Salam,
Melaka ni memang best la..Walaupun aku bukan orang Melaka tapi Melaka tetap di hati. Ditambah lagi dengan berita hari ni yang mengatakan 5 kawasan di Melaka zon bebas merokok. Kawasan-kawasan tersebut adalah;
Bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), Pusat Bandar Alor Gajah dan Pusat Bandar Jasin..Congrats Melaka, negeri Johor bila lagi ni? Bagaimanapun, premis atau kawasan milik individu dalam 5 kawasan tersebut dikecualikan daripada larangan tersebut.
Melaka adalah negeri pertama yang mewartakan kawasan yang luas sebagai zon bebas asap rokok yang menunjukkan kerajaan Melaka dan Kementerian Kesihatan serius dalam melindungi orang ramai terutama wanita dan kanak-kanak daripada terdedah kepada asap rokok yang memberi kesan buruk kepada kesihatan.
# Kalau tak nak bagi orang merokok, tak payah jual rokok kat Malaysia boleh tak? #
Sumber : Kosmo
bagus bagus..lepas ni batu pahat kena mencontohi..:)
ReplyDeletememang patut pun..macam-macam kerajaan dah buat, tapi terpulang pada sikap orang tu sendiri..susah sangat haram kan je penjualan rokok..
ReplyDeletetapi kan...mengecewakan bila ke taman tema air kat taman buaya...life guradnya isap rokok!!takde sivik btul!
ReplyDelete