19.10.11

Bila si dia semakin cerewet untuk bergaya

Dia memang semakin cerewet. Walaupun umur baru je 6 tahun. Cerewet mengalahkan aku. Lagaknya bersiap memang mengalahkan perempuan. Kadang nampak macam cincai je, tapi bila tiba bab nak keluar berjalan memang tak boleh kalah.

Kalau dia kata, nak gel rambut, gel rambutlah dia. Kalau nak fesyen rambut pacak, maka terpacaklah rambut tu. Tapi kalau takmo stail pacak, nak stail belah tepi, maka belah tepi la rambut tu..Kalau kata nak berstokin dan berkasut, maka berkasutlah dia..

Kalau ikut aku, "Ala..takpayahlah nak stokin-stokin semua, bukan nak pergi sekolah pun, nak makan malam je ni, takde orang nampak pun..lagipun zarif kan kecik lagi.."

Ishh..tak boleh lagi dah..Dah dia nak berstokin, maka turutkan la jugak..Kadang letih nak melayan perangai dia..Cerewet bergaya makin menjadi-jadi, padahal lelaki ni..Kalau dah abang macam tu, adik pun samalah jugak kan..

Aku jugak yang sempoi..Aku memang dah tau dah, semua perangai ni ikut sapa..Maksudnya cerewet nak bersiap dan kelihatan bergaya sentiasa..Aku dah tau dahhh..



# Hari ni agak penat dan tak terkejar pasal ada majlis di fakulti..Terima kasih pada yang sudi baca..#

8 comments:

  1. ya Allah, comeinyer..

    pipi tembam tu rasa mcm nak gigit je :)

    ReplyDelete
  2. sama cam ank sedara.. nk buat rambut pacak2..nk pakai sluar pnjang

    ReplyDelete
  3. haha sama la macam dirumah tu...

    ReplyDelete
  4. syahmi pun kdg2 fussy gak nk bgaya tapi yg paling fussy adalah sarah..heheheh..kdg2 pkr2 err ikut ibu dia gak...tapi pkr byk kali ayah dia pun fussy gak haaa lagi ssh hahahah

    ReplyDelete
  5. ikut abah dia ke huda?....hihihi

    ReplyDelete
  6. Dia pon nak bergaya jugak kan.. Baru nak stylo.. Hehehe :D

    ReplyDelete
  7. sebijik perangai mcm anak2 saya tu...adoi la...

    ReplyDelete
  8. baca tajuk ingat si kecil zara yang cerewet bergaya..rupanya abangnya zarif..hihi..

    mesti suami akak smart2 je, jadi zarif pun ikut smart2..hihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...