2.10.11

Persiapan sebelum tibanya waktu itu..

Ni aku dah kat rumah mak aku. Adik aku yang bakal bergelar pengantin, insyallah pada hari sabtu depan pun dah balik sini petang semalam. Dia cuti seminggu dan bakal membuat persiapan bersama-sama mak dan abah aku..Rumah mak abah ni pun dah macam huru hara rasanya.

Aku akan mula bercuti khamis dan jumaat depan untuk sama-sama buat persiapan perkahwinan. Last adik aku kawin tahun 2005. Selepas 6 tahun tu baru nak buat majlis lagi..Agak berdebar jugak walaupun bukan aku yang kahwin..

Kali ni majlis bersanding buat di dewan, hanya majlis nikah saja di rumah. Kononnya takmo penat-penat la kan. Logiklah, mak abah aku pun dah berumur..Aku pun penat nanti nak kemas kat rumah, huhu. Untuk nikah je, oklah kot.


Sesambil isi kerepek dalam bekas plastik, sesambil tulah mulut tak berhenti mengunyah..Bukan budak-budak ni je, aku pun sama..Percayalah sesapa yang dah mula makan kerepek, sumpah dia tak boleh berhenti mengunyah, kan??

1 comment:

  1. mmg letih gile huda..buat kat dewan okay le senang..kat rumah mmg kaki tangan bdan semua sakit2 kang hahahaha..tapi best gile n puas bila semua dpt buat sndiri :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...