkan cincin tu..Ok, later on aku update lagi gambar, kali ni aku akan letak besar-besar pasal ada gambar aku..:)

9.10.11

Intro..

Phewww...........alhamdulillah selamat sudah segala-galanya. By this time suara aku pun hampir hilang, dah mula serak pun. Badan ni dah tak boleh cakap lagi la, serius kepenatan yang amat ni..Tapi esok dah kerja, ermm, perlu tak nak cuti lagi eh? hehe..Ok, kalau serius penat pun,  mungkin aku amik half day je kot, kot laa..

Ok..dah bertambah dah ahli keluarga aku lagi..You are most welcome to our family, Muhammad Alif.

 adik ipar baru..:)

kedua mempelai

Gambar lain nanti dulu, bakal menyusul kemudian..Nasib hari ni hari Ahad, bolehlah rileks sepuas-puasnya..

7.10.11

Baru hari Jumaat eh..

Punyalah aku ingat hari ni hari sabtu..huhu, terlupa pulak kan aku cuti dua hari..Rupanya baru hari jumaat eh..:)

Ni aku update jap je. Fuh, malam tadi buat kerja sampai ke lewat malam, sakit badan dan tulang belakang ni ha..Bukan aku je, tapi semua orang la. Mrhubby, adik ipar dan abah aku lagi la, toksah cakap..Sian kat diaorang mengangkut dan mengalihkan perabot, bentang karpet semua..

Aku siap dah mengeluh bagai tetiba abah aku sound, "Macam nilah dulu awak huda masa kahwin..tapi awak tak nampak dan tak rasa kan...Sekarang baru awak rasa penat kan.."

Yelah, aku akui tu..Dah nak buat majlis kawin, kalau tak penat memang tak logik la kan. Untuk makluman, majlis nikah adik aku ni je buat kat rumah, tapi majlis bersanding dan jamuan makan tu kat Dewan Jubli Intan Batu Pahat.

Oppss..hari ni walaupun sibuk-sibuk, tetap aku tak lupa yang hari ni adalah hari Pembentangan Bajet 2012..Hari yang ditunggu-tunggu. Harap-harap adalah cerita yang baik untuk semua rakyat Malaysia...

Minta maaf ye, memang takkan sempat nak blogwalk korang..Nanti habis majlis aku qada' baca semua entry korang tau..Tata..

6.10.11

Aura sibuk



Aku ni sesambil dok kemas sambil update blog jap ler..Guna phone je pun, huhu..

Saja nak letak gambar mrhubby tersayang ni. Bagi kredit la kat dia, tolong isikan kerepek pisang kan..:) At least nampaklah dia gigih tolong mak aku, hehe..Sebenarnya mak aku tak suruh mrhubby pun, aku yang suruh pasal aku rehat jap..huhu...

Aura-aura sibuk sudah terasa..Tapi agak enjoylah kenduri sambil rewang-rewang gini kan..

Aku masih di parit raja, mrhubby dan budak-budak sekolah lagi..Lepas zohor ni baru gerak balik ke Batu Pahat..

Sekian..
Published with Blogger-droid v1.7.3

5.10.11

Cuti tak bermakna tak aktif..

Serius, non stop aku buat kerja hari ni..Tak boleh berhenti. Konon nak jadi pekerja berhemah la kan. Masa yang ada diisi sebaik mungkin. Takmo lah time aku takde nanti, kerja banyak dan menyusahkan orang lain..Tapi memang tak boleh habis, huhu.

So, esok aku akan bercuti. Dan, tidak bermakna aku bercuti maksudnya aku tak jengah blog..Sibuk-sibuk jugak, tapi asal ada masa je, aku jengahlah kejap ok..

Doakan supaya majlis perkahwinan adik aku berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu nanti, insyaallah.

Ada gambar-gambar yang menarik nanti aku akan postkan ke blog okeh..Tata semua..:)

Mata kitaorang lain-lain

Belum pindah rumah baru tapi kitaorang dah bertekak..Kitaorang dah tentu lah aku dan mrhubby kan. Tapi bukanlah bertekak bergaduh sakan. Bertekak menegakkan pendapat masing-masing..Yang sorang kata nak cam gitu, yang sorang lagi nak cam gini..

Mujur masing-masing bersetuju dengan konsep minimalis. Yup, kitaorang kalau boleh takmo hiasan rumah sarat-sarat dan banyak barang. Minimalis cukup saja. Lagi kurang barang lagi kitaorang suka. Tapi tulah, konsep je sehati dan sejiwa, tapi part barang-barang nak beli nak susun atur macam tak serasi. 

