28.10.11

Happy Birthday dear..

Yeay!! 28/10 maka genaplah 34 tahun mrhubby...Lagi 6 tahun nak 40 tahun, ohh..

Ok, seriously setiap kali birthday mrhubby, aku memang tak tau nak bagi apa. Pasalnya dia orang yang cerewet. Cerewet you..Nak beli kek pun cerewet tau, taste dia tak sama dengan taste aku, huhu..Paling bagus adalah dia pilih kek sendiri, tapi aku bayarlah..Memang tak surprise la kan..

Oklah, terus terang aku memang tak reti nak surprise kan dia sebab most of the time pergi ke mana-mana pun dengan dia. Tapi aku teringin nak buat surprise..So, ni kira aku story jap history birthday tahun 2008 yang aku buat surprise dengan dia. Aku tak bagi hadiah pun time birthday dia..Kira aku cakap sekali la dengan hadiah anniversary (bulan 12), tapi aku tak bagi pun..Sampailah bulan 1 ke 2, 2009 baru aku bagi hadiah, punyalah lambat kan..Tapi mrhubby pun tak kisah ada hadiah ke tak..

Aku suruh adik aku belikan PSP (yang dah lesap pun, kena curik orang baru ni) pasal mrhubby ni gila main game dan suka gajet-gajet ni. Tapi aku tak bagi terus lepas beli tu. Ni kira mrhubby langsung tak tau plan aku ni.. Dalam pukul 2 ke 3 pagi waktu semua orang memang tengah syiok tido, aku terus kejutkan dia dan hulurkan PSP tu..hahaha..Dalam keadaan terpisat-pisat tu dia memang macam tak percayalah kan..:) Mau dia tak suka, benda yang dia memang nak sangat dia dapat..

So, itu adalah rasanya surprise yang paling berjaya la, lain orang lain caranya kan..:) So this year? Ermm, masih tak tau lagi, buat hadiah terkumpul lagi kot, hehehe...Nengok dulu la..Tapi still tak dapat celebrate pasal petang ni dia dah ke Mersing bawak budak sekolah bertanding ragbi hari esok, sian kan..

Last but not least, to my dearest hubby,

"Semoga diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki dan berbahagia selalu di samping keluarga tercinta. U mean a lot to us (me, zarif n zara). We'll always be by your side no matter what dear.."

Nak tujukan lagu boleh? Hahaha, takdelah gurau jer..


10 comments:

  1. happy besday utk hubby akak :)

    smg rumahtangga akak berdua dilimpahi penuh rahmat, penuh dgn rasa bahgia, amin :0

    eh! nie wish besday ke wish anniversarry? ahaha

    ReplyDelete
  2. Salam kakak buat papa zarif & zara "Selamat ulangthaun kelahiran".

    ReplyDelete
  3. Sy pnh teringin nak belikan suami hadiah. Tp setiapkali nak beli, suami tegah. Dia kata, simpan sj duit bt belanja awak. Jgn bazirkan duit semata-mata utk harijadi die. Dia kata, ckplah sy dan anak depan mata sbg hadiah utk die.

    Hiks~

    ReplyDelete
  4. @Fara bagus hubby awak kan tapi rasanya kebanyakan lelaki macam tu kot, tak mintak dan tak kisah pun tapi sebagai isteri, kita yang suka2 nak bagi..:)

    ReplyDelete
  5. salam ulangtahun ke 34 buat hubby huda ya...

    ReplyDelete
  6. salam kenal

    singgah sini terus follow

    kalu sudi, jom follow saya plak

    maceh

    ^_^

    ReplyDelete
  7. selamat hari lahir utk suami awak...semoga senantiasa mendapat rahmat Allah SWT...

    p/s: lama saya tak ke sini..sowi erk tak menjengah...huhuhh

    ReplyDelete
  8. salam kak, selamt ari lahir buat suami. smoga berbahagia kedua2 nya :0

    ReplyDelete
  9. best nyer dapek PSP...nk jugak...huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...