28.10.11

Missing him

Oh gedik, baru beberapa jam dah missing kan..Hehe..Actually aku ok lagi, yang tak ok si zarif dan zara tu. Lagi mengada, zarif dah mencebik-cebik mintak aku call kan mrhubby. Sabar jelah kan. Bukan kali pertama pun mrhubby pergi mersing ni, dah banyak kali pun. Dan bukannya lama, esok je balik tapi mungkin lewat malam kot baru sampai rumah.

Tapi lama ke kejap mrhubby keluar walaupun  hanya ke kedai, satu perangai aku adalah memang cepat risau. Menggelabah tak tentu hala, nak pastikan dia selamat ke tidak. Itu memang perangai aku. Kalau dia balik lambat, start la aku menggelabah call dia..

Dan pastinya esok dan Ahad adalah hari bekerja rasmi untuk aku dan kawan-kawan yang lain sempena hari konvokesyen di UTHM. Aku tak tau keadaannya macamana di Parit Raja bermula esok hingga Ahad. Dengan keadaan jalanraya di sekitar ni yang teruk dan masih lagi bersimpang siur ditambah lagi dengan majlis konvokesyen dan pesta konvo ni, haruslah sesak kan, ermm..

1 comment:

  1. samalah anak kita...ayah balik lmbt pun dah suruh call ayah heheheh..errr tapi ibu dia pun mgada gak hahahahahaah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...