Macam aku cakap belum pindah lagi tau, baru berangan dan main lukis-lukis kat buku, baru nengok-nengok majalah deko, tapi dah bertekak, huhu..Camana ni?

 dapat bilik tido cam gini best jugak kan?

 simple but nice

Insyaallah akan pindah pertengahan tahun depan, tapi dari sekarang dah merancang..Rumah kitaorang tak besar pun, kecik je..Tapi tuhlah, nak capai keserasian tu tak mudah..Haishh, kena bincang baik-baik lagi..Tapi aku asik nak menang je, memang payahla kan..huhu..

Gambar ihsan google..

# Wordless Wednesday 10

Pengganti missbby..:)

4.10.11

Kisah zara dan telur

Zara adalah peminat tegar telur. Tak kisahlah telur apa sekalipun. Pantang kalau mak abah aku pergi rumah orang kawin, dia tak berapa heran sangat dengan jajan yang dapat. Tapi dia lebih teruja kalau mak aku hulur telur orang kawin.

Actually tak elok pun makan telur secara berlebihan kan. Zara pun bukannya makan hari-hari. Dan kalau zara kena eczema, ada allergic or gatal-gatal, memang kena kurangkan atau stop makan telur untuk sementara (itu dr yang pesan le..).

So, bila zara ni suka makan telur (kalau telur rebus / telur pindang), aku lebih suka kopekkan kulit telur tu untuk dia. Yelah kan, dia kan budak kecik lagi, nanti kalau kopek confirm bersepah-sepah kulitnya tu..Aku dahlah tak suka sepah-sepah ni semua, hinggalah petang ahad lepas;

 dia nak kopek sendiri..huhu

bangga bila berjaya..

Aku pun suka dia buat sendiri walaupun dalam masa yang sama aku tak suka dia buat sepah. Kadang aku nak control dia, tapi aku lupa dia makin besar dan ada keinginan nak mencuba sesuatu yang baru..

Hmm..kenapa zara cepat membesar??

Pening kepala..

Maaf yea..Actually petang semalam patut aku dah publish satu entry..Entah macamana boleh jadi draft la pulak, sabar jelah..Aku dah delete pun entry tu.

Cuma nak bagitau je yang aku tak sihat dan tak dapat nak blogwalk sangat semalam. Serius, aku memang pening kepala tetiba je. Sakit yang amat, so aku terpaksa amik half day petang semalam dan rest kat rumah. 

Dan bertambah teruk bila ke malam, aku takde selera nak makan, lepas tu rasa loya nak muntah-muntah la pulak, tapi tak muntah pun. Macam rasa nak makan asam la pulak kononnya, tapi aku tak makan pun. Last-last aku cuma mintak mrhubby belikan air twister anggur dan roti butterscotch gardenia tu.

Pagi ni masih lagi pening kepala tapi terkawal la. Aku tak amik pun panadol lagi. Selagi boleh control, aku control dulu..Kalau betul sangat tak tahan baru amik pil.

Actually aku memang ada problem low blood. Tapi ok lagi ni...Nanti aku update entry lagi eh..

3.10.11

Cerita hari ini

Bestnya hari Isnin..Hehehe. Selalu orang tak suka hari Isnin kan, tapi kita kena tukar cara tu..Punyalah excited nak pergi kerja, macam ada apa-apa je..:)

Sebenarnya takde apa-apa pun. Excited sangat sebab nak isi borang cuti, hehe. Maklumlah aku punya 3 hari je untuk kerja dalam minggu ni. Khamis dan Jumaat dah cuti. Tu yang excited tu..:)

Dan dalam tempoh 3 hari ni jugak, aku kena settlekan kerja apa-apa yang patut, kalau boleh takmo susahkan kawan aku, kalau bolehlah. Tapi sebenarnya kita terpaksa menyusahkan jugak orang lain walaupun kita tak suka, ye tak? Kesian kat bos-bos aku kena tinggal la 2 hari nanti, aku takde nak tolong-tolong diaorang, hehehe...

Oklah, ni aku letak gambar zarif semalam. Rasanya dalam blog aku ni, jarang sekali aku nak letak gambar zarif kan..Bukan aku tak suka, tapi dia yang takmo bergambar sangat.

Mentang-mentang mrhubby sibuk dengan pertandingan ragbi budak sekolah, tu yang dia belikan sehelai baju untuk zarif..:)



So, dalam beberapa tahun lagi zarif ni layak la main ragbi kan? Badan dah ada dah tu, hehe..







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...