3.10.11

Cerita hari ini

Bestnya hari Isnin..Hehehe. Selalu orang tak suka hari Isnin kan, tapi kita kena tukar cara tu..Punyalah excited nak pergi kerja, macam ada apa-apa je..:)

Sebenarnya takde apa-apa pun. Excited sangat sebab nak isi borang cuti, hehe. Maklumlah aku punya 3 hari je untuk kerja dalam minggu ni. Khamis dan Jumaat dah cuti. Tu yang excited tu..:)

Dan dalam tempoh 3 hari ni jugak, aku kena settlekan kerja apa-apa yang patut, kalau boleh takmo susahkan kawan aku, kalau bolehlah. Tapi sebenarnya kita terpaksa menyusahkan jugak orang lain walaupun kita tak suka, ye tak? Kesian kat bos-bos aku kena tinggal la 2 hari nanti, aku takde nak tolong-tolong diaorang, hehehe...

Oklah, ni aku letak gambar zarif semalam. Rasanya dalam blog aku ni, jarang sekali aku nak letak gambar zarif kan..Bukan aku tak suka, tapi dia yang takmo bergambar sangat.

Mentang-mentang mrhubby sibuk dengan pertandingan ragbi budak sekolah, tu yang dia belikan sehelai baju untuk zarif..:)



So, dalam beberapa tahun lagi zarif ni layak la main ragbi kan? Badan dah ada dah tu, hehe..







9 comments:

  1. wahhh dah pakai baju ragbi dah dia..nnt leh jadi mcm fahrin ahmad hehehe :)

    patutla dia smangat nak keje..dah nak cuti rupanyer huhu..mesti boss senang approve ni kan dear?

    ReplyDelete
  2. rasuah la bos bos tu tshirt rugby...

    ReplyDelete
  3. mama excited nak cuti.. zarif pun sure excited dgn baju baru kan.. selamt bercuti nnt yer..

    ReplyDelete
  4. tak kira org berkerja atau

    tidak berkerja

    kalau ingat nak cuti saje

    mesti rasa teruja lebih :)

    ReplyDelete
  5. memang ada tokoh jd pemain rugbi si zarif ni,kalau anak akak Aqil,mau kena lenyek je...hihi

    p/s: lg tadi cuba masuk blog huda tak dapat, dia tulis,blog has been removed,terkejut juga,nasib baik petang ni dah ok...

    ReplyDelete
  6. Pasti boleh cuma masa sahaja yg belum sampai...cantik t-shirt tu...satu jer ke?

    hehehe!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...