24.6.11

Bila si isteri berblog.. si suami dan anak?


Salam,

Wah, tetiba rasa cam nak join segmen encik ben ni. Kalau korang nak join meh klik sini.

Ok, terus terang, memang aku suka berblog. Dalam sehari lebih kurang 4 atau 5 entry aku post. Saja suka-suka. Kalau malas sangat, 2 pun dah kira baik la. Aku adalah isteri pada seorang suami (of course la kann) dan ibu pada dua anak.

Serupa macam ibu-ibu lain, paling utama adalah keluarga. Mrhubby adalah seorang suami yang sangat baik dan memahami dan tak pernah membebel jauh sekali nak marah kalau aku berblog. Tapi kalau aku tak berblog dia la pulak yang pelik, siap tanya, kenapa awak tak blogging?

Balik rumah aku akan habiskan masa dengan anak-anak, kadang-kadang entry tu autopublish je. Still aku memasak, bermain dengan anak-anak, kemas beg sekolah anak, bacakan buku cerita kat anak, nengok tv dengan anak-anak, sediakan sarapan, lipat dan sidai kain baju semua la.. 

Sebagai isteri , aku tetap melaksanakan tanggungjawab pada suami seperti biasa..Aku pun tau limitation sebagai isteri, ibu dan jugak blogger. Lagipun aku bukannya blogger popular, tak kisah trafik rendah atau tinggi, yang penting kepuasan berblog pada diri sendiri tu je dan blog aku ada pembaca. Sebenarnya banyak benda kita boleh buat kalau kita bijak menguruskan masa..

Mrhubby tak membebel, prinsip dia mudah je, kalau aku blogging dia tak marah, so kalau dia kusyuk main game, jangan bising kat dia..tu je..Lain dari tu kami saling bekerjasama..Insyaallah takde hal la..:)

15 comments:

  1. peranan mesti dipenuhi....jangan asyik dgn blog saja. Kalau sempurna. tak apa....

    ReplyDelete
  2. Majulah Blog untuk keluarga dan negara..yeah...

    ReplyDelete
  3. salam..
    hi.. singgah dari blog BA..
    perenggan yg last tu kita serupa la..haha

    ReplyDelete
  4. hmm bess dapat suami memahami kan hehe

    ReplyDelete
  5. hehehe...sama la kita ni..tp sy jrg gak nak update...suami mmg x kisah..sbb dia tau sy suka surfing..blog ni baru je bg sy..hihihi

    ReplyDelete
  6. hehe..walaupun dah jadi isteri, masih lagi boleh berblog kan? hehe happy blogging sis! :)

    www.alyaesprezzo.com

    ReplyDelete
  7. beshnye siap tanya lagi tu...
    wah majoriti jawab blogging kat opis nih...

    http://ladybirdakaluply.blogspot.com/2011/06/bila-isteri-berblogsi-suami-dan-anak.html

    ReplyDelete
  8. apa-apa pun...kerja rumah mesti jalan dulu...hehehe

    ReplyDelete
  9. walaupun berblog kita tak lupa tanggungjawab sebagai isteri kan?

    jom baca cerit Mas!
    http://www.massaari.com/2011/06/bila-si-isteri-berblog-suami-dan-anak.html

    ReplyDelete
  10. sebagai isteri kita tahu bahagi masa kan? http://sayurlemak.blogspot.com/2011/06/bila-si-isteri-berblogsi-suami-dan-anak.html

    ReplyDelete
  11. Salam ziarah. Singgah dari segmen Ben.

    ReplyDelete
  12. "Aku adalah isteri pada seorang suami (of course la kann)" hihi kelakar..:)

    ReplyDelete
  13. pasni kena ada entry bila suami berblog pulak..:)

    ReplyDelete
  14. itu mmg tugas ibu...:)
    salam perkenalan..follow akk...:)
    singgah cni kalo ada masa..
    http://dilamin.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...