16.10.11

Hujan dan ragbi

Apakah aktiviti di hari Ahad ni? Dengan cuaca yang ala-ala sejuk sebab baru lepas hujan kan..Aku kat rumah mak abah aku kat bandar, lepas maghrib nanti baru balik ke parit raja semula..

Sebenarnya baru je bangun dari tido, haha..Empat beranak tido dalam bilik yang sejuk, dahlah hujan, bukak pulak aircond dengan kipas, amik la ko..Sejurus bangun tido je, terus bukak tv dan chanel sukan perlawan ragbi antara team All Black (New Zealand) dan team Wallabies (Austaralia)..

Sukalah mrhubby team All Black menang..aku tak faham game ragbi ni, aku tolong bukakkan chanel tu je, hehe..So, game final minggu depan pada 23/10, antara team New Zealand dan Perancis..

Hari ni jugak dengan baik hatinya aku buat kuih bingka jagung lagi..Ala senang je, main kacau-kacau je..Tapi mintak maaflah tak sempat amik gambar, dah tinggal sikit je..
Pasal cuaca pun yang macam dingin-dingin ni, tak ada hati nak keluar rumah la..Duduk rumah sambil makan-makan pun syiok kan..:)

Oklah sebelum aku abiskan entry ni, amiklah gambar ikhlas dari anak-anak aku..Tetiba anak jadik 3 orang la pulak..:)

Sesungguhnya anak-anak adalah penghibur hati ibu dan abah..






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...