11.10.11

Sakit tiba-tiba..

Malam tadi aku tak dapat nak tido nyenyak. Sebab apa? Sebab zara tetiba merengek macam rengsa satu badan dan muntah tak pasal-pasal. 

Semuanya macam tiba-tiba..Aku pun rasa macam "eh, kenapa adik ni?" Salah makan ke apa ke? Muntah tu bukanlah banyak pun..Adalah keluar balik air milo yang dia minum kat umah mak aku. Tapi aku memang syak perut dia angin la..Dan lagi satu mungkin sebab penat sangat..Yelah kan, dari khamis lepas sibuk je, bukanlah dia menolong buat kerja macam orang dewasa buat, tapi budak kecik kan, mana sama tenaga dengan orang dewasa.

Sampai pukul 3 pagi tadi, aku tido on off. Letak terus satu baldi dalam bilik, letak tuala spare banyak-banyak dalam bilik. Yea, mungkin perut dia tak sedap. Lepas pukul 3 pagi dia bangun mintak minum air masak 2 kali, itupun muntah jugak. Lepas dari tu, terus dia letih dan tido sampai pukul 7 pagi tadi.

Pagi ni dia bangun macam ok dan aku hantar taska. So far pengasuh kata dia ok dan makan semua ok, takde muntah-muntah pulak. Insyaallah petang ni aku nengok keadaan dia camana. Ingat nak beli minyak Yuyi  boleh sapu-sapu kat perut dia, kan..

Sampai satu tahap aku ingat aku ni pregnant pulak. Kata orang bila anak kita merengek tak tentu pasal, manja semacam lepas tu nangis dan muntah-muntah, mungkin ibunya mengandung, ni kata orang la..

Yelah kan tetiba je zara merengek, lepas tu tak boleh berenggang dengan aku. Lepas tu beberapa hari ni cengeng semacam je, asiklah nak menangis..Dah tu malam tadi muntah-muntah pulak..Tapi aku ok jer, takde perangai yang pelik-pelik pun..

Haraplah zara cepat sihat..

ni gambar zara tido lepas penat main

6 comments:

  1. alahai. kesiannya zara. tak sedap perut kut tu. get well soon ok.

    ReplyDelete
  2. x sedap perut tue , kesiannya zara..

    ReplyDelete
  3. sian zara..smoga zara cepat sembuh..

    ReplyDelete
  4. budak budak kalau sakit memang kesian kita tengok..kadang kadang terpikir biarla kita yang sakit dari diaorg yang kena kan..

    tak pe nak membesar tu hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...